Iklan Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Hal Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal Semasa. Papar semua catatan

Mari Kita Fahami Isu Sebenar - Kes Dobi Untuk Muslim

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat sejahtera,

Hai rakan2 online & pengunjung blog saya yang dihargai,

Terlebih dulu saya kategorikan blog posting saya kali ini di bawah label Isu/hal Semasa.Walaupun ada kaitan dengan Agama Islam, tapi kerana isu ini hangat, saya fikir elok ia dijadikan Isu Semasa di Malaysia.

Jadi saya tidak masukkan posting ini di bawah label/kategori ‘Agama’.

Sebenarnya saya sudah lama tidak mahu mengarang pendapat atau memperkatakan mengenai isu semasa.Tidak terkejar oleh saya untuk asyik post mengenai isu semasa di blog saya ini.Sesekali, boleh lah.Lagi pun blog saya lebih kepada personal blog yang mencatat mengenai aktiviti dan cetusan fikiran saya untuk memori dalam kehidupan saya.Sekiranya usia diizinkan Tuhan sampai ke hari tua dan telah bersara nanti, dapatlah dikenang dan ditunjukkan kepada anak cucu sebagai sekadar cerita dan kenangan saya kepada mereka.


Ok, berbalik kepada pokok persoalan isu semasa yang saya ingin ulas ini, iaitu berkenaan Dobi Untuk Muslim sahaja.

Saya tidak ingin mengulas mengenai boleh atau tidak boleh.Sebabnya, sebagai peniaga dan pemilik, seharusnya kita mempunyai strategi perniagaan kita sendiri.Tidak menjadi pelik dan semacam sudah biasa jika kita lihat perniagaan Non Muslim yang memaklumkan menerusi ‘signage’ (papantanda) seperti ‘For Non Muslim Only’.Biasanya kita tidak kisah langsung dan tidak peduli peniaga tersebut meletakkan tanda begitu.Bagi kita, OK lah, fine, tak apa lah jika perniagaan /perkhidmatan/produk yang mereka jual adalah untuk bukan Muslim sahaja.Tidak menjadi isu pun bagi kita yang Muslim ini.

Namun, bila wujud satu perniagaan dari peniaga Muslim meletakkan tanda sebaliknya, iaitu ‘For Muslim Only’, tiba2 isu jadi hangat seluruh negara dan jadi ‘havoc’ sekejap.

Mengapa agaknya ?

Anda fikir sendiri kenapa jadi gempar berkenaan isu ini hingga mendapat perhatian golongan Di Raja dan juga VVIP ?

Biar saya terangkan satu persatu dan mohon anda baca sehingga habis posting saya,Ok.

Ia berkaitan hukum kerana si peniaga Muslim meletakkan sebab kenapa dia cuma mahu menerima pelanggan Muslim di kedai dobinya atas faktor ‘kesucian’.

Terlintas di hati kita semua kan, habis tu, bukan Muslim tidak suci lah ya ?

Panjang lebar jika kita mahu jelaskan perkara mengenai kesucian ini dari konteks agama Islam.

Apa yang saya boleh jelaskan di sini ialah saya telah dapatkan penjelasan dari pegawai agama/Timbalan Mufti sebuah negeri di Semenanjung mengenai hukum Fiqah berkenaan cara2 bersuci dan membersih dalam Islam atau disebut Toharah.

Saya bertanya kepada Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti ini dan meminta penjelasan darinya secara tuntas.


Beliau menjelaskan berkenaan isu Toharah dan khususnya berkenaan Najis, terdapat beberapa syarat penting iaitu :

1.Najis mestilah jelas nampaknya – maksudnya najis mesti kita lihat sendiri, tidak boleh hanya anggapan, tekaan, agak2,syak,telahan/tekaan,was2 dan curiga.Ia mesti pasti dan nampak jelas.Tidak boleh dengan perkataan’entah2 ada najis, jangan2 ada najis,rasa2 ada najis.Semua syak,tekaan, kebimbangan atau cuma rasa was2 di fikiran tidak diterima dalam hukum menentukan wujudnya najis.

2.Najis mestilah jelas warnanya atau baunya – Ini tentu senang difahami.Jika No.1 tiada, contohnya tak nampak kesan air kencing tumpah terpercik,tapi ada warna nya kekuningan atau ada baunya hancing, maka wujud najis di situ.Jika tidak nampak (No.1),tiada warna dan baunya, maka dihukumkan tiada najis.

3.Najis mestilah ada sifatnya, lembik,pepejal,cecair atau mungkin ada rasanya – Ini juga senang kita fahami,ambil contoh jika minuman keras/arak, sifatnya cecair dan ada rasanya dan baunya.Kita tidak perlulah merasainya dengan lidah, tapi hanya dengan bauan kita tahu bau tersebut adalah bau arak.

Jadi bila wujud salah satu elemen dari 3 perkara ini barulah ia dikatakan wujudnya najis sama ada ia terkena pada pakaian kita, pada tubuh badan kita atau pun pada kenderaan kita.

Ok, dikaitkan pula bahawa Isu Dobi Untuk Muslim ini bahawa kita tahu memang Non Muslim tidak bersuci (ber’toharah’) sebagaimana orang Muslim.
Sebenarnya walaupun begitu,kita tidak melihatnya, kita tidak mencium (ada bau) yang kita dapati atau kita nampak secara jelas.Jadi hanya dengan kita membuat ‘assumption’ (andaian dan telahan/tekaan) sahaja ia tidak dikira jelas wujudnya najis.Jadi Syarak/Fiqah Islam tetap mengharuskan hukumnya orang bukan Islam untuk berkongsi mesin dobi dengan orang Islam ketika mencuci pakaian di kedai dobi/laundry.

Sekalipun,ini hanya untuk memperincikan lagi, sekiranya memang benar Non Muslim beristinjak menggunakan tisu tandas,tidak menggunakan air sebagaimana orang Muslim, ianya dibolehkan.Hukum beristinjak adalah ‘aula’ (lebih baik) menggunakan air sekiranya ada bekalan air yang banyak dan cukup.Sekiranya sengaja memilih beristinjak dengan kertas tisu pun dihukumkan harus.Bahkan jika mahu beristinjak dengan batu dan kulit kayu yang kering pun boleh.Hanya dengan tulang temulang haiwan sahaja tidak dibenarkan digunakan untuk beristinjak sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah.

Selain itu ramai juga di kalangan kita masih tidak memahami konsep cucian menggunakan mesih basuh sama ada ianya mesin basuh automatic atau pun manual/separa automatic.Rujuklah di ceramah Ustaz Azhar Idrus yang terkenal di Youtube, beliau sudah menjelaskan panjang lebar bahawa basuhan menggunakan mesin basuh boleh menyucikan pakaian kerana adanya sistem ‘rinse’ (bilasan) dan juga sistem masuk dan keluar air yang baru (bukan recycle air yang sama).Tapi perlu diingatkan pakaian yang kita jelas nampak najis tidak boleh dibasuh bersama pakaian yang memang tidak terkena najis.Contohnya kain pelikat dan telekung solat wanita,janganlah dibasuh sekali di mesin basuh bersama seluar kanak2 yang masih kencing berak menggunakan lampin.Ini jelas tidak dibenarkan, tidak menyucikan dan hukumnya jadi najis kepada pakaian yang lain.


Di samping itu juga, jika kita kaitkan kembali kepada Isu Dobi Muslim ini, kita akan juga akhirnya nanti akan rasa ragu2 dan tertanya2, menaruh syak wasangka kepada isu2 lain yang berkaitan hidup kita.Seperti isu berkongsi menggunakan pinggan mangkuk, sudu dan garfu di kedai2 makan,restoran2,medan selera yang mana kita tidak tahu pun Non Muslim mana yang pernah menggunakan peralatan tersebut sebelum kita.

Begitu juga, kita akan amat risau jika membeli kenderaan terpakai dan kita menaruh syak wasangka,entah2 pemilk asalnya ialah Non Muslim dan juga membawa macam2 najis dalam keretanya, kemudian dijual kepada kita sebagai kenderaan terpakai.

Kita juga akan mempersoalkan sekiranya ada orang Muslim yang membeli rumah Non Muslim yang kita tidak tahu dan hanya meneka bahawa selama Non Muslim itu tinggal di rumah itu sebelumnya, entah2 mereka makan segala macam makanan haram dan terkena kepada bahagian dapur atau pun rumah tersebut.

Kita juga mungkin akan sukar menerima wang kertas atau syiling yang diberikan kepada kita di pasar2 (khususnya jika peniaga Non Muslim),kerana kita syak/khuatir bahawa wang kertas itu mungkin terpalit dengan kesan najis yang kita sentiasa bimbang dan asyik meneka sahaja wujudnya najis itu.

Sudahnya, kita sebagai Muslim sentiasa berprasangka, kita akan hidup dalam ‘paranoid’,demi menjaga kononnya kita anggap mencari dan menjaga kesucian.

Ini bukanlah cara Islam sebenar mengajar kita.Kita perlu faham dan sematkan perkara ini.Belajarlah dan tanyalah kepada mereka yang lebih tahu kerana dengan kita memiliki ilmu, kita tidak akan cepat bersetuju dengan sesuatu perkara secara membabi buta.



Memang saya akui, bagus untuk menjagai iman dan cara/strategi perniagaan pemilik dobi hanya untuk Muslim tersebut.Namun kita juga ada hukum Fiqah Toharah (Cara Bersuci) yang digariskan dan dipandu oleh ilmuan Islam.Ambillah hukum yang sederhana dan juga masih diterima/dibenarkan mengikut Islam berkenaan sesuatu isu.Jika sekalipun kita mahu mengamalkan Fiqah Tasawwuf (lebih terperinci dan menjaga setiap tingkah laku),namun janganlah sehingga boleh mengganggu keharmonian hidup di negara berbilang kaum.

Akhirnya sebagai penutup posting saya ini, saya bersetuju dengan pendapat dan luahan Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim kerana Baginda sudah pun diperjelaskan oleh ilmuan Islam Baginda di Istana berkenaan isu ini.

Tuanku, walaupun patik bukanlah rakyat Johor, tapi patik mengerti hal ini dan patik bangga atas ketegasan Tuanku.


Mesej saya untuk semua pembaca blog saya ialah, Jangan kita meneka2 dan was2 dan juga berfikiran khuatir tentang sesuatu,biarlah ia jelas barulah kita boleh mengadilinya.

Sekian.

Vape : Benarkah Hisap Vape Untuk Berhenti Hisap Rokok Tembakau?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam & Salam persahabatan,

Teman2 Online dan pengunjung2 yang dihargai,

Saya nak berbahasa pasar dan ‘bahasa poyo’ bebudak muda zaman kini sikit...

Isunya mengenai apa yang sedang hangat diperkatakan kini....

Iaitu VAPE.


Ini kata2 hati saya (monolog).

‘’Bro, aku nak tanya korang lah kan, pada pandangan/pendapat korang lah, isap Vape ni ‘cool’ ker, ‘macho’ ker,ketagih ker, ‘stylo’ ker,atau memang betul2 kau nak jadikan alternatif kepada hisap rokok tembakau?

Kau pasti jawapan kau tu?

Ye ker ni? Betul ker nak kurangkan/berhenti isap rokok tembakau lalu kini isap Vape pulak?

Kau biar betul?

Jangan2 nak menunjuk2 kot? Konon2nya ‘stylo’, ikut ‘trend’ semasa?

Ya ker nak berhenti isap rokok tembakau?

Arr..Arr..jangan tipu, jangan tipu.

FULL STOP.

-Habis kat sini, monolog hati saya-.
...............................................................................................................................................

Ok, sebenarnya isu Vape ini pelbagai pendapat, pandangan, luahan,kepentingan,perbandingan,pendirian dan macam2 lagi halnya jika mahu diceritakan secara panjang lebar dan terperinci.

Saya bukanlah penghisap rokok dan Vape.

Saya berhenti merokok sudah hampir 10 tahun.Berhenti sebab apa?

Sebab saya sedari tiapkali saya menaiki tangga, saya akan amat2 mengah dan terasa sakit di bahagian dada.Sebelum itu, saya sudah mulai jadi perokok tegar semenjak saya berusia awal 20-an sementelah lagi setelah penghujung penamat saya belajar di universiti dan mula mendapat pekerjaan/mempunyai wang sendiri.

2 kotak rokok bersamaan 40 batang sehari, rasa2nya dikira perokok tegar atau tidak?

Anda fikirlah sendiri.Itulah saya dulu2nya.


Namun selepas beberapa kali melakukan ujian/pemeriksaan dari doktor,saya dinasihati segera berhenti merokok kerana saya jadi ‘unfit’.Naik tangga mengah, berlari tak larat, join 'team building' dengan majikan pun kerap ‘pancit’ (tak cukup stamina).

Oleh itu, saya mengambil keputusan berhenti merokok iaitu tidak lagi menghisap rokok tradisional biasa yang dibeli berkotak2.

Nak tahu saya cuba beli apa sebagai beransur2 berhenti menghisap rokok?

Bukan makan/kulum/kemam gula2 Hacks atau Kiss Me, tetapi saya bertukar citarasa menghisap ‘cigar/curut’.
Harganya mahal juga dalam RM10-15-20 lebih juga sebatang.Ada juga dijual di kedai2 stesen minyak/gas.

Namun cigar/curut ini biasanya takkan dihisap sampai habis, sebab ada bekasnya dan boleh disimpan,ada ‘filter’ di puntungnya.Jadinya, kadang2 sebatang curut boleh tahan sampai 3 hari.Namun khayalnya lebih ‘umpphh’.

Saya berjaya mengurangkan membeli rokok,masa itu saya tidak lagi membeli rokok 2 kotak (mengandungi 20 batang rokok) sehari.

Saya berjaya ! I did it !

Mujur saya tidak ketagih curut, akhirnya perlahan2, setelah mendirikan rumahtangga saya sudah dapat menghentikan kedua2 tabiat menghisap rokok dan curut.

Ok, itu cerita saya.

................................................................................................................................................

Vape? Apa kaitannya?

Bagi saya, saya kekal berhujjah mengatakan Vape amat2 tidak bahaya langsung berbanding rokok atau curut.Bukan nak sokong Vapers di luar sana, tapi ini berdasarkan pengalaman menjadi perokok tegar dan juga membaca asal usul Vape dan melihat kepada perisa2 (flava)nya.


Biar saya umpamakan/gambarkan ‘Konsep Vape’ ini supaya anda boleh faham dengan sekelip mata.

Anda pernah tengok orang/isteri masak nasi atau mengukus apa2 makanan? Atau guna ‘steamer’?
Perasan tak ada semacam wap/stim yang keluar?Ada,kan?

Inilah umpama konsep terjadinya Vape.Ia hanya wap/vapour/stim yang terhasil.

Kemudian untuk menyedapkan lagi ditambah perisa dan sedikit nikotin untuk menjadikannya flava kepada Vape.
Iyalah kan, takkan nak hisap stim/wap nasi pulak, kan? Tak ada ‘umpphh’ lah.


So, kalau benar2 lah kepada perokok2 tegar diluar sana, anda menghisap Vape untuk berhenti menghisap rokok tembakau,maka anda betul dan ianya jauh amat baik berbanding mengekalkan hisap rokok tembakau.


Namun, macam yang saya ‘monolog’ kan (kata2 hati saya) di atas tadi, sekiranya yang menghisap Vape ini pelajar2 sekolah/IPT, perempuan,artis maka ianya lebih kepada nak cipta populariti/menarik perhatian umum.

Mereka mahu dilihat ‘stylo’,ikut ‘trend’ terkini,mahu mencuba sesuatu yang baru, tidak mahu dilihat ketinggalan,nak menunjuk2,bersikap poyo/perasan/terasa diri seorang yang ‘cool’ dan lain2.

Mohon maaf lah kepada yang terasa dan tersinggung dengan kenyataan saya ini.

Tapi ini hakikat.



Cuba anda fikir, apa kejadahnya seorang wanita lebih2 lagi wanita bertudung,anak Menteri,bebudak sekolah/IPT tetiba nak cuba dan jadi penghisap Vape?

Kan jelas tujuannya nak mencuba sesuatu yang baru, nak menunjuk2 kepada umum, nak dilihat ‘stylo’ dan ‘trendy’.

Saya bukannya nak menyibuk, tahu lah, itu duit mereka,lantak mereka lah nak buat apa.

Tapi berbalik kepada isu ‘Benarkah Hisap Vape Untuk Berhenti Hisap Rokok Tembakau’, amat tidak bersesuaian dan tidak kena kepada golongan yang nak menunjuk2 begini.

Cumanya, saranan saya, benar memang stim/vapour Vape tidak sebahaya asap rokok tembakau, sebab ia cuma stim/wap tetapi eloklah menghormati orangramai di sekeliling anda.

Jangan main hentam saja hisap Vape di mana2 tanpa hiraukan keselesaan orangramai.

Bukan semua orang suka terkena wap Vape yang begitu marak seumpama jerebu itu.

Jangan perasan anda ‘cool’ dan ‘macho’ dengan membabi buta menghisap Vape di mana2 anda suka.

Ok?


Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya entry/post saya kali ini menyentuh hati dan menyinggung perasan Vapers di luar sana.

Saya bercakap dan menulis perkara yang benar.

Bak kata pepatah Inggeris, ‘Speak the truth even if your voice shakes’.


My conclusion is :
Vape tidak disenangi adalah semata2 kerana pengilang2 rokok dan tembakau terjejas jualan/industri rokok mereka.Ini yang sebenar2nya.Kerajaan terpaksa mengada2kan berbagai2 cubaan menyekat ‘kemaraan’ Vape demi kelangsungan cukai2 yang tinggi dikenakan kepada pengilang rokok tembakau.Jika Vape berjaya mengatasi rokok tembakau, cukai tinggi diperolehi kerajaan dari pengilang rokok akan menjadi kecil/hasil kutipan cukai menurun.

...Menanti Felixia Yeap Bersyahadah ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

…. Assalamualaikum & salam sejahtera;

Rasanya anda semua di Malaysia ini sudah tahu dan sedia maklum mengenai ikon (jika boleh dikatakan ikon lah), yang bernama Felixia Yeap.

Apa istimewa dan hebat sangat dia ni?


Beliau merupakan satu-satunya (setakat ini lah), gadis berbangsa Cina yang bertudung dan menutup aurat seperti orang Muslim wanita (Muslimah) sejati.Tambah memelikkan keadaan ialah beliau masih dalam keadaan bukan/tidak beragama Islam.Dipercayai beliau sebelum ini pernah beragama Buddha dan kini jika tidak silap beliau seorang ‘freethinker’ (tiada agama).

Lantaran itu, apa perlunya entry blog saya ini? Apa kejadahnya pulak bercerita tentang dia/Felixia Yeap ini ?

Ok, begini…

Saya, mungkin anda semua dan juga golongan Muslim lain berasa tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti akan ketibaan bulan Ramadhan / Bulan Puasa tahun 2014 ini kerana apa yang diberitakan Felixia Yeap akan melafazkan syahadah dan memeluk agama suci Islam dalam bulan Ramadhan yang mulia.Justeru itu, beliau akan menjadi saudara seagama dengan orang Muslim lain.

Ini lah yang sebenarnya saya nantikan !

Untuk lebih lanjut dan mendapatkan maklumat lebih lagi ;

Sila klik di sini : Felixia Yeap Akan Memeluk Islam Ramadhan 2014

Bukan apa, saya mengharapkan agar Allah memanjangkan usia beliau dan merealisasikan hasrat murni beliau untuk memeluk Islam.

Sebab itu saya berharap ‘orang yang sama dengan kes beliau’ iaitu merujuk kepada mereka yang belum Islam dan ingin memeluk Islam diharapkan agar tidak menunggu lama kerana ajal dan maut bisa saja menjelang dan Allah akan mematikan kita.

Apa yang saya harap, Felixia sempat memeluk Islam agama yang suci ini dan menjadi muslimah yang sejati.


Khabarnya ada seorang lelaki Islam yang akan mengahwininya dan mudah-mudahan dapatlah lelaki tersebut membimbing Felixia menjadi isteri yang solehah dan menjadi Muslimah yang baik.

Sama-sama kita tunggu ya !

Jika anda mahu ke blog beliau silakan;

Klik di sini : Official Blog Felixia Yeap

Diberitakan baru2 ini, Felixia akan memeluk Islam dan bersyahadah pada 5 Ramadhan 1435 Hijrah ini bersamaan 03 Julai 2014 hari Khamis ini.

Sama-sama kita mendoakan agar beliau sempat menjadi Muslimah dan saudara seagama kita, ya... :)

Berita berkaitan :

Felixia yeap memilih nama Islamnya 'RANIA'.

Baca di sini : Felixia Yeap @ Rania

.........................................................................

Syukur Alhamdulillah, akhirnya Felixia Yeap melafazkan syahadah pada hari semalam, bersamaan hari lahirnya.

Baca di sini : Felixia Lafaz Syahadah

Nama Islam yang pertama pilihan beliau ialah Rania seperti yang pernah diberitahu olehnya kepada media.Namun beliau masih ingin mengekalkan nama Cina yang diberikan oleh keluarganya sebagai gabungan bersama nama Islamnya.

Tahniah, Felixia ! Tahniah Rania !

Saya mengucapkan selamat sejahtera (kerana Islam itu bermaksud sejahtera) dan berbahagialah menjadi seorang muslimah yang sejati.

Anda telah membuat satu keputusan besar dalam hidup yang jauh lebih penting dari mana-mana keputusan yang lain.Sebagaimana bertepatan dengan coretan di blog saya pada suatu ketika dahulu, iaitu di sini :

Baca di sini : Membuat Keputusan Besar Dalam Hidup

Bergembiralah dan bertuahlah anda sebagai seorang Muslim, wahai Rania !

................................

Nama penuh Islam beliau kini ialah Ra'aisyah Rania.

Pentingnya Penamaan Yang Betul Untuk Skim Takaful



alriana5604@gmail.com - AL The One

Saya menerima emel yang di'forward'kan ini dari seorang rakan saya, iaitu Hairul Anuar.Walaupun emel ini sudah di'forward'kan beberapa kali oleh individu yang lain kepada penama-penama selain saya, namun saya rasa ada baiknya juga diletakkan di dalam 'post' terbaru blog saya pada hari ini.Ianya berkenaan perihal betapa pentingnya meletakkan penama/pewaris yang betul untuk polisi insurans yang kita ambil.

Berikut disertakan emelnya :

FORWARD EMAIL

Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri
satu kursus latihan baru-baru ini.

”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka
sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira
30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”,
kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram.
Baik lelaki mahupun wanita.Ada yang tersenyum-senyum,
terutama wanita.Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir
mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.
Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini,
memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung
untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai
penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saja berlaku di dalam
memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama
di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama
Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP),
selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi,
selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak
mereka sebagai penama.Dalam kes KWSP pula,
nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya
mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin.
Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima
Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai
penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama
hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah.
Penama bukanlah pemegang hak tersebut.
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam
mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Rujuk http://www.e- fatwa.gov. my/jakim/ keputusan_ view.asp? keyID=103

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati
sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.

Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta
tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.
Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun,
ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan
sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia
dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak.
Beruntunglah balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful.
Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang
diletakkan adalah nama anak-anak mereka.
Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai
usia 18 tahun.

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah.
Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu
untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.
Justeru, berhati-hati sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin meletakkan
nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya
sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini,
bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar
nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan 'pergi' terlebih dahulu.

Kisah Kelakar Hujung Tahun 2009 ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Semua orang tahu apa yang diceritakan ini adalah perkara serius yang sepatutnya tidak terjadi di negara kita.Sehari dua ini ia mencetuskan kontroversi,dan menjadi tajuk utama media.Tetapi saya melihatnya sebagai kelakar.Susah hendak diterima akal yang waras bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Betul-betul macam dalam cerita kartun.Dua unit enjin pesawat,pemintas F-53 milik (TUDM) hilang dari gudang material udara 1(Matra 1),Sungai Besi ,pada tahun 2007.Nilai setiap enjin itu dianggarkan RM50 juta.Ertinya tentera udara kita kehilangan barang bernilai RM100 juta.Boleh diterima akal sekiranya yang hilang ialah jam tangan, telefon bimbit,komputer riba,atau barang-barang mewah lain.Sebab benda-benda ini kecil,ringan dan mudah disembunyinkan dalam saku,di bawah ketiak,atau disorokkan dalam kain sarung atau dalam kain telekung.Kehilangan benda-benda ini selalu kita dengar,tidak sedikit pun menghairankan.

Tidak juga saya hairan sekiranya yang hilang ialah basikal,motosikal,kereta,kerbau,lembu dan sebagainya.Kehilangan benda-benda ini juga adalah perkara biasa.Usahkan pencuri profesional,orang yang baru belajar jadi samseng jalanan pun boleh mencuri benda-benda itu.Malah,kalau orang curi enjin bot sangkut pun,kita boleh terima logiknya.

Tetapi,macam mana orang boleh 'curi' enjin pesawat TUDM? ini yang kita susah hendak percaya.Enjin kapal terbang bukan macam enjin bot sangkut.Enjin bot sangkut ringan,dan ukurannya tidak sampai setengah pemeluk.Mungkin enjin itu boleh dimasukkan dalam guni beras dan dipukul seorang sahaja.

Tetapi dua buah enjin jet pejuang tentu jauh lebih berat.Kalau Badang masih hidup pun dia tidak sanggup menerima upah mengangkat benda itu.Lima enam orang sekuat Badang pun rasanya tidak akan terangkat enjin pesawat itu.Sudahlah berat,saiznya pun tidak sekecil komputer riba atau enjit bot sangkut.Pasti tidak boleh disorokkan dalam kain sarung atau telekung.Pendek kata,bukan kerja mudah untuk mencuri dua enjin pesawat tersebut.

Lebih tidak masuk akal lagi ialah barang yang bernilai RM100 juta itu bukan di simpan di padang letak kereta Dataran Merdeka atau diletakkan di tepi Lebuhraya Utara Selatan.Tidak juga di biarkan berembun di tepi belukar Bukit Jelutong.Sebaliknya,enjin pesawat itu disimpan di gudang TUDM yang pasti dikawal ketat sepanjang 24 jam.

Macam mana barang begitu berat,berukuran besar pula,disimpan dalam kawasan tentera dan dikawal setiap saat oleh pengawal bersenjata canggih,boleh lesap?Apakah pencuri,atau pencuri-pencuri itu mengupah ahli silap mata tersohor David Copperfield untuk melarikan dua enjin jet berkenaan?Tidakkah itu kedengaran lucu?Perkara ini boleh berlaku hanya dalam siri kartun Doraemon.

Malangnya,apa yang sepatutnya terjadi dalam kartun dan dalam silap mata itu betul-betul terjadi di alam nyata.Walaupun tidak disebut dalam Laporan Audit Negara terkini,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan telah mengesahkan kehilangan tersebut.Malah,menurut Zahid selain RM100 juta,mungkin ada banyak lagi barang TUDM yang telah di lesapkan.

Soalnya sekarang siapakah penyangak profesional yang telah melakukan jenayah tersebut? Menurut Zahid 'sekumpulan pegawai-pegawai peringkat rendah'TUDM telah bekerjasama dengan orang awam dalam skandal terbaru negara ini.Apakah benar hanya pegawai-pegawai peringkat rendah yang membuat angkara?Hebat betul sarjan,dan koperal kita sehingga berjaya 'membutakan' mata pihak-pihak lebih tinggi.Mesti dia orang menggunakan ilmu pukau!

Tidak kira siapa melakukannya,'kecurian' dua enjin pesawat pejuang bernilai RM1OO juta itu adalah amat memalukan.ini adalah rompakan siang hari dan di hadapan mata yang betul-betul mencabar kewibawaan pihak keselamatan,khasnya di TUDM.Sekiranya enjin jet dalam dalam simpanan dan kawalan boleh di curi,diseludup atau dijual begitu mudah,apakah ada kepastian bahwa peralatan-peralatan keselamatan lain tidak akan digelapkan seperti ini dan apakah jaminan keselamatan negara secara keseluruhan?

Menurut menteri,siasatan telah di buat,mereka yang disyaki terlibat sudah dikenal pasti,dan pendakwaan di mahkamah akan dilakukan.Mungkin benar yang melesapkan enjin tersebut ialah koperal atau sarjan.Tetapi mesti ada semakan,tapisan dan kelulusan pihak lebih tinggi sebelum barang itu dikeluarkan dari gudang.Mengeluarkan enjin pesawat dari gudang tentu tidak semudah mengeluarkan duku langsat atau bawang putih dari pasar borong.

Rakyat kini berharap mereka yang terlibat secara langsung atau sipi-sipi-tidak kira prebet,koperal,sarjan atau pegawai tinggi,hatta jeneral-hendaklah di kenakan tindakan.Zahid menganggap mereka yang terlibat dalam skandal ini sebagai pengkhianat negara.Mereka patut dihukum seberat-beratnya.

Sekiranya tidak ada hukuman,juga tidak ada tindakan,sahlah yang terjadi ini betul-betul cerita kartun,dan satu lagi siri kelakar dalam slogan'MALAYSIA BOLEH'. Rakyat sudah puas ketawa menerusi sekian banyak'lawak bodoh'menerusi skandal demi skandal yang tidak dapat diselesaikan sehingga kini.Janganlah kes enjin pesawat TUDM ini menambahkan siri lawak bodoh negara!

Artikel asal : Abd Jalil Ali,Sinar Harian,24 Disember 2009.
Cartoonkini : Dari Zunar, Malaysiakini.

Petrol RON 97 VS Petrol RON 95


Sebagaimana yang semua maklum harga minyak petrol RON97 mulai 1 september 2009 akan dinaikan kepada RM 2.05/liter manakala RON92 yang berharga RM1.70/liter diganti dengan RON95 yang berharga RM1.75/liter RM1.80/liter.

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual yang diberikan.

Mungkin anda semua ada info yang lebih untuk dikongsi bersama mengenai isu kenaikan harga minyak dan jenis minyak ini.