Iklan Nuffnang

Tenang & Damai di Semuji Agro Resort

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam online to all,

Saya mulakan posting blog saya kali ini dengan soalan :

Percutian singkat (short vacay) tempat sunyi,tenang dan damai di manakah kali terakhir anda pernah pergi?

Lama sudah kah anda ke destinasi itu? 1-2 tahun lepas?

Ok, sesaja lah saya bertanya sebab baru2 ini terfikir nak ‘short vacay’ di lokasi yang boleh lah dikatakan tidaklah berada di kawasan pedalaman sangat,cuma tempat ini saya fikir kurang dikenali oleh pelancong tempatan untuk menginap secara berkeluarga.Ia lebih dikenali sebagai tempat untuk aktiviti ‘team building’ bagi syarikat2 dan agensi2 kerajaan atau swasta.Dulu2nya disukai orangramai kerana di sini terdapat dusun buah2an.Buah2an ini boleh dipetik dan diambil dari pokok2 lalu boleh terus dimakan di dusun.Tapi kini tidak lagi begitu,apabila musim buah2an, ada peraih yang menunggu untuk membeli buah2an tersebut.

Di mana kah lokasi nya dan apakah nama tempat penginapan ini ?

Namanya ialah Semuji Agro Resort dan lokasinya ialah di Gambang,Kuantan Pahang.

Kalau kena pada masanya,iaitu ketika tiada apa2 aktiviti dan tiada sewaan dari kumpulan2 tertentu sama ada dari sektor kerajaan atau pun swasta yang beramai2 menginap di sini, lokasi ini memang agak sunyi,tenang dan damai.

Mungkin kerana jaraknya yang dikira agak jauh dari pusat bandar Kuantan dan juga kerana kedudukan lokasinya persis Resort di kawasan dusun dan terletak di laluan jalan lama Temerloh-Kuantan, jadi Resort ini memang sunyi sepi lebih2 lagi di hari Sabtu dan Ahad.Apatah lagi jika kita biasa menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), memang kita takkan nampak pun Semuji Agro Resort Gambang ini.

Saya pun ambil kesempatan untuk merasai menginap di sini dengan kadar yang sangat berpatutan hanya RM100 lebih saja untuk semalaman menginap di penginapan jenis chalet binaan dari kayu/papan.Chaletnya tinggi mempunyai anak tangga dan terletak di pinggir dusun (di tepi pokok2 durian lagi), cuma tak kena musim,pokok2 durian dan buah2an lain pun sudah habis atau pun mungkin belum musim berbuah.

Ada juga penginapan jenis Cabin Chalet iaitu binaan dari jenis kabin/kontena yang dimodifikasikan menjadi sebuah chalet yang selesa diinap.Tapi saya tidak pilih Cabin Chalet untuk menginap sebab jaraknya yang agak jauh dan berada di atas bukit.Tak larat untuk membawa/membimbit beg2 pakaian dan barang2 sampingan yang lain.

Tiada banyak ‘wow factor’ sangat di Semuji Agro Resort Gambang ini.Di antara perkara2 yang seronok dan boleh kita lakukan jika menginap di sini ialah :

1.Aktiviti berbasikal di kawasan Resort ini dan basikalnya tidak perlu disewa,sudah termasuk dalam harga penginapan yang RM100 lebih semalaman tadi.Basikalnya jenis Mountain Bike jenis biasa2 saja pun,bukannya basikal untuk pengayuh professional.Bilangan basikal berdasarkan siapa cepat dia dapat,mungkin ada dalam anggaran 5-10 buah basikal sahaja.

2.Aktiviti berkayak juga boleh dilakukan di sini dan bagi yang biasa berkayak tidak perlu lagi bantuan instructor atau guider.Saya tidak bertanya berapa kos sewaan kayak di sini sebab saya tidak cuba aktiviti berkayak ini,wife dan anak saya tidak pernah menggunakan kayak,jadi saya tak mahu ambil risiko,sebab pada hari minggu tiada instructor atau guider bertugas.

3.Boleh memancing di sini dan ada kolam memancing disediakan.Harga sewaan joran memancing saya tidak bertanya sebab saya tidak melakukan aktiviti ini.

4.Boleh juga melihat2 dan berkunjung ke ladang ternakan rusa yang agak luas binaan kandangnya dan bilangan rusanya pun banyak.Boleh juga memberikan rusa2 itu makan dengan izin penjaga kandangnya.

5.Melihat2 sangkar kurungan landak dan jika berkesempatan waktu landak makan,kita juga boleh memberinya makan dengan kebenaran penjaga kandangnya.

6.Boleh berjogging,berjalan kaki dan bersenam di kawasan Resort ini yang saya kira agak luas juga.Letih dan mengah juga lah nak pusing2 dan meninjau ke serata kawasan di Resort ini.

7.Boleh memetik buah2an yang telah masak di pokok2 dengan izin pihak penjaga Resort,saya sempat memetik beberapa biji Buah Mentega dan dimakan,rasanya manis dan sedap juga.


8.Boleh menaiki dan memanjat tangga Menara Peninjau (Observation Tower) yang ada di kawasan belakang Resort dan merasai melihat pemandangan Resort dari tingkat teratas Menara Peninjau.Selain itu boleh merasai melalui Titi Gantung yang agak usang tetapi masih boleh digunakan,namun tidak boleh melebihi 5 orang berada di atas titi gantung ini dalam masa yang sama.

9.Jika menempah untuk melakukan aktiviti ‘flying fox’ juga boleh dilaksanakan di sini berhampiran Menara Peninjau dan bersambung dengan kabel laluan aktiviti ‘flying fox’.

10.Di ruangan dataran utama walaupun saiznya tidak besar sangat,boleh dilakukan aktiviti2 seperti sukan lasak,bermain skateboard,kasut roda atau pun boleh juga bermain ‘drone’, lebih2 lagi ketika masanya ruangan meletak kereta kosong dan boleh dimanafaatkan untuk permainan tersebut.

Manakala untuk mejamu selera pula,kawasan Resort ini agak berjauhan dari tarikan2 kedai2 atau restoran2 dan jika kita teringin untuk makan di luar,kita perlu memandu kira2 dalam 20 km ke pekan Gambang dan ke Kuantan.Oleh itu jika menginap di sini pada hari minggu, bawalah bekalan makanan kering dan tidak perlu dimasak jika kita tidak mahu memandu kereta ke luar dari Resort ini.Belilah roti,mi segera,minuman segera bancuh (sachet) dan jenis makanan2 yang tidak mudah basi.


Bagi saya, walaupun Semuji Agro Resort ini tiada tarikan ‘wow factor’,namun saya anggap lokasi ini cuma sebagai ‘escapism during weekend’ sahaja.Hanya untuk merasa tenang dan damai tanpa banyak gangguan kebisingan dan hiruk-pikuk kesibukan hidup di bandar2.Untuk ‘short vacay’ boleh lah saya cadangkan bagi mereka yang belum pernah menginap dan berkunjung ke Resort ini.Jika untuk lebih dari semalaman menginap dibimbangi anda rasa cepat jemu dan tiada apa2 aktiviti lain yang boleh dibuat di sini,kolam renang pun tiada,gymnasium pun tiada,Spa pun tiada dan berjauhan dengan bandar.

Jadi setakat ini sahaja buat kali ini.Ingat pesan saya,’Santai Kita,Cara Kita’.

Pergi lah ke mana pun anda dan keluarga anda untuk bergembira dan berseronok,pilihlah lokasi anda,susunlah aktiviti anda,merayau lah ke mana jua menikmati keindahan alam semesta ini dan kagumi lah keindahan alam yang diciptakan oleh Yang Maha Esa.

Jauh perjalanan,luas pengetahuan.

Ada masanya kita pilih Tenang dan Damai kerana ia adalah teraphy untuk jiwa kita setelah penat bekerja dan menghadapi pelbagai perkara dan masalah kehidupan kita seharian.

Wallahua’lam.

-Got to Go-

Tiada ulasan: