Iklan Nuffnang

PUTRA BIKES - Kedai Motosikal Yang Bagus, Belilah Motosikal Di Kedai Ini

alriana5604@gmail.com - AL The One


Assalamualaikum & Salam Tahun Baru 2016 !
Teman2 Online & Rakan2 Bloggers,

Nampaknya inilah entri pertama saya pada tahun 2016 ini.

Saya nak cerita mengenai kedai menjual motosikal Putra Bikes, Rantau Panjang,Klang, Selangor.
Selain itu, saya nak cerita juga akan betapa peri pentingnya bagi diri saya untuk memiliki sebuah motosikal.


Permulaan bulan Januari 2016 ini dimulai oleh saya dengan satu pembelian ‘aset mudah alih’ yang agak besar nilainya.Iaitu motosikal lah tu maksudnya.Motosikalnya taklah besar macam ala2 superbike 250CC,500CC atau pun 1000CC.

Saya fikir punya fikir punya fikir,aduhai berapa banyak kali fikir daa...

Akhirnya saya mengambil keputusan membeli sebuah motosikal Honda Future 125CC Full Specification atau dikenali juga sebagai Special/Tribal Edition.

Saya memilih motosikal ini kerana percaya (trust) kepada jenama Boon Siew Honda dan juga kecenderungan saya yang tak inginkan memasang tambahan ‘tong’ atau ruang letak barang di bahagian belakang motosikal.Ini kerana Honda Future mempunyai ruang yang luas di bawah tempat duduk hingga boleh memuatkan topi keledar yang besar.Selain itu ia juga jimat minyak, sebab itu saya pilih motosikal berkuasa 4 lejang.Setakat ini Honda Future adalah motosikal kategori Cub yang paling tinggi CC nya di Malaysia iaitu 125CC, maksud saya untuk jenama Honda sahaja.Jika untuk jenama Yamaha,kalau tidak salah saya untuk kategori Cub ialah LC135CC yang paling tinggi CC nya.


Keputusan memilih untuk membeli Honda Future ini, setelah saya ‘melengung’/termenung panjang dan amat2 sakit jiwa memikirkan berulang alik kerja dengan memandu kereta.Sudah ‘makan’ belasan tahun kiranya saya asyik berulang alik pergi kerja memandu kereta.Amat2 tak larat mengadap kesesakan lalulintas yang tak pernah berkesudahan setiap hari.Boleh gila dan sakit otak serta mempengaruhi prestasi kerja kerana asyik tiba lewat ke pejabat.

Ok, sudahlah luahan saya itu, hanya sebagai ‘main reason’ mengapa saya beli motosikal kapcai Honda Future 125CC Tribal Edition, adalah kerana nak elakkan kesesakan lalulintas yang ‘menggila’ di Lembah Klang ini.


Jadi, sebagai pelanggan yang telah membeli motosikal di Kedai Putra Bikes ini, saya amat2 mengesyorkan jika anda2 semua teringin membeli motosikal, maka belilah di kedai ini.

Putra Bikes dimiliki oleh Orang Melayu yang bernama Azmi.Beliau juga mempunyai Restoran terkenal dengan masakan asam pedas.Kalau tidak salah saya, restorannya ada juga cawangan di Selangor iaitu di Klang dan Bukit Jelutong.

Bercerita mengenai kedai ini khususnya di Putra Bikes cawangan Rantau Panjang, Klang Selangor ini, saya amat selesa dan mudah berurusan di sini.’Salesperson’ nya juga bagus melayani pelanggan.

Cik Ain dan En Zulkifli memang bersikap ramah dan amat membantu.Bukan itu sahaja, malahan pilihan produk/motosikal juga banyak.Jenama Superbike, Scooter, Cub pelbagai jenama juga ada seperti Honda, Yamaha, SYM dan Modenas.Di antara yang terlaris ialah Scooter CC besar 1200CC, SYM VTS 200, Yamaha Cub LC 135CC, Modenas model baru pelbagai design baru, Honda pelbagai model seperti Future, Wave, Dash, Wave Dash, macam-macam lagi.

Makanya saya amat berpuashati dengan tahap layanan dan juga perkhidmatan yang diberikan di Kedai Putra Bikes ini.Saya fikir satu2nya pengusaha Bumiputera iaitu Melayu yang ada memiliki empayar penjualan motosikal mungkin inilah (Putra Bikes) yang terkenal di Malaysia.Boleh dikatakan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, kalau tak silap saya ada memiliki cawangan/’franchisee’ Putra Bikes.

Jadi, apa tunggu lagi?

Pergilah beli sebuah motosikal idaman anda.Tak kisahlah sama ada hanya untuk berulang-alik kerja atau pun kerana memang itu hobi anda suka menunggang motosikal.

Tak kisahlah sama ada beli motosikal Cub atau Superbike, maka pilihlah membeli di kedai yang bagus seperti di Putra Bikes ini.Tapi jika benar2 anda mampu dan memang kaki motor Superbike saya nasihatkan anda boleh juga membeli motosikal di Two Wheel Garage (TWG) di Glenmarie, Selangor, yang terletak bersebelahan dengan PosLaju.Di sini, motosikal jenama BMW pun dijual.Tapi kebanyakannya yang dijual ialah Superbike ala2 GrandPrix jaguh2 perlumbaan lah.Sediakanlah ‘koman2’ pun RM50 Ribu untuk dapatkan Superbike yang ‘power’.

Ok ?

Set kan target,fikirkan dengan ‘ukur baju di badan sendiri’, ‘clear’ kan minda,apakah tujuan/objektif nak beli motosikal, kemudian baru buat keputusan, Ok?

Jangan terikut2 dengan orang lain pulak.Orang lain, mampu, ada duit banyak, jenis kaki motor, suka ‘travel’ jauh2 dengan menunggang motosikal kuasa tinggi, suka menyertai aktiviti berkonvoi, suka sertai ‘Club2’ dan persatuan motosikal besar, jadinya mereka belilah motosikal yang mereka mampu dan idam2kan.

Macam saya ini, bukanlah nak berlumba, bukan nak berpersatuan kelab motosikal bagai,bukan jenis suka jadi ‘long distance rider’, hanya membeli motosikal Cub saja nak elak/kurangkan mengadap kesesakan lalulintas untuk pergi ulang-alik kerja sahaja.Nak ‘travel’ jauh2 saya sudah memiliki kereta,Alhamdulillah boleh bawa keluarga balik kampung dan urusan2 yang memerlukan penggunaan kereta.


Oleh itu, setelah begitu lama memikirkan saya begitu amat memerlukan motosikal, maka akhirnya pada tarikh 22 Januari 2016 bersamaan Hari Jumaat, maka Alhamdulillah, ‘keluar’lah dari kedai (dapatlah menunggang dan memiliki) motosikal Honda Future 125CC Special/Tribal Edition Full Spec yang saya pilih itu.

Saya juga berdoa kepada Allah agar mempermudahkan urusan saya dengan adanya kemudahan memiliki motosikal ini, harap2 saya lebih rajin ke masjid2, surau2, menghantar anak ke sekolah, tolong ‘wife’ beli barang2 dapur harian sikit2 mana yang boleh di isi dalam bakul motosikal, kalau mahu beli stok sebulan barang dapur kena bawa kereta pergi beli di ‘hypermarket’.

Saya juga bertekad untuk lebih berdisiplin ke pejabat dan lebih berusaha keras, rajin dan gigih lagi untuk bekerja.
Bukanlah sebelum ini saya malas, tak bekerja keras, tetapi dengan adanya motosikal bolehlah datang awal ke pejabat,tak risau/terkejar2 untuk balik kerja kerana bimbang lewat sampai di rumah.Bagi saya, fikiran jadi lebih ‘focus’, ada lebih banyak masa,tidak merasa tertekan kerana kesesakan lalulintas dan yang lebih penting adalah niat ikhlas kerana Allah, mahu mencari rezeki untuk diri dan keluarga dalam keadaan yang dapat ‘bersegera’ untuk hadir ke tempat kerja.

Jika selama ini kalau diumpamakan jarak pergi balik kerja adalah 15KM pergi, 15KM balik,jika memandu kereta, ‘senak otak’ (tension) selama lebih kurang hampir 45 minit hingga ke 1 jam,kadang-kadang 1 jam lebih pun pernah lalui.Namun setelah menaiki motosikal,ianya hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

Amat2 berbaloi saya membeli motosikal memandangkan ia boleh menjimatkan masa dan dapat sampai ke destinasi dalam jangkamasa yang sekejap/masa yang pendek sahaja.

Terima kasih Allah, kerana memberikan saya rezeki untuk memiliki sebuah motosikal baru di tahun baru 2016 ini.

Aminnn..

Ingat ya, jika nak beli motosikal, belilah di PUTRA BIKES – Usahawan/Franchisee/Kedai Penjual Motosikal Bumiputera Melayu Islam.

Khusus untuk Putra Bikes Cawangan Rantau Panjang Klang, Selangor,sila hubungi :

1. Cik Syafawati Aini (Ain) : 03 3290 1808 / Cik Shuhada - staf baru ganti Cik Ain.

- Maaf ya, kini,Cik Ain sudah tidak lagi bekerja di sini, sila hubungi Cik Shuhada di no. telefon kedai motosikal ini : 03 3290 1808
(kemaskini terbaru, 15 Mei 2017 / Isnin)

2. En Zulkifli (Zul) : 010 210 5088 / 016 916 5288 / Emel : zulnaz_putramotors@yahoo.com

Alamat kedai Putra Bikes : No. 19,Jalan Sungai Nibong,14A/KU4,Rantau Panjang,42100 Klang, Selangor.

U/P : Saya tidak mengiklankan Kedai Putra Bikes ini kerana saya dapat/diberi komisen sekiranya ada mana2 pembeli membeli motosikal di kedai ini.Saya hanya tolong sahaja mengiklankan atas rasa terpanggil membantu sesama insan seagama dan menaikkan industri penjualan/ permotoran Bumiputera.

1 ulasan:

Azam berkata...

Salam tuan.. Alamat kedai yg tertera bkn lg milik putra bikes.. Sebaliknya telah diambil alih oleh puak ca ya nun alif.. Mohon update posting anda agar tiada lg yg tertipu.. Cukup2lah