Iklan Nuffnang

Isnin, 14 Disember 2009

Minyak Wangi Melambangkan Identiti Diri ?



Saya sering menggunakan minyak wangi kesukaan saya iaitu Dunhill Desire Blue.Baunya amat saya suka.Walaupun harganya tidaklah semahal minyak wangi artis-artis Hollywood, tetapi ianya memberikan kepuasan kepada saya tiap kali menggunakannya.

Sejauh mana kah benarnya, pemilihan minyak wangi mempengaruhi penampilan kita dan juga benarkah ianya melambangkan/menggambarkan sifat/ciri-ciri kita dalam hidup ini?

Mungkin bagi seseorang yang menyukai bau-bauan yang lebih 'garang/kuat', mereka mungkin seorang yang bersifat yakin diri, berani, berorientasikan keputusan, berbakat dalam kepimpinan,suka menarik perhatian,berdaya maju,menjadi 'public figure',petah bercakap,agak berkedudukan/berpangkat dan juga berpengaruh.

Bagi yang suka bau-bauan yang agak lembut,agak 'sweet smell',harum menusuk ke benak hati, selalunya mereka dalam golongan yang perahsia, sensitif,suka kesempurnaan,suka privasi,suka ketenangan,lebih bersifat 'cool',tidak mahu tergesa-gesa,agak pemalu,seorang yang suka kepada kekemasan, bersih, keadaan yang tersusun,berazam tinggi dan agak senang berasa sedih.

Benarkah telahan/tekaan ini ? Walaupun ianya tidaklah 100% kebenarannya, tetapi ianya tetap ada sedikit sebanyak kebetulannya.

Ternyata,minyak wangi memang menyimpan 1001 macam rahsia berkenaan perilaku, sifat, karekter dan juga akhlak bagi pengguna-penggunanya.

Apakah jenis minyak wangi kegemaran anda ?

Tiada ulasan: