Iklan Nuffnang

Cuti-Cuti Malaysia : 3 Hari 2 Malam di JB...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hujung tahun 2013 baru-baru ini, sebelum menginjak ke 01 haribulan Januari 2014 saya meluangkan masa pergi bercuti ke Johor Bahru (JB).
Lama benar rasanya tidak mengunjungi Bandar Johor Bahru dan persekitarannya.

Semenjak saya pergi kira-kira pada tahun 2010 yang lalu bersama adik saya, selepas itu baru kali inilah pula saya pergi ke JB.Masa itu pergi ke sana dengan tujuan menemani adik saya mendaftarkan pengajiannya di UiTM Skudai.

Namun, kini saya membuat keputusan bercuti di JB kerana kebetulan ingin mengunjungi Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya.Legoland telah menaja tiket kemasukan percuma untuk kami melalui satu peraduan yang dimenangi oleh isteri saya.
Kami pergi dari 29 hingga 31 haribulan Disember 2013.




Perjalanan dari Lembah Klang ke JB lebih kurang mengambil masa kurang dari 4 jam sahaja.Tetapi bila tiba di JB, dan tidak begitu arif mengenai jalanrayanya membuatkan saya mengambil masa untuk mencari lokasi hotel penginapan.

Saya dan keluarga menginap di hotel kelas bajet yang baru dibina di Nusajaya iaitu Orange Hotel.Hotel ini masih baru lagi, ianya bersih, cantik,bahkan memuaskan hati dengan harga yang dikenakan.Liputan Wi-Fi nya juga bagus.Hotel ini ada satu cawangan lagi terletak di Bukit Kemuning, Shah Alam, Selangor.


Di antara lokasi tarikan percutian ‘versi’ atau pilihan saya ketika berkunjung ke JB ialah :

Tarikan pertama ;
1.Legoland Malaysia – Sudah tentulah kan…inilah lokasi tarikan terbaru di Johor ketika ini.Punyalah seronok menikmati tarikan yang pelbagai di Legoland ini, hinggakan masa sehari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang dihabiskan pun saya dan keluarga cuma sempat berkunjung ke’ Dry Park’ nya sahaja.

Kena ‘repeat’ pula sekali lagi ke Legoland untuk menikmati keseronokan di ‘Water Park/Wet Wark’ nya pula suatu hari nanti.
Legoland ini kawasannya luas merangkumi pelbagai jenis tarikan yang dibina menggunakan ‘component lego based’.

Ianya seronok untuk dikunjungi kerana ibubapa dan anak-anak boleh bergembira sekaligus bersama-sama tanpa mengasingkan jantina dan umur.Namun ada syarat tertentu untuk sesuatu permainan/games yang disediakan itu sekurang-kurangnya mestilah kanak-kanak yang berketinggian 90 cm atau pun berumur 3 tahun ke atas, barulah boleh menikmati permainan/games tersebut.


Harga tiket pula bagi saya ianya mahal.Amat mahal untuk rakyat dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bekerja di Malaysia ini.Kemasukan untuk dewasa dan untuk semua kawasan(Dry & Water Park) dikenakan RM140 seorang.Manakala kanak-kanak 3 tahun hingga 12 tahun ke atas, tiketnya berharga RM120 seorang.Bagi yang umur 3 tahun ke bawah adalah percuma/tidak dikenakan tiket.

Kalaulah saya tidak dapat tajaan tiket Legoland percuma, belum tentu saya sanggup berhabis duit untuk masuk ke Legoland.Bayangkanlah kalau sebuah keluarga mempunyai 2,3,4,5 orang dewasa sudah berapa kos untuk tiket masuk saja ?
Darabkan sahaja lah.

5 dewasa (RM140 X 5 orang dewasa) = RM700 ! amat mahal….

Di bahagian Dry Park Legoland ini, saya teruja dengan ‘roller coaster’nya iaitu ‘The Dragon’.Saya memang suka mencabar diri dengan menaiki roller coaster kerana dulu-dulunya saya takut untuk menaikinya.Semenjak pernah berkunjung ke Universal Studio Singapore pada tahun 2010 dan mencuba roller coaster di sana, saya berasa teruja dan jika ada peluang menaiki roller coaster di mana-mana Taman Tema memang saya tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.


Namun, perasaan takut tetap menyelubungi diri, tambahan pula ketika roller coaster turun dengan laju dan membelok.Rasa seolah-olah tercabut jantung ! Saya cuma mampu pejamkan mata dan menjerit saja lah.Isteri saya memang awal-awal lagi menolak untuk mencuba permainan roller coaster ini.


Selain itu, Legoland ini juga banyak jenis bahagian tarikannya.Anda boleh ‘google’ sendiri dan saya tidak perlu memberikan cerita details di sini.



Di antaranya ialah tarikan Keretapi Lego (boleh dinaiki dan pusing-pusing di kawasan taman),tarikan dunia mini di MiniLand (miniature bagi mercutanda beberapa negara seperti Taj Mahal, Merlion,Angkor Wat,Great Wall,KLCC,Hanoi,Putrajaya, dan lain-lain),Star Wars Zone,Lego Technic, Knight Castle (The Dragon roller coaster),Spinning Look-out Tower (macam Menara Taming Sari di Melaka),Shipyard,Boating School,Imagination,Adventure World,Pharaoh Revenge,Pirates, Wave Racers dan macam-macam lagi.




Memang seronok ! di kawasan Legoland Dry Park sahaja tak cukup sehari meluangkan masa di sini!





Cukup dulu cerita Legoland…

Tarikan kedua pilihan saya di JB ialah ;
2.Zoo Johor – biasa lah, Zoo termurah kemasukannya di Malaysia.Dewasa cuma RM2 dan kanak-kanak RM1 sahaja.
Kawasannya tidak lah sebesar dan seluas Zoo Negara Malaysia.Tetapi tetap seronok untuk dilawati dan bawa anak-anak mengenali haiwan-haiwan.


Banyak juga haiwan-haiwan dan spesis yang ada di Zoo Johor ini.Ada beberapa spesis burung kakaktua (parrot),spesis monyet,lotong, chimpanzee,ada Taman Arnab Zoo Johor,ada Taman Tasik Mini untuk sewaan ‘paddle boat’ bersama keluarga,ada kuda padi (pony horse)untuk tungangan kanak-kanak,ada buaya,unta,singa, harimau,beruang,rusa,badak air (hippo),lembu dan seladang.Juga terdapat spesis ular-ular seperti ular sawa batik, ular daun/ular pokok dan juga ular tedung selar (King Cobra).
Pendek kata, berbaloilah juga dengan harga tiketnya yang murah dan keseronokan untuk melihat haiwan-haiwan di Zoo Johor ini.

Jika anda belum pernah ke Zoo Johor, datanglah berkunjung ke sini.

Ok, seterusnya…bagi tarikan ketiga pilihan versi saya ketika berkunjung ke JB ialah sudah tentulah rekabina atau senibina Bangunan Ibadatnya iaitu masjid terkenal di JB.

3.Masjid Sultan Abu Bakar.
Ia masih mengekalkan ciri-ciri rekaan senibina tradisionalnya, khususnya jika dilihat di bahagian dedaunan tingkapnya yang direka seolah-olah kelihatan seperti tingkap dua bukaan daun pintu rumah-rumah kampung Melayu di zaman dahulukala.Macam di istana tempat pertarungan Tuah dan Jebat jika dilihat rekabentuknya.


Saya sempat bersolat di sini sesudah selesai membawa anak dan isteri mengunjungi Zoo Johor, kerana lokasi Masjid Sultan Abu Bakar ini berdekatan dengan Zoo Johor.Iaitu terletak berhampiran dan di laluan jalan yang sama diberi nama Jalan Gertak Merah.

Suasana dalaman masjid ini juga agak sejuk dan seperti perekanya dahulu amat arif mengenai laluan keluar masuk angin/udara ke dalam masjid ini.Mulanya terasa seperti ‘dikongkong’ (tertutup) bila memasukinya kerana kelihatan agak dilitupi ruang dalamannya, namun bila berada di dalam ruang solatnya, ianya begitu nyaman dan tidak panas, walaupun kipas angin dan penghawa dingin tidak dipasang.

Begitulah indah dan kayanya dengan senibina tradisi masjid ini, bisa menarik perhatian pelancong seperti saya.

Kemudian pula, bagi lokasi tarikan versi saya untuk yang ke empat pula jika datang ke JB ialah ;

4.Kedai Roti Salehuddin/Salehuddin Bakery – Ia terletak di Jalan Dhoby berhampiran dengan Public Bank.Atau anda boleh ‘aim’ kan Jalan Bazar JB.Pusing-pusing sikit tanya orang dan lihat banyak kedai-kedai bangunan lama, di kawasan itulah terletaknya Kedai Roti unik dan begitu lama bertahan ini.


Saya dapat makluman dari orang JB sendiri, kedai roti ini berusia lebih 100 tahun dan mengekalkan cara asli/tradisi memasak roti dan membakarnya menggunakan arang/kayu api.Ia membuatkan rotinya terasa sungguh enak sekali.

Cubalah berkunjung dan membeli roti di sini dan nikmatilah sendiri akan keenakannya !



Bagi tarikan ke lima pula ialah ;

5.Bazar JB – Ianya terletak di tengah Bandar JB berhampiran kawasan berdekatan juga dengan Jalan Dhoby (ke depan dari Jalan Dhoby) di mana terletaknya Kedai Roti Salehuddin tadi.Bazar JB ini umpama Uptown jugalah.Tetapi ianya dibuka lebih awal bermula jam 7 malam hingga lewat pagi.Macam-macam barang ada dijual di sini.


Bazar JB ini bagus bagi pelancong yang ingin menikmati panorama JB di waktu malam hari di tengah kota.Sambil jalan-jalan di bazaar dan menikmati makanan terkenal negeri Johor seperti Mee Bandung Muar, memang syok sangat lah bro !

Ok, bagi tarikan ke seterusnya iaitu yang ke enam pula ;

6.Medini Mall – Ok, sebut saja Mall, di mana-mana saja mungkin sama lah.Macam-macam ada jual, semua barang ada.Kalau setakat melancong ke JB hanya mahu bershopping di Plaza Kotaraya, di Plaza Angsana,di Metrojaya JB ker, baik lah tak payah.Di KL lagi tersohor dan banyak pilihan, seperti SOGO, The Mall atau pun Isetan ker…


Namun, berlainan dengan Medini Mall, ianya satu tarikan ‘berkembar’ dengan Legoland.Keluar saja mercutanda pintu gerbang Legoland, Medini Mall tersergam indah.Di sini saya cuba menikmati resipi enak, Mee Bandung Muar iaitu di Restoran Johor Kitchen.Memang enak dan lazat sungguh Mee Bandung Muar di Johor Kitchen ini.Kalau tak percaya, cubalah sendiri bila berkunjung ke sini.

Tarikan ke tujuh ialah ;

7.Danga Bay – Sinonim sangat bagi orang yang biasa ke sini dengan masakan makanan laut (seafood) nya.Dengan mercutanda ‘gedabak’ Udang/Lobster Raksasa dibina di sini, membuatkan semua penggemar makanan laut akan berhabis duit menjamu selera di sini.Siap di bahagian/kawasan sekitar belakang restoran di sini dibina/diadakan tarikan fun-fair sejak lama dulu lagi hinggalah sekarang.


Kemudian, yang ke lapan menjadi tarikan bagi saya ialah ;

8.Johor Premium Outlet aka JPO – Jika mahu ke sini, sediakanlah duit untuk bershopping, sungguhpun JPO ‘declare’ barangan mereka ada diskaun hingga 70%, namun harga bagi segelintir orang yang lebih gemar percutian bajet seperti saya ini, ianya masih mahal !

Bayangkanlah, barangan berjenama Burberry, Bvlgari, Levis,CK dan jenama terkenal antarabangsa yang sudah ‘outdated’ (design lama beberapa bulan lepas), dijual pada kadar diskaun 50%-70%....kalau harga beg tangan RM1500, lepas diskaun 70% diskaun pun masih mahal bagi saya iaitu dalam sekitar RM750 bagi seutas beg tangan.Orang berpendapatan tinggi, boleh lah bro.


Kalau nak bershopping di JPO, jika betul-betul kaki shopping bawa dan sediakanlah dalam RM2-5K, tu kira sedap lah bershopping.Baru puashati !

Ok ? Hahaha…

Last but not least, sedikit tambahan.

Ada sebenarnya satu lagi tarikan terbaru di Puteri Harbour iaitu ;

9.Hello Kitty World - Namun saya tidak ke sini kerana mahal juga tiketnya, kalau tidak salah saya, tiket masuk sahaja dalam RM85 untuk seorang dewasa.Lagipun, Hello Kitty ini tarikannya lebih sesuai untuk bawa anak-anak perempuan, jadi kurang sesuai buat saya kerana saya ada anak lelaki.

Kalau anda ada anak perempuan, bawalah berkunjung ke Hello Kitty di Puteri Harbour ya, sebabnya tiket masuk tidaklah semahal Legoland.


Kiranya tarikan untuk pelancong di Hello Kitty ini adalah tarikan yang terbaru di Johor seperti Legoland jugalah.Namun ia lebih kepada konsep Taman Tema Kartun tersohor Hello Kitty.Kalau tidak silap Hello Kitty World ini cuma ada Indoor Park sahaja.Manakala Legoland mempunyai Indoor dan Outdoor Park.

Akhir sekali ;

Yang ke sepuluh ialah ;

10.Muzium JB, Dataran JB, ‘sea-side area’ – Saya gabungkan sekali lah senang, kiranya macam ‘miscellaneous’ lah ni.Faham-faham sajalah masing-masing ada peminat dan penggemarnya yang tersendiri berkaitan cerita sejarah, artifak dipamerkan di muzium.Namun saya tidak berkesempatan ke muzium kerana masa sudah suntuk dan mahu pulang ke kampung saya di Pahang pada petang Selasa, 31 haribulan Disember 2013.



Sama juga seperti muzium yang ada peminatnya sendiri, aktiviti lepak-lepak sambil bersantai di Dataran JB ketika ada atau tiada ‘function’ diadakan di Dataran JB juga boleh dilakukan.Bagi sebilangan orang ianya menenangkan jiwa dan fikiran yang berserabut.

Begitu juga melihat pemandangan di tepian laut (sea-side) bisa membuat diri dan jiwa tenteram.Cubalah berpeleseran di sepanjang tepian jalan menghala ke Bandar JB, di kiri anda akan terlihat kapal-kapal berlabuh dan lautan kelihatan terbentang luas lagi indah pemandangannya.

Inilah sekadarnya yang dapat saya kongsikan cerita saya melancong ke JB baru-baru ini.

Jadi, apa tunggu lagi….
Melancong lah.
Rancang percutian kita.

Ingat, ‘Santai kita, cara kita’.

Selamat bertemu lagi di lain masa.


16 ulasan:

zarul farhana berkata...

Bagus2.. Info berguna..nnt boleh pegi kesana

alriana5604 berkata...

Terima kasih Zarulfarhana....ada juga manafaatnya penulisan di blog saya...Alhamdulillah... :)

Tanpa Nama berkata...

Menarik-menarik.
Sorry bang, UTM Skudai bukan UiTM, jangan saah faham T^T

alriana5604 berkata...

Betul tu, saya tersilap taip, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, bukannya Universiti Teknologi MARA (UiTM),...Thanks ya atas teguran tu.. :)

Hasanah Ahmad berkata...

Wah! menariknya ke legoland. Saya akan ke johor weekend ini. Entry ni sangat bermanfaat untuk saya.

alriana5604 berkata...

Terima kasih Cik/Puan Hasanah Ahmad;
Alhamdulillah, syukur hasil penulisan/entri/posting blog saya boleh memberikan manafaat kpd org lain.
Selamat bercuti ke JB bersama keluarga ya ! Have fun & have a safe journey, ok.... :)

Liza Aryanna Izaara berkata...

tahun depan bulan 2 saya ke jb. fisrtime datang sana..bestnyaa naca cerita ni tambah teruja hehe

alriana5604 berkata...

Ms Elaine, saya pernah kunjungi A Famosa Resort di Melaka uuntuk event tajaan company, saya berada 3 Hari 2 Malam di sana, bermalam di Condo De Savoy,namanya.
Memang best kalau berkunjung ke A Famosa Resort di Melaka.

alriana5604 berkata...

Liza Izara,memang best jika ke JB sekarang, banyak tarikan terbaru utk percutian, liburan dan bersiar2.Untung2 ada bajet lebih, 'cross over' sekejap ke Singapore pergi ke Universal Studio Singapore.Lagi awesome!
Jangan lupa tagline saya 'Santai kita, cara kita'.

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan :}

alriana5604 berkata...

Ok,Shikin,sama-sama.Pengalaman eloklah dikongsi sambil2 itu boleh juga pembaca2 blog saya mendapatkan maklumat yang berguna utk mereka.
Terima kasih juga kpd Shikin kerana sudi mengunjungi blog saya dan membaca kisah2/cerita2 saya.

Unknown berkata...

Tqvm atas perkongsian.. Jd rujukan utk percutian saya hjg thn ini

Unknown berkata...

Tqvm.. Jd rujukan utk percutian hjg thn ni

alriana5604 berkata...

Ok, Ms.Ara Maganda, Thanks so much kerana membaca entry blog/posting saya.
Have a nice holiday nanti ya...mesti rasa tak sabar2 nak pergi kan... :)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
leshare berkata...

Terima kasih atas info. Kalau selalu travel menggunakan bas atau KTM/ETS, boleh cuba tempah tiket awal dengan mudah di MalaysiaBus.com. Ada pelbagai jenis bas dan meliputi banyak laluan serata Malaysia.