Iklan Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Makanan/Minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan/Minuman. Papar semua catatan

Daging Rusa Bakar Istimewa Ramadhan

alriana5604@gmail.com - AL The One


Rakan-rakan blog dan pengunjung yang budiman sekalian,

Saya ucapkan kepada kalian yang beragama Islam, Salam Ramadhan 1438 Hijriah bersamaan Tahun 2017.

Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Sudah hampir tiba bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan AlMubarak.Bulan yang suci lagi diagung2kan oleh setiap umat Islam.Salah satu amalan mulia yang amat dituntut ialah kita digalakkan menjamu makan iaitu kita memberikan makanan untuk orang yang berpuasa.Pahalanya malah berlipatkali ganda seperti pahala orang yang berpuasa itu dan di samping itu juga pahala kita sendiri yang berpuasa tidak dikurangi sedikit pun.


Apabila telah masuk waktu berbuka puasa iatu IFTAR, kita sering mengutamakan makanan seperti buah tamar, air kosong atau pun air ZamZam (jika ada) untuk kita mengingati Rasul kita junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mengikuti ajaran/Sunnah Baginda.Ia memang sangat bagus diamalkan.

Selain itu, jika merujuk kepada diri saya sendiri pula, jika semasa Iftar saya suka kepada menu masakan yang tidak terlalu berat.Contohnya mee goreng, kuehteow goreng,sedikit kuih muih yang ada rasa manisan, kemudian yang paling saya suka ialah Daging Rusa Bakar Istimewa dicicah dengan Air Asam Limau.

Membaca atau mendengarnya sahaja perkataan ‘Daging Rusa Bakar dicicah dengan Air Asam Limau’ini pun sudah kecur air liur saya apatah lagi bila saat dapat menjamahnya.

Jika tiada daging rusa/sukar diperolehi, saya juga boleh menggantikannya sama ada dengan daging lembu segar atau ayam juga boleh digunakan.Biasanya saya membeli daging rusa di Sg. Plong berdekatan Sg Buloh dengan harga RM45 sekilogram untuk daging rusa gred A.

Anda juga boleh membaca posting/entry lama saya di bulan Ramadhan yang lepas bagaimana saya menceritakan mengenai betapa lazatnya daging rusa jika dibakar/dibuat barbecue dan juga dimasak kari dan klik di link ini :

Berbuka Puasa Dengan Kari Daging Rusa,Enaknya...


Namun, kali ini saya ingin khususkan resepi saya kepada Daging Rusa Bakar Istimewa dicicah dengan Air Asam Limau.

Berikut ini ialah resepi untuk Daging Rusa Bakar Istimewa dicicah dengan Air Asam Limau :

Bahan2 :

1.
200-300 gram Daging Rusa.terpulang kepada anda/bilangan berapa orang yang ingin menikmati.Jika ramai, perlulah lebih banyak.Daging rusa perlu dibasuh bersih2 dan direbus.

Kemudian setelah direbus,daging juga perlu dihiris (slice) secara nipis dan tidak terlalu besar potongannya.Seelok2nya daging rusa perlu digaul/dilumur dengan campuran sedikit kunyit,halia dan garam secukup rasa.Ia umpama kita membeli daging yang sudah di’marinate’ di pasar2.

Namun di sini, saya berikan sedikit petua untuk menjadikan daging rusa ini lebih sedap dan lembut.

*Mengapa daging bakar ini begitu istimewa? Jika anda ada jus kurma/tamar, siramkan/curahkan sedikit2 di saat membalik2kan daging yang sedang dibakar.Inshaa Allah daging akan jadi bertambah lembut dan juga rasanya sedikit kemanisan.Jangan diletakkan terlalu banyak jus kurma.Nanti rasa daging yang lazat bertukar keseluruhan rasa jus kurma pula.

Anda boleh juga memasukkan daun betik ketika merebus daging bagi tujuan untuk membuatkan daging menjadi lebih lembut/empuk.

2.
Untuk ramuan Air Asam nya pula, agak mudah.Potong sedikit campuran bawang kecil,sedikit campuran asam jawa,sedikit gula,sedikit cili padi dipotong kecil2,kemudian digaulkan dengan sedikit air dan juga ditambahkan dengan perahan Asam Limau.Masukkan dalam sebuah mangkuk sederhana besar saiznya.
Terpulang kepada anda, jika ingin menjadikannya lebih likat, sila kurangkan air, dan jika mahu menjadikannya lebih cair, bolehlah isikan lebih air.Jika ada yang suka ditambah dengan aroma dan rasa belacan (shrimp paste), boleh juga digaulkan sekali dalam adunan air asam ini.

Kalau saya, saya lebih suka tanpa belacan tetapi air asamnya dicairkan sedikit,pedas dikurangkan biar ada rasa imbang (balance) antara rasa pedas,masam2 air limau dan manis2 sedikit.Jadi saya perlu pandai mengadukkan gula dan cilipadi untuk hasilkan air asam yang saya suka untuk daging rusa bakar ini.

Jika mahu menjadikan kerja membakar daging/barbecue ini lebih cepat, lebih bersih, janganlah hanya menggunakan tuku atau kuali leper (seperti kuali burger) di dapur sahaja.

Saya lebih suka menggunakan barangan yang dijual di Lazada iaitu ELECTRICAL BARBECUE GRILL ini :


Selain dari harganya yang berpatutan, ia juga memudahkan kita menggunakan ruang dapur tanpa perlu keluar rumah dan menggunakan grill tradisonal yang menggunakan arang dan juga memerlukan ruang yang lebih besar.Sudah tentu kerjanya memenatkan,menjadikan kita berpeluh dan juga agak memakan masa.

Jika kita akses ke web Lazada, www.lazada.com.my, kita cuma perlu taip ‘Kitchen Appliences’ dan khususkan pencarian kita dengan menaip ‘barbecue’ dan akan muncullah pelbagai jenis dan model electric barbecue grill.

Ia memang produk yang bagus,lebih cepat, lebih jimat ruang, lebih bersih dan selamat kerana saiznya tidak terlalu besar, tidak berat sangat dan juga menggunakan kuasa elektrik.

Kita boleh merebut peluang untuk memiliki produk2 seperti ini hanya di Lazada sempena promosi :

Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang akan berlangsung dari tarikh 19 May hingga 30 Jun (di mana kita akan dapat diskaun sehingga 90% !).


Sila lah mendapatkan produk2 yang anda gemari di Lazada.Khususnya di bulan puasa ini jika kita memerlukan beberapa jenis produk seisi rumah atau pun produk berkenaan masakan untuk hidangan yang lebih bagus kepada keluarga kita.Biar sajian kita ringkas, berkhasiat, mudah dan cepat dilakukan dan juga menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Cuba lah resepi ringkas saya ini, ya.

Salam Ramadhan 1438 Hijriah dari saya untuk anda semua.

Sekian.

Berbuka Puasa Dengan Kari Daging Rusa...Enaknya...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Bloggers & Netizen sekalian,

Anda bukan ‘vegetarian’?
Anda bukan ‘allergi’ kepada daging dan haiwan berasal dari hutan?
Anda jenis ‘Orang Bandar’ yang hanya dipenuhi diet pemakanan harian dengan daging lembu, ayam, ikan dan makanan laut (seafood) sahaja?

Apa pun kategori diri anda dan cara pemakanan anda, terserahlah kepada anda masing2 kerana anda menentukannya.


Anda pernah menikmati Kari Daging Rusa?

Mari saya ceritakan.

Saya berpeluang membeli 1 Kg daging Rusa (diternak) ber ‘grade A’ yang dijual di kawasan Sungai Plong berhampiran Sungai Buloh, Selangor.Dari makluman penjualnya, daging rusa ini diperolehi dan didatangkan khas dari Lenggong, Perak.
Ia dijual mengikut Gred2 nya yang tersendiri, iaitu :

i.Daging Rusa Gred A berharga RM45.00 se kilogram.Ianya lembut dan enak, tiada bahagian2 urat yang liat/keras.
ii.Daging Rusa Gred B berharga RM35.00 se kilogram.Ianya campuran antara yang lembut dan juga bahagian2 urat yang liat/keras.
iii.Daging Rusa Gred C berharga RM21.00 se kilogram.Ianya merupakan seperti ‘daging hancur bercampur’ dan mengandungi bahagian2 yang liat/keras sahaja.

Saya membeli yang ber grade A iaitu berharga RM45.00 se kilogram, gara2 begitu teruja dan seolah2 macam sudah lama mencari dan mengidam sangat untuk menikmati daging rusa yang lembut dimasak kari.

Seingat saya, sudah 2-3 tahun tidak menjamah daging rusa.Kini barulah bertemu ada orang menjualnya di Selangor ini.

Daging rusa terkenal sebagai makanan yang berkhasiat, berprotein tinggi, kurang lemak, kandungan kolesterol yang rendah dan menepati citarasa baru.

Sesekali mencuba memang berbaloi, mahal2 pun harganya tapi jika untuk menikmati juadah eksotik apa salahnya, kan?

Enak sungguh kari daging rusa, bro ! Cubalah sesekali.


Memang puas dengan menikmatinya, meratah pun sedap daging rusa ini jika dihiris nipis dan dipanggang (barbecue), dicicah pula dengan air asam limau.

Memang ‘holiaw’ lah seperti perkataan Cina menunjukkan betapa lazatnya.

Kadang2 kita perlu menukar selera untuk mencuba.

Tiada salahnya jika kita berkemampuan, sesekali menikmati makanan2 eksotik yang kita amat jarang sekali dapat menikmatinya.


Secara peribadi, bagi diri saya sendiri, saya memang suka bereksperimentasi terhadap makanan2 yang dikira eksotik ini.Asalkan ianya halal dan dibenarkan agama, saya tidak kekok untuk menjamahnya.

Saya kepingin benar untuk menikmati Sup Sirip Jerung dan juga Sup Sarang Burung Layang2 yang berkualiti.Namun apakan daya, tidak berkemampuan.Harganya mencecah ratusan Ringgit untuk semangkuk hidangan sahaja.

Kalau ikutkan hati, ‘Kaviar Iran’ (telur ikan) pun saya kepingin, namun harganya amat mahal, RM ratusan ribu.Tak mampu saya nak membelinya.

Jadinya dapat menikmati daging rusa grade A pun jadi lah.

Saya memang suka masakan daging haiwan yang berasal dari hutan walaupun ianya sudah diternak.Contohnya daging rusa, ayam hutan,kijang, kancil, pelanduk atau landak.


Seingat saya, ketika kecil2 dulu, saya pernah menjamah makanan2 tersebut yang memang ‘pure’ diburu/ditembak dalam hutan, apabila ada saudara mara saya yang memburu dihutan dan hasilnya dibahagi2kan kepada saudara mara terdekat.Ianya memang ‘fresh’, dagingnya yang lazat, teksturnya yang berbeza dengan daging haiwan ternak seperti lembu, kerbau, ayam dan itik.

Jom berbuka puasa dengan hidangan kari daging rusa !

Selamat berbuka puasa…

Madu Lebah Pengganti 'Supplement,Pil/Tablet Moden'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum pembuka bicara…haiii semua…

Rakan-rakan bloggers & pengunjung yang sporting;

Telah agak lama saya menjadikan Pil/Tablet Kalsium 21st Century sebagai makanan tambahan (supplement) saya.Kesannya memang bagus.Rasa ringan badan dan senang untuk bangun pagi.Tak rasa liat dan malas.


Jika sebelum ini, mungkin kurangnya masa bersenam dan berjogging, menyebabkan badan dan tubuh kita asyik rasa lesu ditambah pula dengan pengambilan nasi (karbohidrat) yang kerap, menyebabkan kita sering berpeluh, badan rasa cepat letih,lesu dan jika mahu bangun di awal pagi rasanya memang susah sangat.


Kini, saya mengamalkan cara pemakanan yang lebih berdisiplin iaitu dengan mengurangkan makan nasi dan juga tidak mengambil makanan berat (karbohidrat) selepas pukul/jam 8.00 malam.Jika ada masa terluang, saya kembali berjogging dan bersenam di taman-taman permainan sambil membawa anak dan isteri bersiar-siar di taman.Teringin kembali rasanya hendak bermain badminton namun kerana kesibukan dan juga kos penyewaan dewan bermain badminton yang mahal, ramai rakan sepejabat semakin kurang berminat untuk bermain badminton.


Kira-kira dalam sebulan lebih, selepas saya mengambil keputusan berhenti mengambil pil Kalsium, tubuh rasa kembali letih, lesu dan cepat berpeluh.Juga sukar untuk bangun awal pagi.Mungkin ini adalah kesan kebergantungan kepada pil/tablet moden agaknya.

Jadi, saya kini telah berusaha untuk mencuba dan mengamalkan mengambil dan memakan madu lebah setiap hari.Iaitu satu sudu pagi dan satu sudu di waktu malam sebelum tidur.Saya cuba berikhtiar dan meyakini akan khasiat madu sepertimana difirmankan oleh Allah Taala dalam Surah An Nahl, iaitu :


Saya berharap, untuk masa akan datang saya dapat meneruskan pengambilan madu lebah ini dan semoga kesihatan diri ini bertambah baik.Menjadi cergas dan bersemangat untuk meneruskan hidup dan bekerja adalah suatu rahmat daripada Allah.

Yakinlah dengan khasiat Madu Lebah dan tinggalkanlah pengambilan pil/tablet makanan tambahan (supplement) yang kita sendiri belum tahu akan kandungan dan khasiatnya.


Klik link ini untuk keterangan mengenai Madu AlShifa : Madu AlShifa

Saya memilih untuk membeli Madu Lebah AlShifa dari Arab Saudi.Harganya kurang RM30.00 untuk 500Mg.

Jom amalkan pemakanan & pengambilan Madu Lebah !

1st Time @ Pizza Papa Johns...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Salam sejahtera to all of you,

Welcome back on my blog…

Jika bercerita mengenai Pizza, di Malaysia ini ada 3 jenama yang sudah menjadi tersohor dan telah dikenali ramai, iaitu :

1.Pizza Hut – semua orang sudah kenali jenama ini.

2.Dominos Pizza – Ramai yang sudah tahu, namun Pizza Hut lebih menjadi pilihan.

3.Pizza Papa Johns – Ok lah, ramai juga yang sudah tahu walaupun tak semasyhur dua jenama di atas.


Saya telah pun menikmati sebelum ini dua jenama pizza di atas, namun tidaklah terlalu kerap.

Kali ini, adalah ‘first time’ saya merasai pizza Papa Johns.
Beberapa hari lepas, saya mencari kelainan dalam menikmati pizza.Saya telah memilih untuk merasai pizza Papa Johns bersama keluarga.


Realitinya, ini ulasan saya :

1.Saiz pizza Papa Johns yang agak nipis berbanding Pizza Hut, namun tebal sikit dari Dominos Pizza.Setakat ini, saya berani katakan Dominos Pizza paling nipis dalam 3 jenama ini.

2.Pizza Papa Johns, dari segi rasanya kurang ‘kenyal’ atau ‘tenderness’ berbanding Pizza Hut.Pizza Hut lebih gebu isi pizzanya, lebih kenyal dan ‘bergetah’(maksudnya dari segi ‘lekitan/stickiness).

3.Saiz dari segi keseluruhan potongan/cutting agak mengecewakan.Agak kecil saiznya.Jika dilihat, ianya sudahlah nipis,agak kecil kepingan yang dihasilkan.Ya, memang ia bergantung kepada saiz pizza yang dipesan, namun ia agak ketara nampak saiz pizzanya yang kecil sedikit berbanding Pizza Hut.


4.Ini berkaitan suasana restoran pula.Restoran pizza Papa Johns memang cantik, ‘classy’ dan selesa.Bagus.Boleh dikatakan ia setaraf dengan restoran Pizza Hut.

5.Layanan/Customer Services.Ianya bagus, agak responsif pekerjanya.Pesanan juga tidak terlalu lama untuk diperolehi.


6.Harga.Ini yang perlu ditekankan.Bagi saya harga pizza Papa Johns dan menu sampingannya (side dish/side menu) agak mahal.Malah lebih mahal dari Pizza Hut.Mungkin bezanya dalam RM10-15 lebih mahal.Saya sertakan gambar resit semasa saya menikmati pizza di situ.Biasanya saya menikmati menu yang hampir sama di Pizza Hut, cuma dalam lingkungan RM70 lebih sahaja, tetapi pizza Papa Johns harganya hampir kepada RM100 !


Memang, reaksi saya ini menggambarkan keadaan orang yang bukannya bergaji besar dan berpendapatan tinggi, namun ianya boleh digunapakai bagi golongan kebanyakan untuk menilai jika mereka mahu mencuba dan merasai/menikmati mana-mana menu pizza di negara kita.

Saya bukanlah berkira sangat dengan duit/wang untuk perbelanjaan makanan lebih-lebih lagi menikmatinya bersama keluarga.Namun, jika ianya berbaloi saya tak kisah pun.

Jadi, di antara 3 jenama pizza yang utama di negara ini, mana satu pilihan anda ?

Saya lebih sukakan Pizza Hut.

Anda pula bagaimana?

Masinnya...Burger Charcoal - Burger King

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,
Hai rakan2 bloggers & pengunjung yang diingati,

Kira-kira 2 minggu lepas, saya merasai buat pertama kalinya menu baru di Burger King iaitu Burger Charcoal atau pun digelar Burger Arang Hitam yang mengambil sempena warna pakaian ninja yang berwarna hitam.Ada juga yang menggelarnya Burger Ninja.


Saya pergi ke Restoran Burger King Seksyen 13,yang berdekatan dengan Extreme Park tidak jauh dengan lokasi Stadium Shah Alam.Lagi pun sambil-sambil itu, selepas menikmati menu burger terbaru ini, bolehlah bawa anak saya, Zarif jalan-jalan melihat penggemar sukan extreme beraksi di sini.Contohnya permainan skate board, basikal BMX dan juga 'Wall Climbing'.



Bagi saya setelah menikmatinya kali pertama bersama keluarga, komen saya ialah isi (sama ada ayam atau daging) nya masin.Walaupun dimakan dengan roti dan sayurannya, tetapi masih rasa masin.

Serius, bro !


Saya mula hanya menganggap, mungkin saya tidak kuat sangat ‘bermasin’ iaitu merujuk kepada orang yang cepat merasai sensitif lidahnya jika sesuatu menu itu masin atau sedikit masin.Sedangkan saya akui, tidak begitu.Bahkan saya ini dikira kuat bermasin dan kurang suka masakan yang agak tawar atau sedikit sangat rasa masinnya.



Namun, bila ditanya keluarga saya, mereka juga mengakuinya, memang Burger Charcoal / Burger Arang Hitam ini rasa masin ! - bak kata pengasas D' Herbs ni, terlajak laris,.. tapi ini 'terlajak masin'... :)

Patutlah masa saya menikmati burger itu, saya lihat sekeliling di dalam Restoran Burger King, tiada langsung pelanggan yang menikmati Burger Charcoal ini !

Hahaha….terkena lah pulak kali ini….


Mungkin bagi yang pernah menikmatinya, sudah tahu akan rasa masinnya Burger Charcoal ini.Itu sebab mereka tak mahu merasanya lagi.

Apa-apa pun, it’s my first time….
Tak nak try dah rasanya lepas ni... :)

Anda tak percaya, try lah pergi makan dan rasa sendiri…. masin beb…

It is so salty, if the indicator is 10, I give it 8/10 for the level of saltiness.

Agaknya asal burger Ninja / burger Charcoal ini memang menu dari Jepun yang kandungan garamnya tinggi, kot ??? Entah la…

Makanan Termahal

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi.

Apakah makanan yang paling mahal atau termahal sekali yang pernah anda nikmati selama hayat anda kini?Berapakah nilainya?Betapa bertuahnya anda ya, mampu untuk menikmati makanan yang mahal-mahal.

Disebut-sebut dan dijadikan hidangan golongan elit dan berpendapatan tinggi, di antara makanan yang termahal dan menjadi kebanggaan golongan tersebut ialah seperti sup sarang burung (layang-layang/burung walit) yang berkualiti tinggi sama ada diperolehi dari negara China atau Indonesia,sup sirip jerung (shark fin),pelbagai jenis hidangan dikenali sebagai ‘hidangan eksotik’ yang diperolehi dari binatang buruan liar di hutan, seperti sup tapak tangan beruang,sup daging harimau,sup ular tedung dan lain-lain lagi yang sama kategori dengannya.

Namun begitu, sup-sup haiwan liar yang dijadikan hidangan eksotik tersebut ianya dikira salah di sisi undang-undang di kebanyakan negara di dunia ini, dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.Di bawah Pertubuhan World Wildlife Fund (WWF) yang fungsinya melindungi dan memelihara hidupan liar dan juga habitatnya,pertubuhan ini mengajak semua manusia agar tidak menjadikan haiwan liar sebagai makanan atau santapan eksotik mereka.Ini bagi menjamin kelangsungan dan keberterusan keturunan/spesies setiap jenis binatang.Jika ianya diburu dan terus-terusan dijadikan makanan eksotik, kelak suatu hari nanti bilangan hidupan liar akan pupus atau pun berkurangan populasinya di hutan.

Berbalik semula kepada cerita makanan termahal tadi, sebenarnya saya mahu bercerita mengenai satu jenis makanan kategori ‘pencuci mulut’ (dessert) yang termahal di dunia.Anda tahu apakah makanan tersebut?

KAVIAR.

Ya.Ianya digelar kaviar.Apa itu kaviar?Percaya atau tidak kaviar sebenarnya ialah telur ikan.

‘’ Kaviar adalah makanan yang diperbuat dari telur ikan tertentu, umumnya ikan sturgeon, yang sudah diproses dan digarami.’’

Lihat dan rujuk di sini :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kaviar

Lihat petikan yang saya ambil dari Kosmo Online ini.

KOSMO ONLINE - 15 Februari 2012

TASIK WINNEBEGO, Amerika Syarikat (AS) - Pesta menangkap ikan sturgeon diadakan di Tasik Winnebego di Pipe, Wisconsin pada Sabtu lalu.Pada hari tersebut, para penangkap ikan berkenaan akan pergi ke stesen timbang Stockbridge untuk merekodkan berat ikan yang telah ditangkap.
Ikan itu terkenal dengan telur untuk membuat kaviar yang merupakan makanan pencuci mulut yang mahal tetapi sedap.
Salah seorang penangkap ikan itu, Carrie Seelow berjaya menangkap ikan sturgeon dengan berat 70.3 kilogram.- Reuters

Di antara kaviar yang paling mahal ialah kaviar yang berasal dari telur ikan Sturgeon dan Beluga.Apalah yang sedap, lazat dan mulia sangat kaviar ini ya, sampaikan ianya begitu mahal harganya?Kaviar yang terkenal di dunia antaranya ialah yang diperolehi dari Laut Caspean, di Utara Iran dan juga dari Laut Siberia yang dijual di Switzerland.

Sumber dari Harian Metro Online ini menerangkan :

FRUTIGEN – Makmal Tropenhaus Frutigen di Bernese Oberland mengeluarkan telur ikan sturgeon Siberia untuk dijadikan makanan pembersih mulut, kaviar yang dijual pada harga 1,275 franc (RM4,298) bagi setiap 250 gram di Switzerland.
Telur-telur itu dikeluarkan daripada perut ikan betina sturgeon yang dibiakkan di kolam ikan di kawasan pergunungan.


Fuhhh…Oh, boy….mahalnya! RM4,298/250 gram ! very,very,very expensive!

Patutlah hanya orang yang kaya dan golongan VVIP dan golongan berkedudukan tinggi saja yang mampu menikmatinya.

Bagaimana dengan anda? Anda sudah pernah menikmati kaviar?Enak kah rasanya?

Saya cuma pernah menikmati telur ikan biasa saja.Selalu di Mamak Stall ada hidangan ini.Rasanya biasa saja.Tak sedap mana pun.

Boleh belanja saya kaviar sturgeon RM4,298/250 gram ?

Ha ha ha….:)

Meratah Makanan...Sedapnya...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Anda suka meratah makanan?Mesti sedap, bukan?Ha ha ha….saya pun suka meratah makanan.

Mengapa kebanyakan orang gemar meratah makanan?

Perbuatan meratah sebenarnya memang enak, lebih-lebih lagi jika makanan tersebut merupakan makanan kegemaran kita.Saya menganggap semua orang ada tabiat suka meratah makanan sama ada di kalangan lelaki atau wanita.

‘Meratah makanan ’ juga boleh kita definisikan sebagai perbuatan memakan sesuatu jenis makanan yang dimasak secara terus dan tidak dimakan bersama-sama dengan makanan utama yang lain.Sebagai contoh, jika kita meratah ayam goreng, kita memakannya sehingga habis tanpa kita memakan nasi.

Jika dulu-dulu, tabiat suka meratah makanan ini agak dibenci atau kurang disukai oleh orang-orang tua kerana ianya mencerminkan sikap kurang rasa hormat.Seingat saya ketika di zaman kanak-kanak, jika saya meratah ayam goreng yang dimasak oleh ibu saya, saya akan ditegur dan dimarahi.Mungkin ada kebaikan di sebaliknya.Mungkin ibu saya mahu mengajar saya agar menikmati makanan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain dan jangan mencuri-curi makan terlebih dahulu.Kemungkinan juga, faktor penjimatan lauk pauk dan jumlah makanan yang terhad.Dulu, hidup kami tidaklah mewah.

Kini, budaya meratah makanan (jika boleh dikatakan ‘budaya’ lah),telah diperluaskan dan dikomersilkan.Lihat sahaja lah di mana-mana restoran makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Merry Brown,Kenny Rogers Roaster dan lain-lain.Hanya terpulang kepada kita, masuk ke restoran-restoran tersebut, makan, meratah dan bayar sahaja.Ratahlah sepuas-puasnya makanan kegemaran kita itu.

Tidak ketinggalan juga di restoran-restoran terkenal yang bukan dikategorikan restoran makanan segera.Macam-macam menu yang kita boleh minta dan meratahlah sepuas hati dan sehingga kita kenyang.

Berikut saya senaraikan beberapa jenis/kategori makanan yang enak diratah, mungkin ada di antaranya agak pelik, iaitu :

1.Ayam goreng – ini semestinya lah, semua orang gemar meratahnya, kalau tidak, mana mungkin wujud KFC, kan?Tapi kalau ayam dibakar dan dipanggang pun enak juga diratah… (tertelan air liur ni)…..

2.Daging goreng – jika digoreng begitu saja, buat kebab atau daging salai semestinya enak diratah.
3.Kerang bakar - amat enak diratah bagi yang menggemarinya.
4.Gulai ketam dan gulai udang - ada segelintir yang tidak suka memakannya bersama nasi, lebih enak diratah begitu sahaja untuk merasai kemanisan gulai tersebut.
5.Burung puyuh goreng - lebih enak rasanya dari ayam goreng , rasa isi dagingnya lebih terserlah jika diratah begitu saja.
6.Mee segera - bunyi macam pelik, kan? Ada segelintir yang suka meratah mee segera dan dicampurkan perisa di dalamnya dan dimakan kering tanpa rendaman air panas/mendidih.

7.Serbuk Milo atau serbuk coklat/malt - ini pun agak pelik, kanak-kanak suka meratah serbuk Milo dan serbuk coklat malt.Ada juga kah orang dewasa seperti kita meratah serbuk Milo? :)

8.Ikan - meratah ikan memang lah enak.Lebih-lebih lagi ikan kegemaran kita.Isi ikan memang kaya dengan protein.Jika ikan dibakar dan dipanggang lagilah enak meratahnya.

9.Telur - ini merujuk kepada telur ayam atau telur ikan.Ada kalangan orang dewasa suka meratah begitu sahaja telur goreng dadar atau telur goreng mata kerbau.Begitu juga telur ikan yang besar saiznya memang enak digoreng atau digulai dan diratah begitu saja tanpa dimakan bersama nasi.

10.Daging burger dan hotdog - kini ada tabiat segelintir dari kita suka meratah daging burger dan hotdog yang digoreng dan dipanaskan.Saya juga suka tapi sudah lama tidak menikmatinya.Memang enak rasanya bagi sesiapa yang menggemari walaupun tidak makan bersama roti burger/roti hotdognya.

Jadi beginilah selera kita sebagai manusia normal dan sihat.Walaupun tidak semua makanan yang enak diratah yang saya senaraikan di atas menjadi kesukaan anda, namun ianya adalah realiti bahawa manusia memang gemar meratah makanan tanpa mengira faktor jantina,peringkat usia dan juga taraf hidup.

Tanpa kita sedari, perbuatan meratah makanan sebenarnya sudah kita warisi semenjak berkurun-kurun lamanya.Bahkan, kita mewarisi tabiat meratah makanan ini mungkin dari leluhur (ancestor)kita dulu-dulu, iaitu bermulanya penemuan api, manusia yang hidup dengan memburu binatang dan hasil buruannya dijadikan makanan dengan memanggang dan meratahnya.

Saya paling suka meratah ayam goreng dan gulai ketam, anda pula bagaimana?

Kari Sotong Hujung Minggu




alriana5604@gmail.com - AL The One

Hari minggu ini, isteri saya memasak Kari Sotong.Lama sudah saya ingin menikmatinya.Jadi, di samping berehat dan bersantai hujung-hujung minggu,dapatlah juga menikmati juadah makan tengahari bersama keluarga di rumah.Tidak lah asyik membeli makanan dan lauk pauk di kedai makan dan restoran sahaja.

Mari kita lihat resepi bagaimana isteri saya memasak Kari Sotong ini, yang saya berikan nama resepi ini sebagai Kari Sotong Hujung Minggu.

Bahan-bahan :

Beberapa ekor sotong - dipotong kecil.
1 paket kecil serbuk kari ikan - dibancuh dengan air.
4 ulas bawang merah dikisar halus.
2 ulas bawang putih dikisar halus.
2.5 cm halia.
2 sudu cili kisar.
1 cawan santan.
Sedikit air asam jawa.
Beberapa helai daun kari.
Sedikit minyak masak.
Sedikit air.

Cara-cara membuatnya ;

-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan daun kari.
-Setelah bahan tumisan wangi,masukkan bancuhan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.Selepas itu, masukkan air asam jawa dan santan.
-Masukkan sotong yang telah dipotong.Gaulkan sehingga masak dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya, silakan ! Selamat mencuba ! ... :)

Ikan Patin Masak Tempoyak Ala Temerloh



alriana5604@gmail.com - AL The One

Anda gemar menikmati masakan gulai ikan patin masak tempoyak ala Temerloh ? Inilah menu masakan gulai kegemaran saya.Lebih-lebih lagi jika ibu saya yang memasaknya, pendek kata mahu 3-4 kali saya tambah nasi...... :)

Pelajari resepi cara membuatnya seperti di bawah ini :


Ikan Patin Masak Tempoyak Ala Temerloh


Bahan-Bahan:

Satu ekor ikan patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
20 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
Sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
Garam (ikut rasa)
Gula (kalau agak terlalu pedas)


Cara-cara:

Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukakn garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

Tambahan:

Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap.

Selamat mencuba.