Iklan Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Selamat Hari Bapa - Bagaimanakah Selayaknya Kita Jadi Seorang Bapa ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam ukhwah kepada semua,

Setelah sekian lama tidak mengemaskinikan blog saya ini,kini tibalah masanya saya membuat sedikit posting mengenai Hari Bapa.

Nak bercerita mengenai Virus Covid19 dan PKP Lockdown,saya akan coretkan kemudian nanti,lagipun masa kita lalui PKP (MCO) dan Musim Covid19 ini nampaknya makin jauh berpanjangan dan ramai sangat bloggers yang bercerita macam2 berkenaan isu Covid19 ini.Jadi biarlah saya bercerita mengenai topik Hari Bapa buat masa ini.

Sempena dengan Hari Bapa kononnya hari ini, 20 Jun 2021 di Malaysia,saja2 lah saya nak share pendapat,ulasan dan juga buah fikiran saya berkenaan dengan konteks Hari Bapa ini dan sebenarnya bagaimana kita harus menjadi seorang Bapa.


HARI BAPA?

BAGAIMANAKAH SELAYAKNYA KITA JADI SEORANG BAPA?

Dewasa ini,di hari ini, Bapa bukan lagi lah satu status nak menunjukkan kita berkuasa dalam rumahtangga dalam ertikata kuasa di atas segala2nya.

Ya,mungkin kita berkerjaya,kita ada pendapatan tetap,kita rasa kita boleh buat keputusan ikut suka kita.Tapi itu bukanlah secara 100% kita ada kuasa dalam rumahtangga kita.Banyak lagi sebenarnya tugas Bapa yang mana kadang2 kita tak sedar bahawa itu adalah tugas kita yang tak pernah langsung kita buat.

Kita sibuk mencari makan,mencari nafkah,mencari duit ringgit,bersengkang mata,berkerja overtime semata2 kononnya nak menanggung dan bertanggungjawab kepada anak2 dan isteri kita atau kalau yang ada lebih dari seorang isteri,kepada isteri2 kita.

Tapi di manakah tugasan utama kita seperti mengajar solat,mengajar membaca AlQuran dan mengajar asas2 agama kepada anak2 dan isteri/isteri2 kita?Adakah kita sudah melaksanakan tugas2 utama ini?



Ada yang mendongak ke atas dan berkata ‘Eh, saya ada lah buat,awak yang tak tahu'…kata segelintir orang.Inilah jawapan mereka kononnya sudah buat belaka.

Iya,tapi buat setakat mana?Cuba check,anak2 pandai mengaji Quran,membaca Quran atau tidak?Pandai solat dengan betul?Tahu asas2 ajaran agama?Rasanya,ramai yang tak tahu dari bilangan yang tahu.

Nak tahu mudah saja,cuba kita test anak2,isteri kita,beri 1 AlQuran suruh baca tanpa kita kacau atau ganggu,dia banyak belek2 ke,atau dia boleh baca dengan lancar?Kalau boleh baca,Alhamdulillah.

Ok,itu satu perkara.

Menjadi Bapa juga yang kononnya nak berkisahkan mengenai Hari Bapa ini,bagaimana seharusnya dari segi perangai dan kelakuan kita?Maksudnya bagaimana seharusnya akhlak seorang Bapa?

Ini saya ceritakan adalah berdasarkan ulasan/pandangan/cetusan idea berdasarkan percakapan dan penelitian secara umum sahaja.Bukannya ada mana2 ‘case study ‘ atau pun tertakluk kepada kes2 spesifik,ianya lebih kepada hanya menyentuh hal secara umum (generally speaking kata orang putih).

Kita menjadi seorang Bapa pada konteks hari ini,zaman ini,saat ini,millennium ini,akhir zaman ini,kita seharusnya lebih ‘friendly’ kepada anak2 kita.Tak faham dan tak jelas apa maksud ‘friendly’ tu?

Ok,macam ni,kita seorang Bapa mestilah berakhlak seperti dicontohkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.Baginda lah seorang Bapa yang paling utama yang kita patut contohi.

Kita tidak boleh bersikap garang kepada anak2,mendera,memukul berlebihan,menengking,mengherdik dan juga sentiasa bersikap panas baran dan tak tentu hala asyik nak bersikap marah2.

Walaupun kita faham,mungkin faktor tak cukup duit,gaji kecil,serba kekurangan,hidup tertekan,tapi bukanlah dengan mengeluarkan emosi kemarahan kita luahkan kepada anak2.Ia menyebabkan anak2 dan isteri sentiasa berasa takut dan menikus dengan kita dan kita rasa bangga kononnya anak2 dan isteri takut kepada kita.

Kita bukannya mahu anak2 dan isteri menikus/takut kepada kita.Tetapi kita nak supaya anak2 dan isteri hormat dan malu alah kepada kita kerana kita berakhlak baik.

Ironinya,jika sikap emosi dan panas baran tak tentu masa ini berbuah dan melekat menjadi tabiat,sikap2 seperti suka marah,menampar,menerajang,menumbuk,merotan berlebihan anak2,membantai dengan kayu,melempar anak ke luar jendela/tingkap berdaun dua di rumah,mencekik anak2,mengasari dengan mem’back hand’ anak2 dan isteri, umpama bermain badminton,menonyoh kepala anak2,menonjol dahi,menghempuk kepala dan bermacam2 lagi emosi dan tindakan gaya bebas akibat dirasuk Syaitan marah kepada anak2,ianya sangat2 merugikan kita sendiri,khususnya apabila kita masih lagi hidup hingga akhir usia kita nanti,di peringkat usia warga emas yang lanjut usia, dalam lingkungan umur kita 70-80-90-an.

MENGAPA INI TERJADI?

Sebab inilah dalam konteks ‘Psychological Learning’,dikenali sebagai ‘Minda Bawah Sedar’ bagi seseorang atau pun bagi mana2 anak2 yang pernah merasai hasil dari tabiat panas baran seorang Bapa yang begini,ianya menyebabkan anak2 kita tadi kurang merasa kasih sayang dan rasa berjauh hati dengan kita sebagai Bapa.

Maksud ‘Minda Bawah Sedar’ ini ialah satu kenangan silam biasanya ‘kenangan dukalara’ yang pernah dialami tersimpan kemas,kukuh dan erat di dalam jiwa dan jasad seseorang tetapi tidak dalam setiap masa dia mengingatinya atau mengenangnya.Sebaliknya,kenangan dukalara itu akan datang kembali apabila tiba masa2nya ia berbunga kembali dan parut di hati berdarah kembali.

Amboiii…Bahasa berbunga2 betul,saya ni…Hahaha…begitu lah nampak gayanya musim2 Covid19 ni,jemu2 kita berceloteh lah sikit perkara2 kebaikan,menjadi tauladan dan perkongsian untuk kita semua,kan kononnya tadi ucap Selamat Hari Bapa, apa semua tu kan?Jadi kita bancuh lah sikit ayat2 untuk ‘narration’ yang enak dibaca.

Ok lah, jadi belum habis lagi tadi,konteks 'Friendly' tadi tak dihuraikan dengan jelas lagi.'Friendly' kepada anak2 dan isteri ini bukanlah bermaksud kita ‘beri muka’,juah2 (memanja2kan sangat) kepada anak2 isteri2,sehingga dia memijak2 kepala dan muka kita dan tidak menghormati kita sebagai Bapa.No,No,tidak,bukan begitu.

'Friendly' di sini,bermaksud kita sebagai Bapa berikan haluan,tunjuk jalan,berikan didikan sesempurna yang mungkin,sekadar layaknya kemampuan kita.Beri pula idea dan maklumbalas,kemudian dengar pula pendapat/suara,idea anak2 dan isteri pula untuk kita ‘digest’ bersama.Maksudnya kita ‘brainstorming’ sama2 apa yang hendak dilakukan,lebih2 lagi jika ianya melibatkan hal2 yang penting.Kan tadi kita nak tiru Rasulullah?Jadi ‘Musyawwarah’ (perbincangan/mesyuarat) atau brainstorming itu penting dalam sekumpulan orang yang melebihi 2 orang dan ke atas.

Jangan kita bersikap kuku besi,bersikap autokrasi,feudality,berkelakuan seperti Amerika dan pemilik kuasa2 VETO yang lain,China,Perancis,Rusia dan Great Britain dalam kita melayani dan menyantuni anak2 dan isteri2 kita.

Kuasa VETO ini kita gunakan hanya untuk pertahan Aqidah,pertahan asas2 didikan agama Islam dan juga pengamalan akhlak anak2 dan isteri yang baik.

Jadi,semua faham dah kan?Maknanya kita sebagai Bapa,apabila telah sempurna anak2 dan isteri kita taat tanpa gagal,mereka tahu bersolat 5 waktu secara konsisten,tahu membaca AlQuran,berperangai elok akhlaknya dan bertuturkata pekerti yang mulia,mengerjakan tuntutan2 agama Islam yang lain,maka seharusnya lah kita selayaknya rasa puas dan sedikit berbangga kerana anak2 dan isteri2 kita berada di landasan yang betul.

Tapi secara harfiahnya bukanlah 100% kita akan selamat di dunia dan di akhirat,sebaliknya semua ini perlulah dilakukan dengan keinginan ikhlas hati sendiri,tanpa kita memaksa atau menakut2kan mereka dalam ertikata kita perlu ‘guide’ mereka bukannya memaksa mereka melakukannya,biar mereka tahu tanggungjawab mereka kepada Allah dan RasulNya,dan dari situ mereka akan bersikap ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Kisah dulu2 menjadi iktibar dan tauladan kita semua.Bentuk ajaran,didikan dan faktor tekanan hidup membesarkan anak2 di kampung2,di luar2 bandar memang menjadi punca tekanan kepada Bapa2 lantas beremosi marah kerapkali menyiksa,mendera,membantai dengan kayu dan memukul anak2.Jika difikirkan,jika berlaku dalam konteks hari ini,masih ada lagi Bapa2 yang bersikap begini,lambat laun ditangkap Polis dan dipenjara kerana mendera anak2.Langsung Bapa akan menjadi banduan!

Hayati lah pesanan dan perkongsian ini dan sebarkan lah kepada mereka yang belum atau sudah menjadi Bapa sempena Hari Bapa yang kononnya kita sambut ini.

Jangan lah kita bersikap ‘huha huha’ bising di sana sini,dengan ucapan Selamat Hari Bapa! Selamat Hari Bapa! Tapi hakikat sebenarnya kita jadi Bapa, kita tak tahu apa pun tanggungjawab sebenar kita.

Umpama ayam jantan berkokok berdegar2,tapi tahi sangkut di atas gelegar atau pun ayam berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi yang membawa maksud,kita sangka kita hebat dah,kita sudah betul dah berperanan sebagai Bapa,kita perasan,rupanya perkara2 asas pun kita masih gagal berperanan melaksanakannya.

Jadinya kesimpulan dalam coretan panjang ini,ialah bak kata Ustaz Azhar Idrus ni,apabila dia menjawab pertanyaan orang yang bertanya sesuatu dalam kuliah dia,orang yang bertanya adalah lebih pahalanya dari orang yang menjawab.Maksud dia,orang yang bertanya,dari dia tak pasti dan tak tahu hukum,dia jadi tahu selepas bertanya,dan orang lain yang ikut dengar kuliah pun jadi tahu,sama2 dapat pahala yang melimpah ruah.Orang yang menjawab dapat pahala sebab menyampaikan,tapi yang bertanya lebih banyak terhimpun meluas pahala akibat pertanyaannya.

Begitu juga di sini,di isu ini,berkenaan Hari Bapa,dan coretan ini,orang yang menulis dan menaip hanya berkongsi,kisah tauladan dan peringatan untuk bersama2 menjadi Bapa yang baik.Tidaklah bermaksud orang yang menaip adalah lebih baik dari orang yang membaca.Boleh jadi orang yang membaca dan mengamalkannya tips2 ini mereka jauh lebih baik dari orang yang menaip apatah lagi pula dia menyampaikan atau berkongsi pulak dengan orang lain,begitulah keadaannya.

Kita sebagai Bapa janganlah bersikap ‘mulut jahat’ (berkata2 lepas tanpa berfikir), tidak menapis perkataan2 yang boleh melukakan hati anak2 dan isteri2,mengungkit2 kisah silam anak2,kesalahan anak2,mengatakan begitu begini kononnya nak menceritakan kembali kisah2 silam dukalara anak2,supaya anak2 sedar.Tidak perlu buat semua perkara ini,Rasulullah tidak ajar perbuatan mengungkit2 sebegini.

Orang putih kata ‘Let by gone be by gone’ maknanya ‘yang sudah tu,sudah2 lah’ ia telah pun berlaku,tak guna diungkit2 dan dikenang2 kembali.Perkara yang lepas dan sudah berlaku amat2 mustahil untuk kita betulkan kembali bagaimana kita bertindak ketika itu.

Akhir kata,jom lah,ayuh lah kita cuba mencari semula di mana ‘kekusutan hidup’ kita sebagai Bapa.Belum terlambat lagi untuk kita membetulkan semula ‘re-tuning up’ semula cara kita berakhlak dengan anak2 dan isteri2 kita.Biarlah suatu hari nanti,andainya kita sempat meniti umur ke hujung usia,anak2 dan isteri kita tidak menjauhi kita dan sentiasa teringat2 dan terkenang2 akan kebaikan kita dan sentiasa ingin menemui,menziarahi dan terpahat kasih sayang kepada kita selama2nya.

Mereka tidak akan mengalami peristiwa ‘Minda Bawah Sedar’ yang tragis penuh dengan kenangan luka lama.Mereka tidak akan menyimpan rasa dendam,rasa berjauh hati,rasa terkilan,rasa terpinggir dan juga rasa bersalah kerana perkara2 lama yang telah pun berlaku.Inshaa Allah mari lah kita bina keluarga dan berusaha menjadi Bapa yang penyayang,tidak memukul anak2 dan isteri,tidak berkata2 lepas,memaki hamun dan berkelakuan kasar,bersikap garang membuta tuli.Kita ubah dan kita jadikan hanya Rasulullah sebagai contoh Ketua dan Bapa kita.

....Jadi,layak kah kita ucap Selamat Hari Bapa sekarang?setelah kita membaca coretan ini? 

Kita tentukan sendiri lah ya…

Wallahua’alam.

Wassalam.

Salam Idulfitri 1439 Hijriah / Tahun 2018

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam & Selamat Hari Raya, Happy Eid mubarak 1439 Hijriah / Tahun 2018,

Di sini saya ingin meluangkan masa mengucapkan Salam Idulfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, khususnya rakan2 jauh dan dekat, rakan2 bloggers dan juga kepada pengunjung2 blog saya yang dihargai sekalian.

Mohon ampun dan maaf zahir dan batin atas apa jua kesalahan/kekhilafan saya dalam perkenalan kita / semasa saya mengutarakan apa2 pendapat menerusi blog saya yang tidak dikenali ini.


Tahun ini, saya menghabiskan 3 hari beraya di kampung halaman di negeri Pahang kemudian barulah pulang ke Kelantan, Negeri Serambi Mekah.
Oleh kerana memang saya dan isteri telah sejak lama dulu mula2 bernikah mengikuti ikrar/janji mematuhi sistem giliran jika mahu pulang berhari raya, makanya kami tiada masalah dalam membahagikan masa untuk menyambut perayaan.

Sistem giliran kami ialah seperti ini :

1.Mengikut Tahun

2.Mengikut Sambutan Jenis Hari Raya yang utama/perayaan besar.

Contoh cara2 kami aplikasikan sistem ini, yang menjadikan rumahtangga kami aman bahagia ialah sekiranya :

Pada tahun ini 2018, Perayaan Idulfitri,kami bersetuju balik dahulu ke kampung saya di negeri Pahang bagi hari raya pertama hingga ketiga.

Makanya, pada Perayaan Idul Adha 2018 pula,kami akan beraya di Kelantan.

Bagi contoh Mengikut Tahun pula ialah, untuk tahun berikutnya, kata lah tahun 2019 nanti,kami bersetuju untuk beraya Idulfitri di negeri Kelantan pula bagi hari raya pertama hingga ketiga.

Bagi Perayaan Idul Adha 2019 pula,kami akan beraya di Pahang.

Jelas, kan?

Biasa lah, oleh kerana faktor jarak yang jauh dan juga kos pengangkutan, tol, bahan api dan 'vehicle maintenance services'yang agak tinggi,kami praktikkan cara/sistem begini dan saya yakin cara/sistem ini adalah sistem yang 'win-win sistuation'bagi kami suami isteri.

Siapa yang nak ikut/tiru kaedah saya ini, silakan.Jangan risau, cara ini belum di'pattern' kan oleh saya, tak kena saman punya jika tiru.Hihihi...

Inshaa Allah, ianya berbaloi dan juga rumahtangga aman harmoni.

Perayaan Idulfitri pada tahun ini saya menyambutnya dengan sederhana sahaja dan juga persediaan juadah/kuih raya juga secara skala sederhana sahaja.Begitu juga cara/gaya berpakaian tahun ini juga serba sederhana.

Pendek kata, setelah usia meningkat ini, perayaan bagi saya bukanlah lagi untuk memiliki segala2nya yang baru dibeli.

Pengisian Idulfitri itu sendiri ialah kita sebenarnya kembali kepada fitrah semulajadi kita sebagai manusia yang sewajarnya sudah bersih dan suci dari melakukan dosa2 setelah kita berjaya melaksanakan ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan yang mulia.Diharapkan kita sudah pun menjadi insan yang mendapat tarbiah kesan dari hasil ibadah puasa kita yang diterima oleh Allah.Inshaa Allah.

Ok, di hari raya, saya cuma berpakaian 'kurta dan berseluar panjang', diserikan lagi dengan songkok tarbus merah gaya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.


Sengaja saya mahu mencari gaya baru dan kelainan di Idulfitri tahun ini kerana tidak mahu lagi terikat dengan gaya biasa berpakaian sepasang baju melayu bersampin dan warna sedondon dengan anak isteri.Hahaha...

Bak kata pepatah Inggeris 'Normal is boring'- 'Kebiasaan ialah sesuatu yang menjemukan'.

Jadi saya cuba mencari kelainan dan mengabadikan gambar2 saya bersama keluarga saya di negeri Pahang.



Sempat juga saya membawa Zarif anak saya, menonton filem baru The Jurassic World di GSC Lite kerana teringin menonton filem mengenai dinosaur ini, pada hari raya kedua.Sengaja 'mencuri masa' sambil2 ke cinema,sambil2 beraya.




Itulah ceritanya serba sedikit mengenai sambutan Idulfitri saya tahun ini.

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan yang tidak seberapa ini.

Salam Idulfitri, maaf,zahir dan batin.

Sekian.

Salam Aidilfitri 2015 / 1436 Hijrah

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Guys & Girls,


Saya ambil kesempatan di bulan Syawal yang mulia ini, iaitu hari ini baru saja 6 Syawal 1436 Hijrah, saya mengucapkan kepada anda semua umat Islam, rakan2 blogger, rakan2 online dan juga pembaca2 blog saya dengan ucapan :

Salam Aidilfitri, mohon maaf, zahir dan batin.
Semoga kita semua berbahagia menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Janganlah kita lupa kepada mereka yang fakir, miskin dan kurang berkemampuan.
Bantulah mereka sekadar yang termampu oleh kita bagi mengurangkan kesempitan hidup mereka.

Mudah2an mereka juga dapat bergembira merayakan Aidilfitri.

Sekian dari saya.

Salam Aidilfitri 1435 / 2014

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini, 2014 atau pun Tahun Hijrahnya 1435.
Semoga anda semua bergembira menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan teman-teman yang dikasihi sekalian.


..........................................................

Ini adalah kisah Aidilfitri saya pada tahun ini.

Saya dikejutkan dengan berita ‘orang asing’ akan beraya di kampung ibubapa saya di Pahang.Orang itu ialah Biras kepada adik saya.Beliau berasal dari negara Perancis dan berketurunan Morocco (Maghribi).

Namanya ialah Mohamad.Beliau ini telah berkahwin dengan adik ipar kepada adik kandung saya.
Beliau lebih senang dipanggil Moha sahaja.

Bagi saya dan keluarga yang lain, termasuk ibubapa, abang-abang, kakak saya (cuma seorang kakak saya ada) dan adik-adik saya, menyambut hari raya aidilfitri pada tahun ini lebih seronok kerana kehadiran Moha.

Banyak juga sessi soaljawab, ramah mesra dan diskusi keluarga kami terhadap Moha.Untungnya, Moha seorang yang peramah dan suka bercakap.

Pada ketika sebelum menjelangnya malam raya (waktu petang),kami mengadakan barbeku (barbeque).Saya dan adik yang bongsu, Solehin kerap melayan dan beramah mesra dengan Moha.Moha lebih fasih bertutur Bahasa Inggeris namun dia juga boleh bertutur dalam Bahasa Arab dialek Morocco dan boleh juga bertutur dalam Bahasa Perancis.




Kini Moha dan isterinya (Ima) tinggal dan bekerja di Singapura.

Selain dari barbeku, kami juga menerangkan dan bercerita kepada Moha berkenaan adat-adat tradisional orang Melayu ketika perayaan dan juga bercerita mengenai kuih muih tradisional orang Melayu seperti Lemang, Ketupat, Dodol, Tapai, Bahulu dan lain-lain.




Walaupun tidaklah semuanya jenis kuih muih itu sempat dirasai oleh Moha, namun ada beberapa kuih muih yang dia suka apabila pertama kali merasainya.Contohnya seperti Kuih Bangkit.Selain itu dia juga mencuba Dodol, Lemang dan Rendang.Tetapi, Moha tidak begitu menyukai makanan pedas.

...............................................................

Itu ialah sebahagian kisah ‘Orang Asing’ yang telah pun menjadi saudara keluarga saya dan juga kehadirannya telah memeriahkan lagi aidilfitri saya pada tahun ini.

...............................................................

Dari perspektif peribadi saya pula, sambutan aidilfitri saya bersama isteri dan anak saya Zarif pada tahun ini hanyalah disambut secara bersederhana sahaja.Kali ini, giliran beraya di kampung saya di Pahang.Sempat jugalah saya beraya di rumah saudara mara terdekat seperti di rumah ibu saudara isteri juga terletak berdekatan di kampung saya, pada pagi raya pertama selepas Solat Sunat aidilfitri.

Saya juga dapat merasai juadah dan kuih muih seperti ketupat, lemang dan kuih raya yang pelbagai jenis.Yang paling’ special’ ialah Bihun Sup dicampur daging lembu disediakan oleh ibu saudara isteri cukup menyelerakan sekali.


Kemudian saya juga sempat berkunjung ke rumah rakan lama saya ketika di sekolah menengah.Kami mengimbau kembali saat suka duka, saat nakal dan juga saat bersama ketika di zaman persekolahan.Sungguh manis sekali.

Selain dari itu, kunjungan saudara mara juga agak meriah di pagi raya pertama sehingga penuh ruang tamu rumah ibubapa saya.Namun hakikatnya beginilah, tidak semua saudara mara yang datang berkunjung itu saya mengenali mereka.Perbezaan jarak umur, latar belakang, mungkin wajah yang berubah membuatkan kami tidak begitu akrab.Bak kata ibubapa saya, jika bertemu di mana-mana tempat berselisih bahu pun, mungkin tak kenal yang itu adalah saudara mara kita.

Saya juga berkesempatan menziarahi pusara Arwah Nenek saya bersama keluarga.Kami membacakan doa serta tahlil bagi mendoakan kesejahteraan ruh Arwah Nenek.Semoga ruh Nenek ditempatkan oleh Allah bersama golongan orang-orang yang beriman.


.................................................................

Inilah realitinya.Aidilfitri mengungkap pelbagai kisah bagi setiap orang.Lain keluarga, lain caranya.Lain budaya, lain rentaknya.Namun aidilfitri tetap dirayakan oleh Umat Islam sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Di suatu sudut sana, wujud Umat Islam yang serba kekurangan dan tidak mampu untuk bergembira di hari raya ini.Juga di sebalik benua sana, wujud peperangan, penindasan dan pembunuhan ke atas Umat Islam.

Pernah kah kita terfikir bagaimana mereka yang serba kekurangan merayakan aidilfitri?

Bagaimanakah mereka yang diserang dan dibunuh boleh bergembira merayakan aidilfitri?



Lantaran itu, bersyukurlah kita kepada Allah kerana masih lagi diberikan kebahagiaan dalam menyambut aidilfitri.

Salam aidilfitri dari saya – Blogger Right Deeds.

Maaf, Zahir dan Batin.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1435

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Saya mengucapkan Selamat tahun Baru Hijrah 1435 kepada semua umat islam.


Marilah kita sama-sama memanafaatkan tahun baru hijrah ini dengan satu semangat dan azam baru untuk menjadi insan yang lebih baik.

Berubahlah kita ke arah menjadi insan yang kurang baik menjadi baik.

Dari insan yang sedia baik menjadi lebih baik.

Manakala jika sudah menjadi lebih baik dari sebelumnya, berusahalah menjadi insan yang ‘TERBAIK’.

Tambahkan amalan soleh kita dan kurangkan/tinggalkan segala dosa-dosa.


Inshaa Allah kita akan menjadi insan yang berjaya di Tahun Baru Hijrah 1435 ini dan juga untuk tahun-tahun hijrah yang akan datang.

Ambillah iktibar dan tauladan dari peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah suatu ketika dahulu demi berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan juga bagi tujuan perkembangan agama suci Islam.


Kini, berkat dari usaha tersebut, agama islam tersebar meluas ke serata dunia.Betapa besarnya jasa murni Rasulullah bersama para Sahabat hinggakan kini kita dapat merasai nikmat menjadi Muslim dan juga berada di jalan yang lurus/benar dengan menyembah Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam ini.

Salam Maal Hijrah 1435 dari saya.

Salam Aidil Adha 2013

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Hai rakan-rakan sekalian,

Di kesempatan pada entri kali ini saya memberikan 'short wishes' untuk anda semua kaum muslimin dan muslimat, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi Tahun 2013 ini.


Semoga kita dapat melakukan ibadah qurban dengan rasa rendah diri dan tawadhuk kepada Allah.Bagi yang berpeluang menunaikan ibadah Haji dan Umrah, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana tahun ini anda menjadi tetamu Allah di BaitullahilHaram, dengan izin NYA.

Bagi yang belum berkesempatan menunaikan ibadah Haji dan Umrah tersebut, termasuklah saya, maka sama-sama lah kita melafazkan/mengucapkan takbir, tasbih, tahmid dan tahlil pada Hari Raya Aidil Adha yang pertama ini hinggalah ke Hari Yang Ke-4 (Bermula 10,11,12,13 Zulhijjah)bagi meluaskan/memeriahkan syiar perayaan Aidil Adha ini.Mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripada Allah.

Setiap daripada kita mempunyai 'erti pengorbanan'yang tersendiri sekalipun kita tidak mampu/tidak berkesempatan melakukan ibadah qurban dengan menyembelih binatang ternakan untuk dikorbankan.


Bagi diri saya sendiri, kini tibalah fasa pengorbanan saya untuk anak dan isteri saya, yakni berjuang untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk mereka di samping membina keluarga yang baik.Ya, ia dikira pengorbanan kerana kesukaran/jerih payah kita untuk membina keluarga yang baik dan diredhai oleh Allah, di mana dalam keadaan kita di tengah-tengah 'kemelut' masalah sosial yang begitu bermaharajalela sekarang ini.

Semoga saya dimurahkan rezeki dan diberikan ketabahan dalam mencapai matlamat hidup saya.

Salam Aidil Adha untuk anda semua yang beragama Islam.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013...dari Blogger 'Right Deeds'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai teman-teman blogger & pengunjung blog saya;

Di kesempatan posting saya hari ini,saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013 kepada anda semua yang merayakannya.
Saya mohon maaf sekiranya terdapat coretan saya yang mengguris hati anda sekalian.



Maklumlah,bila buat entri/posting kadang-kadang mana lah tahu kalau-kalau ada tersindir, ter mengata atau pun memperli anda semua.
Sebenarnya saya tidak bermaksud yang tidak baik,hanya kadang-kadang idea sedikit tersasar.

Saya juga lebih suka pengunjung-pengunjung blog saya dan juga rakan-rakan blog yang saya 'add' menilai sendiri akan isi blog saya secara ikhlas.Tidak bermaksud untuk menyanjung diri sendiri, namun anda tentunya sudah maklum, bahawa saya ini adalah blogger lelaki yang suka mencoretkan posting yang berfaedah.

Kalau anda sendiri mencari dan membaca entri/posting saya sebelum ini,boleh saya katakan ianya semua berfaedah dan berguna buat kita semua.

Dari label/tajuk kategori entri seperti, Agama,Pelancongan, Luahan Rasa, Menang Peraduan,Cerita/Kisah Teladan,Artikel Am,Jenaka/Lucu,Kerja/Tugasan,Makanan/Minuman dan lain-lain lagi,ianya memang coretan dari hati dan idea saya sendiri.Mungkin pada awal fasa ber blog dahulu, terdapat juga isi kandungan yang saya 'copy paste' dari blog lain, namun kini tidak lagi.

Saya bukanlah blogger Isu Semasa sentiasa update berkenaan hal semasa berlaku setiap hari,saya bukanlah blogger Kaki Melancong dan sentiasa meronda-ronda dan bercuti ke serata negara dan saya bukanlah blogger yang mencari nama dan status.

Saya definisikan diri saya sebagai Blogger Separuh Masa yang suka menceritakan perihal perkara atau sesuatu memberi input yang baik/positif.Maksudnya, saya cuba setiap entri/posting yang saya coretkan jika anda baca, ianya boleh anda jadikan panduan, bimbingan, tunjuk ajar, pengajaran dan juga mungkin sedikit pengisian dakwah.

Jadi, jika anda semua ada membaca entri/posting saya dan anda fikir ianya berguna dan anda jadikan panduan untuk anda, bermakna MISSION (misi) atau tujuan/objektif saya sebagai Blogger tercapai lah.Syukur Alhamdulillah begitu.

Dari sisi 'putihnya', saya agak kreatif,sensitif,kemas,berimaginasi tinggi,agak 'religious',matang,ada sikit-sikit sense of humor dan jika dari sisi gelapnya (dark side), saya agak suka berdendam dan agak 'hot tempered'.Namun kini 'hot tempered' saya kian merudum dek kerana kasih sayang yang melimpah ruah dalam keluarga saya.Lahirnya Zarif permata hati saya yang kini baru berusia 2 tahun 3 bulan banyak mengendurkan tahap 'hot tempered' saya.Sebab itu, saya begitu menyayangi Zarif.



Jadi, akhir sekali bagi sesiapa yang masih belum tahu,saya suka memperkenalkan kepada anda yang saya adalah seorang blogger 'Right Deeds'.

Apa itu Right Deeds ?

Right Deeds ialah menganjur/mengajak melakukan amalan-amalan yang baik dan benar.

Semoga saya berterusan dalam kategori dan aliran Blogger Right Deeds ini.

Inshaa Allah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum, hai.. Selamat sejahtera,

Bertemu kembali di blog saya.

Rasanya tidak terlalu lewat sangat untuk saya memberikan ucapan ringkas sempena Hari raya Aidilfitri melalui blog saya ini, walaupun hari ini sudah masuk hari ke -11 Syawal.

Dengan rendah hatinya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri bagi tahun 2012 kepada semua yang beragama Islam.

Saya mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya kepada semua yang mengenali saya baik di alam maya (online) atau pun di alam nyata.

Insya Allah, marilah kita sama-sama melakukan ibadat sunat berpuasa 6 hari di bulan Syawal yang mulia ini.


Sekian.

Yang Dipertuan Agong Ke-14 Malaysia

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi,

Ini entri terpendek saya.


Saya mengambil kesempatan di dalam blog ini bagi menyampaikan sekalung tahniah saya sebagai rakyat Malaysia kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong baru kita iaitu :

Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Di atas perlantikan Baginda sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-14.
Baginda merupakan seorang Raja berjiwa rakyat dan lemah lembut juga berbudi bahasa sifatnya.

Negara kita Malaysia diberi cuti umum khusus untuk hari pertabalan baginda pada hari Rabu ini bersamaan 11 April 2012.

Daulat Tuanku !!