alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai Guys & Girls,
Assalamualaikum, apa khabar?
OK, tiba2 rasanya nak bercerita lagi.
Cerita kali ini adalah mengenai saya dan kita.
Siapa saya dan siapa kita sebenarnya?
Adakah anda faham apa maksud saya?
Maksud saya adalah adakah kita sendiri kenal dengan diri kita sendiri dan adakah orang lain juga kenal dengan kita sebagaimana kita kenal dengan diri kita sendiri?
Bunyinya macam berbelit2, tapi cuba fikirkan.
Ok, begini sebenarnya.
Jika diri saya sebagai contoh, saya adalah seorang yang SENTIMENTAL.
Anda tahu apa itu sentimental?
Klik di sini :
SENTIMENTAL TAKRIFAN DALAM GOOGLE
Ini adalah definisi berdasarkan carian dalam Google.Jika ianya melibatkan diri seseorang, sentimental bermaksud :
‘’ excessively prone to feelings of tenderness, sadness, or nostalgia.’’
Jika dirujuk maknanya, ada lah kena dengan diri saya sikit2...
Namun, apa yang saya cuba terangkan ialah maksud sentimental ini agak unik dan tersendiri.Ramai yang berfikiran bahawa seseorang yang bersikap sentimental ialah jenis orang yang ‘tangkap leleh’, Mat Cintan Cintun,suka berkhayal,Mat Jiwang, berjiwa sensitif, mudah menangis, manja dan lain2 lagi dikaitkan sentimental dengan jenis ‘Mat2 Bunga’ atau ‘seseorang yang berjiwa lembut’.Orang sekarang sebut ‘Dalam hati ada taman’.
Ya, ada benarnya.
Namun saya sedari, semenjak kecil saya memang jenis yang agak berjiwa sensitif dan juga sukakan kesempurnaan (perfectionism).Namun hampir tak pernah saya mengecapi kesempurnaan dalam apa jua yang saya inginkan.Pun begitu, saya tetap bersyukur.Apa yang dikurniakan oleh Allah adalah yang terbaik untuk saya, saya amat yakin akan keadaan ini.
Selain itu, saya mudah berasa kasihan kepada seseorang apatah lagi jika melihat kedhaifan/kesusahan seseorang.Hati kecil saya cepat merasa mengalah, sedih, sensitif dan terharu/sayu hati rasanya.Sebab itu jenis orang yang mudah kasihan kepada orang seperti saya ini, mudah diperdaya.Namun kini saya dapat mengawal perasaan ini dan tidaklah berasa kasihan kepada semua orang.
Saya juga suka berpenampilan kemas dan sesekali saya suka membuat kejutan dan suka mengenakan pakaian yang kelihatan gaya orang muda masa kini (contemporary style).
Seperkara lagi, saya mudah terkenang atau mengenang kisah lalu.Walaupun bak kata bait2 dalam lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, ‘’Barang yang lepas, janganlah dikenang’’, namun ada masa2nya saya masih lagi terkenang2 akan kisah masa2 lalu saya.Kisah2 semasa kecil, bersekolah rendah dan menengah, kehidupan dengan rakan2 di asrama semasa sekolah menengah di usia remaja, kisah kehidupan ketika di kampus menyambung pengajian di IPT dan juga lain2.
Kadang2 kisah2 lalu/lampau ini membuatkan hati saya menjadi lebih sentimental.
Kenangan di mana saat menjadi kanak2, berkawan bersama teman2 sebaya, bersekolah, susah senang bersama teman2 karib yang kini semuanya hilang entah ke mana.Bagi saya, sama ada anda mempercayai atau tidak, ingatan saya cukup kuat bila mengenangkan kisah2 lalu.Saya bersyukur dengan kurniaan ini.
Saya masih mampu mengingat beberapa orang rakan2 saya ketika saya sekecil usia 5-6 tahun.Kira2 hampir 40 tahun/4 dekad yang lalu.Kalau anda, sekarang ini, masih boleh ingatkah rakan2 kecil anda ketika usia anda 5-6 tahun yang lalu?
Kemudian pula, saya terkenang, ada juga rakan2 rapat atau pun kurang rapat yang telah pergi buat selama2nya, iaitu meninggal dunia.Ada di antaranya meninggal dunia di usia kecil di alam sekolah rendah, ada yang sudah masuk umur belasan tahun meninggal dunia dan juga ada yang meninggal dunia ketika di pusat pengajian tinggi.Baru2 ini ada seorang rakan karib saya yang meninggal dunia di alam pekerjaan ketika kerjaya beliau sedang memuncak.
Semua perkara yang berlaku ini menyebabkan hati saya berasa bertambah sayu bila mengenangkan kejadian ini.Saya berasa pasrah dan menerima ketentuan takdir dari Yang Maha Esa.Semuanya sudah tertulis dan tersurat.
Saya diberikan peluang hidup sehingga kini sewajibnya bersyukur yang amat sangat kepada Allah.Saya dikurniakan kesihatan yang baik, rumahtangga yang bahagia, pekerjaan yang baik dan selesa, semestinyalah tidak boleh mempersia2kan peluang ini.Mana2 amalan baik dan soleh yang mampu dikerjakan, masa inilah harus saya mengerjakannya dan menambah amalan soleh sebanyak2nya.
Inilah yang membuatkan saya menjadi SENTIMENTAL.
Ya, saya menjadi sentimental kerana mengenangkan sesuatu yang lalu, mengaitkannya dengan kehidupan saya sekarang dan juga memikirkan mengenai tanggungjawab saya kepada Yang Maha Esa.
Bak kata orang, ‘’Yang sudah tu, sudah lah’’.
‘’Let bygones be bygones’’, kata ungkapan dalam Bahasa Inggerisnya.
Kadang2 terlalu mengenang semula akan peristiwa2 lama menjadikan kita ‘pasif, asyik bersedih, leka, menjadi ‘moody’ (mood tak baik), tidak berwawasan, agak ketinggalan dan juga seolah2 tidak dapat hidup dalam dunia nyata/tidak dapat menerima kenyataan.
Inilah yang membuatkan saya mengawal diri sendiri dengan cara memotivasikan diri sendiri supaya berfikir dengan cara positif.
Beginilah saya dan juga cara saya berfikir untuk mengenali diri saya sendiri.
Saya mengenali diri saya ini sudah lama, apabila usia makin bertambah kini saya lebih mengenali diri saya ini.
Saya sukakan kehidupan saya yang sederhana, menerima pemberian dan kurniaan Ilahi dengan rasa penuh syukur.
Saya seorang yang suka kepada keadaan yang kemas, bersih, suka berpenampilan kemas,suka mempelajari ilmu2 agama, suka kepada pantai, suka kepada ketenangan, kerapkali suka mengenang kisah2 lalu, seorang yang penyayang,agak ‘low profile’ dan juga bertanggungjawab.
Inilah diri saya.
Bagaimana pula dengan diri anda?
Adakah anda benar2 mengenali diri anda, dengan sebenar2nya.
Adakah anda juga SENTIMENTAL seperti saya?
Hmmm....binalah karektor yang ikhlas dan menuruti jiwa anda sendiri seadanya, selama mana ia tidak bertentangan dengan agama.
Wallahualam.
Sekian.
AL The One - Blog yang mengandungi pelbagai perkara dan cerita. Cetusan idea dan seloka, wisata dan kerja menjadi rencah hidup semasa.
Iklan Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Keperibadian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keperibadian. Papar semua catatan
Watak dan Karakter Berdasarkan Warna


alriana5604@gmail.com - AL The One
Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang kita kenal dalam dimensi kita. Banyak yang kurang menyadari, sebenarnya dari 'warna favorite' kita dapat melihat watak seseorang.
Warna Biru
Warna kesukaan kamu Biru, biasanya termasuk jenis pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta kamu seringkali menyembunyikan perasaan.
Warna Hitam
Kamu termasuk jenis orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.
Warna Merah
Kamu sangat berwibawa dan juga mudah melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan berseronok tapi kamu boleh mengawal diri. Banyak orang meluahkan cinta padamu, tapi kamu selalu/asyik berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk jenis yang sukar jatuh cinta.
Warna Hijau
Jika warna kesukaan kamu hijau, maka kamu adalah jenis yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu jenis periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang selekeh. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan sesiapa pun juga, walaupun seseorang itu bodoh/kurang bijak.
Warna Putih
Kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, jika menyukai warna putih, ramai orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong sesiapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
Warna Ungu
Warna Ungu adalah peribadi dengan jenis yang benar-benar luar biasa. Selalu optimis, dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang bisa mendekati dan menjadi kekasih kamu.
Minyak Wangi Melambangkan Identiti Diri ?


Saya sering menggunakan minyak wangi kesukaan saya iaitu Dunhill Desire Blue.Baunya amat saya suka.Walaupun harganya tidaklah semahal minyak wangi artis-artis Hollywood, tetapi ianya memberikan kepuasan kepada saya tiap kali menggunakannya.
Sejauh mana kah benarnya, pemilihan minyak wangi mempengaruhi penampilan kita dan juga benarkah ianya melambangkan/menggambarkan sifat/ciri-ciri kita dalam hidup ini?
Mungkin bagi seseorang yang menyukai bau-bauan yang lebih 'garang/kuat', mereka mungkin seorang yang bersifat yakin diri, berani, berorientasikan keputusan, berbakat dalam kepimpinan,suka menarik perhatian,berdaya maju,menjadi 'public figure',petah bercakap,agak berkedudukan/berpangkat dan juga berpengaruh.
Bagi yang suka bau-bauan yang agak lembut,agak 'sweet smell',harum menusuk ke benak hati, selalunya mereka dalam golongan yang perahsia, sensitif,suka kesempurnaan,suka privasi,suka ketenangan,lebih bersifat 'cool',tidak mahu tergesa-gesa,agak pemalu,seorang yang suka kepada kekemasan, bersih, keadaan yang tersusun,berazam tinggi dan agak senang berasa sedih.
Benarkah telahan/tekaan ini ? Walaupun ianya tidaklah 100% kebenarannya, tetapi ianya tetap ada sedikit sebanyak kebetulannya.
Ternyata,minyak wangi memang menyimpan 1001 macam rahsia berkenaan perilaku, sifat, karekter dan juga akhlak bagi pengguna-penggunanya.
Apakah jenis minyak wangi kegemaran anda ?
Langgan:
Catatan (Atom)






