Iklan Nuffnang

Ahad, 5 Julai 2015

Berbuka Puasa Dengan Kari Daging Rusa...Enaknya...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Bloggers & Netizen sekalian,

Anda bukan ‘vegetarian’?
Anda bukan ‘allergi’ kepada daging dan haiwan berasal dari hutan?
Anda jenis ‘Orang Bandar’ yang hanya dipenuhi diet pemakanan harian dengan daging lembu, ayam, ikan dan makanan laut (seafood) sahaja?

Apa pun kategori diri anda dan cara pemakanan anda, terserahlah kepada anda masing2 kerana anda menentukannya.


Anda pernah menikmati Kari Daging Rusa?

Mari saya ceritakan.

Saya berpeluang membeli 1 Kg daging Rusa (diternak) ber ‘grade A’ yang dijual di kawasan Sungai Plong berhampiran Sungai Buloh, Selangor.Dari makluman penjualnya, daging rusa ini diperolehi dan didatangkan khas dari Lenggong, Perak.
Ia dijual mengikut Gred2 nya yang tersendiri, iaitu :

i.Daging Rusa Gred A berharga RM45.00 se kilogram.Ianya lembut dan enak, tiada bahagian2 urat yang liat/keras.
ii.Daging Rusa Gred B berharga RM35.00 se kilogram.Ianya campuran antara yang lembut dan juga bahagian2 urat yang liat/keras.
iii.Daging Rusa Gred C berharga RM21.00 se kilogram.Ianya merupakan seperti ‘daging hancur bercampur’ dan mengandungi bahagian2 yang liat/keras sahaja.

Saya membeli yang ber grade A iaitu berharga RM45.00 se kilogram, gara2 begitu teruja dan seolah2 macam sudah lama mencari dan mengidam sangat untuk menikmati daging rusa yang lembut dimasak kari.

Seingat saya, sudah 2-3 tahun tidak menjamah daging rusa.Kini barulah bertemu ada orang menjualnya di Selangor ini.

Daging rusa terkenal sebagai makanan yang berkhasiat, berprotein tinggi, kurang lemak, kandungan kolesterol yang rendah dan menepati citarasa baru.

Sesekali mencuba memang berbaloi, mahal2 pun harganya tapi jika untuk menikmati juadah eksotik apa salahnya, kan?

Enak sungguh kari daging rusa, bro ! Cubalah sesekali.


Memang puas dengan menikmatinya, meratah pun sedap daging rusa ini jika dihiris nipis dan dipanggang (barbecue), dicicah pula dengan air asam limau.

Memang ‘holiaw’ lah seperti perkataan Cina menunjukkan betapa lazatnya.

Kadang2 kita perlu menukar selera untuk mencuba.

Tiada salahnya jika kita berkemampuan, sesekali menikmati makanan2 eksotik yang kita amat jarang sekali dapat menikmatinya.


Secara peribadi, bagi diri saya sendiri, saya memang suka bereksperimentasi terhadap makanan2 yang dikira eksotik ini.Asalkan ianya halal dan dibenarkan agama, saya tidak kekok untuk menjamahnya.

Saya kepingin benar untuk menikmati Sup Sirip Jerung dan juga Sup Sarang Burung Layang2 yang berkualiti.Namun apakan daya, tidak berkemampuan.Harganya mencecah ratusan Ringgit untuk semangkuk hidangan sahaja.

Kalau ikutkan hati, ‘Kaviar Iran’ (telur ikan) pun saya kepingin, namun harganya amat mahal, RM ratusan ribu.Tak mampu saya nak membelinya.

Jadinya dapat menikmati daging rusa grade A pun jadi lah.

Saya memang suka masakan daging haiwan yang berasal dari hutan walaupun ianya sudah diternak.Contohnya daging rusa, ayam hutan,kijang, kancil, pelanduk atau landak.


Seingat saya, ketika kecil2 dulu, saya pernah menjamah makanan2 tersebut yang memang ‘pure’ diburu/ditembak dalam hutan, apabila ada saudara mara saya yang memburu dihutan dan hasilnya dibahagi2kan kepada saudara mara terdekat.Ianya memang ‘fresh’, dagingnya yang lazat, teksturnya yang berbeza dengan daging haiwan ternak seperti lembu, kerbau, ayam dan itik.

Jom berbuka puasa dengan hidangan kari daging rusa !

Selamat berbuka puasa…

Tiada ulasan: