Selasa, 14 Mei 2013

Jangan Jadi LELAKI DAYUS !

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai rakan-rakan & blogger sekalian,

Ini adalah entri 'copy paste'.

Sumber link nya ialah :

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=6347&mode=thread&order=0&thold=0

Saya rasakan ini adalah artikel berguna bagi tujuan peringatan kita semua.

Perbaiki lah diri kita dan keluarga kita,ok.

Jangan diri kita termasuk juga ke dalam kategori yang digelarkan DAYUS.

Kita minta perlindungan daripada Allah.

.................................................................................................................................


Nabi Muhammad SAW bersabda lelaki dayus tak 'berbau' syurga. Ramai dikalangan kita mungkin tidak berapa faham istilah 'dayus'.
Dalam bahasa Melayu dayus semacam erti penakut, sedangkan maksud dalam Islam berbeza.



Jangan kita bercakap berkenaan Islam tetapi dalam tidak sedar kita termasuk dalam golongan ini.

10 Ciri-ciri lelaki dayus ialah:-

1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motosikal atau apa jua kenderaan sepanjang perjalanan di mana-mana yang menyebabkan aurat terlihat.



4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.



5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki Rancangan Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali, bukan ?.

9) Membiarkan isteri keluar bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti untuk menyelamatkannya nyawanya dari lemas, kebakaran, kemalangan dan yang sepertinya.

Adakah kita merasakan yang kita kerapkali berada di surau dan masjid beribadat, sebagai lelaki kita sudah benar-benar selamat?

Fikir-fikir kan lah!!

Perkhemahan 'Survival' di Asahan,Melaka

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai bro & sis ;

Saya suka berkongsi dan menceritakan mengenai program/aktiviti perkhemahan yang saya sertai baru-baru ini dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam TM.Ia diadakan pada 27-28 April 2013 yang lalu bertempat di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka.





Sebelum diadakan aktiviti perkhemahan ini, peserta juga dibawa melawat ke kilang solar bagi mendapatkan maklumat berkenaan penggunaan dan juga teknologi kuasa solar di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.



-: Saya (berbaju putih, di sebelah kiri) :-

Saya telah merasai pengalaman yang baru dan bagi saya ianya amat bernilai dalam kamus hidup saya.

Aktiviti perkhemahan ini dianjurkan secara percuma (ditanggung oleh majikan saya) dan terbuka penyertaannya kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam.Kali ini, aktiviti lebih kepada penglibatan dan perlakuan aktiviti fizikal dan menguji ketahanan diri peserta.

Berikut pengalaman saya melakukan aktiviti lasak dan mendebarkan, di antaranya :

1.Melakukan aktiviti merentas dan meredah hutan (jungle trekking), kira-kira mengambil masa 1 jam lebih ke hutan Bukit Asahan di mana tempat/lokasi wujudnya Air Terjun yang dikenali sebagai Air Terjun Lampong Jatuh.Pelbagai flora dan fauna jika berkesempatan dan ternampak oleh mata kita boleh dijumpai di hutan ini.



2.Melakukan ‘waterfall abseiling’ kira-kira pada ketinggian 100 meter di lokasi Air Terjun Lampong Jatuh.Ianya amat mendebarkan bagi ‘first timer’ seperti saya.Namun saya dapat melakukannya tanpa terjatuh, tergelincir dan juga tanpa mengalami kecederaan.Ada sebilangan peserta yang tergelincir dan luka di lengan.Ada yang ketakutan dan berdebar berpeluh-peluh serta mengelak untuk mencuba.



Untuk makluman, ‘waterfall abseiling’ lebih sukar/lebih susah dilakukan jika dibandingkan dengan ‘normal abseiling’ seperti menuruni bukit/lembah atau pun menuruni bangunan tinggi.

‘Waterfall abseiling’, memerlukan anda yang bersikap kental, berani mencuba, tahan lasak, tidak takut jatuh, tidak bimbang akan tergelincir dan juga boleh menuruni dengan mengawal ‘tali abseiling’ secara bijak iaitu dengan melepaskan ‘tali abseiling’ di bahagian belakang secara perlahan-lahan dan berdikit-dikit.Jika anda gagal mengawal semua teknik ini, bersedia lah untuk jatuh dan tergelincir atau tersembam di ‘dinding air terjun’ yang sedang mencurah dan amat licin !



Teknik dan tips yang saya pelajari daripada seorang Instructor ketika itu ialah, kita perlu berpijak pada air terjun yang sedang mengalir deras.Ini kerana kawasan tersebut tidak licin.Jika kita berpijak pada permukaan batu yang tiada air mengalir deras, ianya amat licin dan berlumut, jadi untuk kita jatuh adalah amat mudah !

Sebenarnya, saya juga tidak percaya yang saya berjaya untuk kali pertama mencuba dan merasai pengalaman melakukan ‘water abseiling’ ini.Alhamdulillah.

3.Melakukan aktiviti berakit.Ia dilakukan secara berkumpulan seramai kira-kira 8 orang berada di atas platform rakit yang besar.Walaupun pendayung rakit ramai, tapi percaya lah, aktiviti berakit ini benar-benar meletihkan dan memerlukan kekuatan otot lengan dan tangan yang kuat !



Aktiviti berakit ini dilakukan di sebuah tasik di Asahan.Teknik mendayung, cara dan isyarat menggunakan pendayung juga diajar.Semuanya ada maksud tersendiri, jika ingin STOP, REVERSE, CORNER, STRAIGHT,EMERGENCY dan lain-lain, semuanya ada isyaratnya menggunakan pendayung rakit.



4.Melakukan teknik ikhtiar hidup di hutan atau pun ’survival in the jungle’.Melalui aktiviti ini peserta didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman di dalam hutan andainya jika tersesat di hutan dan terpaksa menghabiskan masa di hutan sebelum bantuan menyelamat tiba.



Ianya merangkumi cara memasak makanan atau pun beras (jika ada) dengan menggunakan buluh, memasak menggunakan buah kelapa, mencari sumber gula iaitu melalui akar atau pucuk muda tumbuh-tumbuhan hutan, mencari sumber garam di celah-celah akar dan batu-batuan, juga mencari ‘makanan’ atau haiwan untuk dimakan.

Untuk makluman anda, Instructor pada masa itu, menunjukkan secara realiti bagaimana ‘menyiatkan’ (skinned) seekor katak besar secara hidup-hidup dan memanggangnya.

OMG ! it’s so horrible !
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Inilah di antara aktiviti-aktiviti lasak yang saya sertai dan merasai pengalamannya sendiri.Sesungguhnya pengalaman sebegini amat mahal bagi saya.

Selain dari merasai pengalaman baru, dengan menyertai aktiviti sebegini juga mampu mengeratkan hubungan setiakawan di antara ahli Kelab Pencinta Alam dan juga menjadikan tubuh badan kita sihat dan aktif.



Sebagai penyokong aktiviti menghijaukan bumi atau pun Kempen Bumi Hijau dan juga menyokong usaha mencintai alam sekitar, penyertaan saya terhadap apa jua aktiviti sebegini diharapkan boleh dijadikan panduan dan juga contoh kepada anda semua, mengenai betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar, menghijaukan bumi dan menjaga hutan kita.

Hutan, adalah sumber oksigen manusia.Pertahan kan lah hutan di Bumi kita.

Ayuh, hijau kan lah Bumi ini.

-got to go-

Bye.


Saya Memenangi T Shirt THE HOST

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, salam sejahtera,

….Syukur…Saya memenangi hadiah lagi !!

Kali ini saya memenangi sehelai T shirt lelaki sempena tayangan filem THE HOST.



Sebenarnya saya sedang mengumpulkan memori-memori manis dengan membuat catatan di blog saya ini berkenaan apa jua hadiah yang saya pernah menangi dari sebarang peraduan.

Jika mahu membaca berkenaan saya pernah memenangi lain-lain hadiah sebelum ini, sila ke label ‘Menang Peraduan’ di sebelah kiri blog saya.



Untuk itu, entri ini juga dikira termasuk dalam kumpulan memori manis saya.

Ironinya, kita semua memang mempunyai tuah masing-masing cuma sama ada ianya tuah yang besar atau kecil sahaja.

Jadi, kepada sesiapa yang suka menyertai apa jua peraduan, terus-terusan lah berusaha, Inshaa Allah nanti, anda akan berjaya juga memenangi hadiah.

Never give up, bro !

Jumaat, 10 Mei 2013

Saya Memenangi :1 Set Penjagaan Diri NUGENO MEN BIO ESSENCE

alriana5604@gmail.com - AL The One

Alhamdulillah….Syukur…

Ini saja lah kalimah yang saya boleh ucapkan apabila terus-terusan menjadi bertuah dengan izin Tuhan, saya buat kesekian kalinya (amboi, amboi..amboi…), memenangi hadiah lagi.

Korang nak tahu hadiah apa ?

Ianya adalah berupa 1 set lengkap barangan penjagaan diri untuk lelaki NUGENO MEN BIO ESSENCE yang mengandungi 11 jenis item/produk.Nilainya tidak lah tinggi sangat, kurang dari RM200 sahaja.



Apa-apa pun syukur lah juga, boleh lah menggunakan produk Nugeno selepas ini.Paling tidak, boleh juga berjimat duit untuk membeli barangan penjagaan diri, kan ?

Berikut adalah senarai lengkap apa yang saya perolehi dari set hadiah NUGENO MEN BIO ESSENCE tersebut :

1.Skin Cleanse & Renew Gel – 2 unit produk.
2.Oil Control, Cleansing & Shaving Foam – 2 unit produk.
3.Refreshing Facial Scrub – 1 unit produk.
4.Hair Styling Gel Wet & Hard Hold – 1 unit produk.
5.Cooling Moisturizer With SPF 25 – 1 unit produk.
6.Body Shampoo/Shower – 2 unit produk.
7.Extreme Energy EDT (Perfume) – 1 unit produk.
8.Ultra Power Recharge Moisturizer – 1 unit produk.

Oh, terlupa nak memberitahu kepada yang belum tahu lagi.

Untuk kempen produk NUGENO MEN BIO ESSENCE di Malaysia, artis lelaki dikenali ramai, iaitu Awal Ashaari dilantik sebagai duta produk ini.Orangnya memang tampan dan kacak bergaya.Ala…husband si Scha Al Yahya tu lah.



Manakala untuk kempen produk NUGENO MEN BIO ESSENCE di peringkat antrabangsa ialah Raymond Lam.



Walaupun saya akui, diri saya ini tidaklah setampan mereka berdua ini (Awal Ashaari dan Raymond Lam), namun saya berpuashati dan suka menggunakan produk NUGENO MEN BIO ESSENCE.Sebelum saya mendapat hadiah ini juga saya telah mula menggunakan beberapa jenis ‘Hairstyle Gel’ Nugeno.Namun bukanlah membeli set lengkap produk ini.

Terima kasih kepada pihak penaja NUGENO MEN BIO ESSENCE kerana menghadiahkan saya set ini.Juga terima kasih kepada penganjur pertandingan iaitu BluInc Media Sdn Bhd.

Khamis, 2 Mei 2013

Iron Man 3 vs 'Orang Api' : Amat Mendebarkan !!

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, Bros & Sis,

Kali ini saya 'online' kan review versi saya untuk filem Iron Man 3.

Korang dah layan filem Iron Man 3 ?

Kalau belum, pergi cepat-cepat la ke mana-mana panggung wayang/cinema.Memang berbaloi dan amat-amat menghiburkan ! Penuh dengan aksi-aksi dan juga pertembungan kuasa di antara ‘Orang Api’ (human torch) dan juga Iron Man.
Memang padat dengan aksi dan juga perang tempur yang mendebarkan !



Kini, di Iron Man 3, Tony Stark jauh lebih kreatif dan genius apabila beliau menyediakan dan juga mencipta pelbagai jenis ‘suit’ Iron Man yang boleh dikawal sendiri dengan hanya memanggil namanya melalui pengaktifan dengan cara tersendiri.Bahkan dengan jarak tertentu beratus-ratus kilometer juga ‘suit’ tersebut boleh diaktifkan dan dipanggil oleh Tony Stark.



Kisah kali ini menceritakan berkenaan musuh utama yang direka oleh akhbar dan juga pengganas antarabangsa yang menamakannya ‘Mandarin’ (lakonan acktor Ben Kingsley).
Namun, watak Mandarin ini didapati hanyalah sebagai ‘klon’ kepada pengganas sebenar yang dikenali sebagai Aldrich Killian (lakonan Guy Pearce).Mandarin, apabila berjaya ditemui oleh Iron Man adalah seorang watak ‘lelucon’ (bodoh-bodoh alang) yang diupah oleh pengganas.



Aldrich Killian yang pernah suatu ketika dulu dalam filem Iron Man digambarkan bertemu Tony Stark di New Zealand untuk menjalankan kerjasama saintis dan ‘genetesist’.Aldrich Killian merupakan saintis hebat dan mencadangkan ideanya kepada Tony Stark, namun tidak dihiraukan oleh Tony Stark.Akhirnya Aldrich membalas dendam dan memperluaskan kajiannya sehingga boleh mencipta sejenis ‘serum api’ yang boleh disuntik ke dalam tubuh dan dikawal kuasanya.

Kemuncak aksi pertama ialah apabila kediaman Tony Stark di atas bukit berhampiran laut telah diserang teruk oleh orang Aldrich Killian.Kemusnahan besar-besaran ini hampir menamatkan riwayat Iron Man apabila sebahagian besar kediaman habis hancur musnah dan tenggelam ke dalam laut.Iron Man hampir lemas sehinggalah ‘lengan bionic Iron Man’ nya menarik Tony Stark dari dalam laut.

Aldrich Killian terus-terusan membuat onar dan kemusnahan dan mengugut Presiden US.Lalu di sini ditampilkan watak baru iaitu Iron Patriot yang diciptakan ‘suit’ Iron Man untuknya, namun coraknya bertemakan warna bendera US (Biru, putih dan Merah).Watak Iron Patriot dilakonkan oleh Don Cheadle iaitu sebagai Jeneral James Rhodes yang mengawal keselamatan Presiden US.



Pelbagai pertelingkahan berlaku, tidak habis-habis Aldrich Killian si Saintis Pengganas menghantar ‘Orang Api’ nya bagi membalas dendam kepada Iron Man atau Tony Stark sehinggalah pertempuran untuk babak aksi kedua yang penuh dengan dentuman kuat, hingar bingar, aksi cemas dan juga paling menarik penampilan pelbagai jenis suit Iron Man yang boleh dikawal sendiri oleh Tony Stark tanpa perlu memakainya.Di antaranya diberikan kod nama seperti Mark 42, Mark 33, Mark 35, Sniper, Launcher dan macam-macam lagi.

Terdapat juga aksi tempur dan menyelamatkan Presiden US oleh Iron Man yang cuba diserang oleh Aldrich Killian (dengan merampas suit Iron Patriot), lalu menyerang pesawat Presiden US, Airforce One.

Penghujungnya, kematian Saintis Pengganas Aldrich Killian ialah dengan cara Tony Stark mengarahkan ‘suit’ Iron Man Mark 42 nya melekap secara paksa ke tubuh pengganas tersebut lalu mengaktifkan ‘self destroy’ (musnahkan sendiri), lalu ia meletup.Namun masih lagi di akhir babak, nyawanya bertahan, hinggalah watak kekasih Tony Stark, Ms Pepper Potts (lakonan Gwyneth Paltrow) membunuh pengganas ‘Orang Api’ Aldrich Killian itu.

Amat mengujakan !

Rugi jika anda tidak menontonnya di pawagam, ianya lagi menggemparkan dengan ‘sound system’ yang kuat, jelas dan juga selesa.
Jom tonton sekali lagi Iron man 3 !

Jumaat, 26 April 2013

Putrajaya Oh Putrajaya...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam Jumaat yang berkat,

Hai my blog readers…

Saya baru-baru ini berkunjung pula ke Putrajaya setelah hampir setahun tidak ke sana.Paling akhir saya ke Putrajaya ialah pada tahun lepas 2012, ketika menyaksikan Pertunjukan Belon Panas Udara yang diadakan di Putrajaya (Putrajaya Hot Air Balloon Festival 2012).Tahun ini saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi festival yang sama kerana kesuntukan masa dan agak sibuk dengan rutin hidup dan tugasan seharian.



Saya pergi ke Putrajaya sebenarnya sambil-sambil melihat suasana persekitaran berkempen sempena Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan diadakan pada 05 Mei 2013 nanti.Maklumlah, pertembungan calon yang boleh dikatakan sengit dan rakyat seperti memberikan signal ke arah perubahan.Calon yang bertanding di kerusi parlimen Putrajaya ialah di antara Dato’ Husam Musa (dari PAS) menentang penyandang kerusi tersebut YM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Yaakob (dari BN/UMNO).Selamat berjaya lah kepada mereka berdua.Namun yang pasti pertandingan mestilah ada pihak yang menang dan satu pihak lagi akan tewas.



Ok, kita stop dulu cerita berkenaan politik, itu cuma selingan sepintas lalu sahaja.

Sambil-sambil saya ‘drive’ perlahan menikmati suasana dan keindahan Putrajaya, saya pergilah menuju ke Muzium Alam Semulajadi di Jalan Diplomatik, Presint 15 untuk melihat Pameran Katak & Kodok yang diadakan di situ.Lagipun saya membawa anak dan isteri, teringin juga untuk berhenti, berehat-rehat dan bersiar-siar melayani mereka.



Muzium Alam Semulajadi ini berkonsepkan ruang terbuka.Jika kita biasa masuk ke mana-mana muzium, pencahayaan (lighting) nya agak gelap, kelam dan suram, tidak begitu di Muzium Alam Semulajadi ini.Ianya cerah dan terang.Senang dan jelas untuk melihat objek-objek yang dipamerkan.

Ketika saya berada di dalam muzium ini, terdapat juga pameran spesis-spesis haiwan-haiwan liar yang mati dan telah diawetkan.Di antaranya ialah harimau, rusa,monyet, rodensia,beruang,kambing gurun, tapir,badak,gajah dan macam-macam haiwan lagi.Ianya dipamerkan di ruang tingkat bawah.





Manakala untuk Pameran Katak & Kodok, ia dibuat di tingkat satu.Rupa-rupanya untuk sesiapa yang belum tahu, katak dan kodok bukanlah haiwan yang sama.Ianya berlainan dan ada perbezaannya.Ibarat keluarga dalam spesies harimau.Harimau belang/Bengal dengan harimau kumbang berlainan walaupun berada dalam ‘keluarga harimau’.



Begitu juga dengan katak.Katak lebih bercirikan mempunyai kaki panjang dan kuat melompat.Manakala kodok pula saiz kakinya agak pendek, tidak kuat melompat dan juga badannya berbentuk menggerutu.Pameran Katak & Kodok ini menggunakan spesis katak dan kodok yang hidup dan ada juga yang mati kemudian diawetkan.Anak saya, Zarif yang kini berumur 2 tahun, begitu teruja melihat katak dan kodok tersebut.Dia belajar menyebut ‘Frog, Frog’.Gembiranya dia…



Kemudian, setelah lama berada di Muzium Alam Semulajadi, saya menuju pula ke Taman Botani Putrajaya.Cantik sungguh suasana di situ bagi orang yang jarang-jarang berkunjung ke sana lah agaknya, macam saya ini.Dapatlah peluang bersantai, berjalan-jalan di persekitaran taman tersebut dan juga sambil melatih Zarif berjalan dan berlari-lari anak bermain kejar-kejar dengan dia.Kemudian kami pergi melihat orang bermain kayak (canoeing) di tepi tasik sambil menikmati juadah tengahari di Café Tasik Putrajaya.







Dari sudut lainnya, saya melihat Putrajaya memang sebuah ‘Bandar Pentadbiran Dalam Taman’, inilah yang boleh saya katakan.Suasananya masih lagi bersih, segar, luas, menenangkan jiwa dan juga kelihatan tersusun dari segi kependudukannya dan juga pembangunannya.Namun setiap pembangunan, ada harga yang kita perlu tanggung.Saya difahamkan, harga rumah di Putrajaya makin melambung tinggi, ruang parkir terhad, trafik jalanraya semakin sibuk dan juga masalah sosial semakin banyak.Itu belum lagi dikira ‘onar’ dari warga asing yang menyewa di ‘Flat Hijau’ dan juga masalah kebanjiran pendatang asing.

Sebagai rakyat, saya bangga dengan idea Tun Dr Mahathir mewujudkan dan membina Putrajaya semasa era pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke -4.Apa-apa pun semuanya dengan izin Allah belaka.Semenjak terbinanya Putrajaya, ianya menjadi ‘ikon pentadbiran utama’ bagi kerajaan yang memerintah di negara Malaysia ini.

Untuk itu, jika kita sebagai penghuni dan penduduk yang menetap di Putrajaya mahu pun sebagai pengunjung yang cuma sekali-sekala ke Putrajaya, marilah kita bersama-sama menjaga keunikan Putrajaya dan menambahbaik persekitarannya sekadar yang termampu oleh kita.Contohnya, jagalah kebersihan, jangan melakukan jenayah dan juga menjaga akhlak dan tatasusila kita.Bukan saja di Putrajaya, tetapi di mana-mana pun kita perlulah berakhlak dan bersikap mulia.

Errmm…..akhir sekali saya ingin bertanya anda semua;

Selepas Pilihanraya Umum Ke-13 pada 05 Mei 2013 nanti, anda menjangkakan siapakah yang akan ’menduduki’ Pusat Pentadbiran Putrajaya? Pakatan Rakyat kah atau Barisan Nasional masih mampu mempertahankan kuasa sedia ada?

Wallahualam…


Jumaat, 19 April 2013

PRU Ke-13 : Harapan Golongan Kebanyakan Rakyat Malaysia

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hello..to all voters in Malaysia General Election 13,

Bro & sis,

Sebenarnya, sempena Pilihanraya ke-13 kali ini, kita bertarung dengan perasaan dan pertimbangan kita sendiri.Kita jenis yang berbeza-beza pemikiran dan pendapat.Kita merupakan pengundi yang subjektif dan sukar diramal.Ada yang sudah setkan awal-awal lagi di fikiran mereka, parti apakah yang mereka akan undi dan ada juga yang masih berteka-teki akibat dirundung rasa serba salah mahu mengundi siapa dan apa partinya.

Ok.

Sebagai rakyat Malaysia, apa yang kita impikan ? Ikhlaskan lah hati kita untuk menjawabnya.

Apakah harapan golongan kebanyakan rakyat Malaysia ?

Biar saya luahkan.

Sebagai rakyat Malaysia dari golongan kebanyakan, saya mengimpikan perkara2 berikut dapat dilaksanakan, tidak kira lah parti mana yang akan menjadi kerajaan di Malaysia nanti :

1.Pertama sekali, sudah tentulah saya menginginkan perkara asas keperluan hidup direndahkan kosnya dan menjadi mampu milik.Iaitu rumah atau tempat tinggal.Walaupun mampu milik, biarlah rumah tersebut agak selesa, janganlah terlalu kecil, sempit dan menyesakkan.Seharusnya pangsapuri yang berharga RM150 ribu-RM200 ribu kini, direndahkan harga menjadi RM100 ribu sahaja.


2.Barangan keperluan makanan dan pakaian juga perlu dikawal dan diminimumkan harganya.Khususnya makanan utama seperti beras, tepung, gula, sayur-sayuran, ikan, daging dan juga jenis makanan-makanan lain.Seharusnya kerajaan yang memerintah tidak terlalu bergantung kepada ‘taikoon’ pembekal sahaja , sebaliknya kerajaan sendiri mesti ada kuasa penentu dan pengawal harga.Penglibatan terlalu ramai taikoon dan kroni dalam bidang ekonomi berkaitan barangan asasi dan keperluan makanan menyebabkan rakyat dihimpit harga yang sentiasa dinaikkan sesuka hati oleh pembekal.


3.Harga bahan api sama ada petrol atau diesel perlulah direndahkan/diturunkan.Janganlah kononnya sentiasa berpandukan harga pasaran dunia petroleum per barrel/tong.Apabila harga petroleum dunia naik, pemerintah segera menaikkan harga, sedangkan apabila harga menurun, pemerintah amat liat dan berusaha untuk tidak menurunkannya dengan berhujah harga bahan api kita masih rendah berbanding negara jiran.Ini tidak betul dan amat menekan kehidupan rakyat yang menanggung bebas kos bahan api yang tinggi setiap hari.Sepatutnya kita sebagai antara salah satu negara pengeluar petroleum melalui Petronas,harga bahan api di negara ini seharusnya seminima yang mungkin (dalam RM1.00/liter ke bawah), sepertimana di negara Qatar, Iran dan Arab Saudi.


4.Kos pendidikan dan pengajian.Ini juga perkara yang rakyat sudah lama inginkan.Bukanlah bermaksud semuanya hendak percuma, namun kerajaan perlu kurangkan pelbagai pembekal dan juga orang tengah.Optimumkan fungsi Kementerian Pendidikan.Kos pendidikan seharusnya dari permulaan seorang rakyat/kanak-kanak belajar di pra sekolah lagi sehinggalah ke peringkat universiti perlulah diminimumkan.Bukannya kita manja atau pun ingin menebalkan budaya subsidi, namun kerajaan kena ambil tanggungjawab kerana bidang pendidikan bakal menentukan pemimpin negara dan juga masa depan negara oleh generasi yang akan datang.Seharusnyalah kerajaan mesti menanggung kos ini dalam bentuk pemberian dan memperbanyakkan biasiswa.Kurangkan pergantungan kepada buku-buku yang dicadangkan oleh pembekal bagi tujuan melariskan produk jualan mereka.Khususnya, buku-buku tambahan, kajian, latih tubi yang sebenarnya membebankan kewangan bagi ibubapa yang perlu membeli untuk anak-anak mereka.Wujudkan banyak tuisyen percuma di sekolah dengan menaikkan gaji guru-guru.Cetak dan tanggung kos sendiri oleh Kementerian Pendidikan sekiranya buku-buku latihan dan buku-buku tambahan diperlukan.Kesannya, pelajar-pelajar dan keluarga mereka tidak akan dibebani masalah kewangan dalam melaksanakan hasrat untuk belajar.

5.Harga kenderaan tertentu perlu diturunkan atau direndahkan mengikut kemunasabahan.Pada saya, tidak perlu semua harga kenderaan direndahkan/diturunkan.Sebabnya, kerajaan perlu fokuskan kepada keperluan rakyat bukannya keperluan industri atau pun bagi tujuan komersil/perniagaan.Memadailah jika menurunkan harga berkategori sedan, kompak, MPV, SUV dan juga yang biasa digunakan oleh rakyat kebanyakan.Tidak perlu semua jenis kenderaan diturunkan harganya, bukan? Buat apa kerajaan turunkan harga lori kontena, bas ekspres atau pun lori-lori pengangkutan perniagaan, bukan ? Ianya bukan digunakan oleh rakyat kebanyakan pun.


6.Mewujudkan belanja sara hidup atau elaun bulanan surirumah.Mengapa surirumah? Bukannya kepada semua wanita tidak bekerja?Hujah saya ialah jika elaun bulanan diberikan kepada semua wanita tidak bekerja, mungkin ianya agak membazir sumber dan wang kerajaan.Sebabnya mungkin wanita tidak bekerja itu mereka tidak mempunyai tanggungan (bujang/anak dara), hanya diri mereka sendiri sahaja.Jadi mereka carilah pekerjaan.Melainkan kes berkecuali jika mereka OKU atau tidak berkemampuan dari segi fizikal.Oleh itu, pemberian elaun bulanan bertepatan kepada surirumah tangga sahaja, tidak mengira mereka masih ada suami atau tidak, mempunyai anak atau tidak, asalkan kerja mereka surirumah dan mentadbir keperluan rumahtangga mereka.Ini tujuan meringankan beban mereka dan pasangan/tanggungan mereka.Cadangan pemberian elaun bulanan bermula RM500-RM1000 sebulan sudah memadai.

7.Akses internet percuma dan terkawal.Saya melihat kerajaan perlu memperluaskan lagi kawasan akses internet percuma ini.Bukannya terhad kepada pengwujudan kawasan kampung digital dan kampung wayarles sahaja.Bukan juga terhad kepada kawasan-kawasan bandar-bandar sahaja.Apa salahnya diwujudkan akses internet percuma di taman-taman permainan, taman di mana tempat rakyat berehat dan beriadah juga di lokasi-lokasi awam yang lain.

8.Penambahbaikan sistem pengangkutan awam.Saya melihat ini bisa menjadi alternatif kepada rakyat dalam membuat keputusan membeli kenderaan baru walaupun harganya diturunkan seperti diterangkan di perkara nombor 5.Ini kerana jika akses setiap pengangkutan awam kita moden, berdinamik, mempunyai banyak pilihan, cekap, menepati waktu, senang dicari/diakses (mudah sampai) dan juga kedudukan lokasi yang menyenangkan rakyat, sudah tentulah rakyat kebanyakan akan memilih menaiki dan menggunakan pengangkutan awam, daripada bersusah payah memandu kenderaan sendiri meredah kesesakan lalulintas.


9.Kos rawatan dan penjagaan kesihatan perlu diminimumkan kosnya dan ianya mestilah munasabah.Maksudnya, janganlah rakyat diberikan seolah-olah ‘double standard’ dalam kategori mendapatkan rawatan kesihatan.Bila disebut harga rawatan di hospital swasta jika tiada deposit beribu-ribu Ringgit Malaysia, maka rakyat tidak mendapat rawatan terbaik.Seharusnya kerajaan mewujudkan banyak lagi hospital untuk rakyat kebanyakan (yang sekelas dengan hospital swasta) dan dikendalikan oleh doktor-doktor terlatih.Jangan setakat mendabik dada hospital kerajaan cantik dan indah, tetapi bilangan doktor tidak cukup, dan ianya menyebabkan rakyat tidak mendapatkan rawatan dengan segera pada kos yang berpatutan.

10.Kos sara hidup semasa perlu bersesuaian dengan tangga gaji/pendapatan.Ini juga penting bagi mereka yang makan gaji.Dalam konteks hidup di bandar-bandar besar, seseorang yang berpendapatan RM3000 ke bawah perlulah diberikan elaun sara hidup bulanan bagi membantu mereka meringankan beban bulanan.Mungkin di antara julat RM200-RM500 kerajaan dan majikan perlu berikan elaun tambahan bulanan (COLA (Cost of Living Allowances) kepada rakyat mengikut kawasan bandar mana yang mereka bekerja/tinggal.

11.Mewujudkan banyak peluang pekerjaan bersesuaian dengan peratusan jenis bidang di pusat pengajian tinggi.Ini bermaksud, kerajaan perlu jadi cerdik dan bijak mendapatkan statistik mengikut bidang apa yang pelajar/rakyat ceburi di peringkat universiti.Bila mereka keluar/tamat pengajian, peluang pekerjaan sudah terbentang di depan mata dan juga bersesuaian dengan bidang pengajian yang diambil oleh mereka.Barulah kadar pengangguran boleh diminimumkan.Atau pun kontranya, Institusi Pengajian Tinggi atau Univeristi perlu menawarkan jurusan yang selari dengan jumlah permintaan dan jenis pekerjaan di pasaran buruh semasa sahaja.


12.Dan terakhir sekali ialah, menghapuskan sedikit demi sedikit bayaran tol.Ianya logik sebab sudah terlalu lama sangat rakyat menanggung kos/belanja tol ini.Cuma dikecualikan kepada lebuhraya yang masih baru dan perlukan tempoh masa penjanjian lagi.Bagi lebuhraya yang sudah lama seperti PLUS, kerajaan patut mengambil alih sepenuhnya dan bebaskan rakyat dari belenggu bayaran tol yang tinggi.Berkenaan belanja baikpulih lebuhraya lama yang mungkin melibatkan kos tinggi, kerajaan boleh mengeluarkan tender baikpulih tanpa mewujudkan konsesi tol khusus.Maksudnya kerajaan cuma mengeluarkan belanja ketika lebuhraya mahu dibaiki, bukannya dengan menekan setiap rakyat membayar tol kepada konsesi khusus yang mengutip tol dan juga melaksanakan kerja membaiki lebuhraya dengan cara mereka (sesuka hati).Jika tender dikeluarkan kerajaan, kerajaan boleh dan berkuasa memperincikan cara melaksanakan kerja-kerja membaikpulih secara terperinci kepada kontraktor.


Sekian sahaja, harapan saya sebagai rakyat Malaysia.

Isnin, 15 April 2013

Sindrom 'Monday Blues'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & salam ‘Monday Blues’…

Hai bro & sis, korang tahu tak apa itu sindrom Monday Blues?



Sindrom Monday blues ini ialah keadaan seseorang yang agak liat/malas untuk keluar bekerja pada hari Isnin kerana telah 2 hari berehat atau berhibur lebih pada hari Sabtu dan Ahad.

Pendek kata, pengidap sindrom ini, jika pergi keluar bekerja pun keadaan dirinya agak tidak terurus seperti ada sisa tahi mata masih tertinggal, pemakaian baju dan talileher yang tak betul/senget, mata masih berkeadaan terpisat-pisat lagaknya seperti tak cukup tidur dan juga keadaan tubuh badan yang tidak segar.Keadaan pengidap sindrom ini nampaknya seperti ingin bermalas-malasan dan juga seolah-olah terpaksa hadir bekerja.Mereka juga beremosi kurang stabil dan agak marah-marah dan sedikit murung.



Sememangnya kita semua pernah dan ada menghidap sindrom ‘Monday Blues’ ini kerana cara kita menghabiskan waktu cuti kita yang tidak begitu betul atau kurang efektif.

Sepatutnya, kita jangan mengamalkan berhibur hingga larut malam atau hingga lewat pagi semasa hari cuti Sabtu dan Ahad.Cukuplah sekadar yang perlu saja.Saya juga pada cuti Sabtu dan Ahad sering menonton filem kesukaan hingga larut malam, namun cuba untuk mengawalnya agar pada hari Ahad malam Isnin (keesokannya perlu bekerja), tidaklah terasa malas, mengantuk dan juga dihinggapi sindrom ‘Monday Blues’.



Pada hari Isnin dan juga hari pertama permulaan dalam seminggu, seringkali emosi segelintir orang agak tertekan.Terkejar-kejar dalam kesesakan lalulintas untuk sampai ke pejabat/tempat bekerja, menguruskan anak-anak, mahu bersarapan, mahu menghadiri mesyuarat dan temujanji, bertemu pelanggan dan juga bertembung dengan kehendak mahu menguruskan perkara peribadi seperti perlu pergi ke bank, pejabat pos atau pun urusan lain.

Jadi, cubalah bersabar dan aturlah hidup kita dengan baik.Janganlah biarkan sindrom Monday Blues ini menguasai kita dan kita akan selalu dijangkitinya !

Say no to Monday Blues Syndrome !

Jumaat, 12 April 2013

Buah-Buahan Yang Kurang DiKenali

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Salam online daripada saya.

Anda gemar memakan buah-buahan, kan? Namun, saya percaya tidak semua di antara kita mengenali spesis buah-buahan yang boleh dikira sudah tidak dikenali di masa ini.Maklumlah, di zaman millennium dan zaman globalisasi langit terbuka ini, kita seringkali tidak mengendahkannya.Generasi sekarang mereka lebih kenal buah-buahan seperti oren, strawberi, plum, anggur/blackcurrent, kiwi dan juga buah-buahan yang kerapkali dijual dibandar-bandar sahaja.Itu pun sebabnya buah-buahan tersebut dijadikan minuman atau diet seharian.

Sebagai percubaan, saya bertanya anda, anda tahu kah apa itu buah mencepu ?

Haa….cuba fikirkan….

Tak tahu bukan?

Asyik-asyik kena search di ‘Pak Cik Google’ jer lah kan, jika nak tahu jawapannya ?

Ok, mari kita lihat beberapa jenis spesis buah-buahan yang saya anggap sudah tidak ramai mengenalinya, mungkin juga ada segelintir daripada kita langsung tidak pernah merasai dan memakannya.

Berikut di antaranya :

1.Buah Binjai-Ianya sejenis buah yang asalnya dari tanaman pokok liar di hutan.Buahnya sedap digoreng dan dimakan mentah (apabila ia telah masak).



2.Buah Cermai –Ianya bersaiz kecil-kecil dan ketika berbuah, ianya berkedudukan rapat-rapat (segugus).Rasanya ketika mentah, agak masam tetapi enak dimakan jika dibuat jeruk.



3.Buah Sentul-Ianya kelihatan seperti bentuk buah manggis, namun kulit dan isinya agak berlainan.Dipercayai pokoknya juga berasal dari tumbuhan liar dari hutan.



4.Buah Nona-Ianya disebut juga buah ‘nana’ atau biasanya nona.Buah ini ketika telah masak dan dimakan mentah, rasanya manis.Pokoknya agak renek dan tidaklah besar dan tinggi.Bentuk buahnya kelihatan berbonggol atau menggerutu.



5.Buah Pisang Kaki-Tentu ramai tidak kenal buah ini, bukan? Termasuk lah saya.Mulanya saya jangkakan buah ini berbentuk seperti pisang udang atau pisang tanduk, bersaiz besar dan panjang, rupanya tidak.Ianya berbentuk mirip seperti buah tomato dari segi rupa fizikal luarannya.Isinya rasa sedikit macam epal dan pir (pear).



6.Buah Kerdas/Geduak-Ianya boleh dikategorikan buah juga walaupun bentuknya umpama kekacang besar.Juga boleh dibuat ulam-ulaman dimakan mentah bersama nasi.Buahnya agak berlemak, rangup dan juga berbau.’Geduak’ ialah panggilan sesetengah orang di kawasan Utara Malaysia.



7.Buah Mencepu-Ini dia buah yang saya rasa kalau ditanya kepada generasi yang kini berumur bawah 20-an, pastinya mereka tak tahu.Buah ini juga kelihatan mirip buah tomato dan buah pisang kaki tetapi ianya digunakan dalam masakan, isinya agak lembik dan rasa agak masam-masam sedikit.Saya mengenali buah mencepu ini kerana semenjak kecil, ibu saya kerap memasukkan buah ini ke dalam gulai lemak ikan tenggiri (cara masakan orang Pahang), kadang-kadang jika tiada buah mencepu, buah mempelam muda juga sedap dimasukkan ke dalam gulai ikan tenggiri.



Dan akhir sekali……..

8.Buah Misteri a.k.a Buah Khuldi-Ianya banyak pendapat.Setiap negara, adat resam, budaya, penduduk dan pegangan agama juga mempengaruhi dalam menentukan apa itu sebenarnya buah khuldi.Iaitu buah yang diceritakan di dalam Al Quran yang dilarang oleh Allah dimakan oleh Nabi Allah Adam Alaihis-salam dan juga isterinya Siti Hawa di syurga.Namun, sekadar menggambarkannya tidak mengapa kerana kita cuma berimaginasi sahaja.Dipercayai buah khuldi kelihatan seperti buah delima (seperti di gambar yang ditunjukkan), namun bukanlah semestinya ini ialah buah khuldi.Hanya Allah saja yang mengetahuinya.



Sekian.