alriana5604@gmail.com - AL The One
Semua orang tidak kira jantinanya, bangsanya,usianya atau status kedudukannya perlu membuat keputusan dalam hidup.Namun apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah berkenaan membuat keputusan besar atau terpenting di dalam hidup seseorang manusia.
Tahukah kita, apakah keputusan terpenting bagi kita sebagai manusia, dan kita harus membuat keputusan tersebut? Tidak dapat tidak, kita kena membuat keputusan tersebut.Kita tidak boleh lari atau mencegah dari berbuat demikian.Cuba anda teka, apakah keputusan terpenting yang perlu anda buat selama anda hidup sehingga ke hari ini?
Jika bagi seorang yang dewasa dan sudah pun boleh berdikari, tentulah keputusan terpenting buat diri mereka di antaranya ialah seperti berikut :
1.Memilih kerjaya.
2.Membeli kenderaan yang diidam-idamkan.
3.Berkahwin dan memilih teman hidup.
4.Membeli rumah atau jenis kediaman yang digemari/disukai.
5.Membentuk keluarga, mempunyai anak-anak dan mengembangkan zuriat/keturunan.
Ini adalah antara keputusan-keputusan besar/terpenting bagi setiap manusia normal dan kita semua perlu membuat keputusan tersebut.Terlalu jarang kita mendengar wujud manusia yang mengelak dari membuat keputusan bagi ke lima-lima perkara di atas.
Namun, wujud di luar sana satu keputusan yang lebih penting bagi segelintir manusia yang diklasifikasikan sebagai ‘pencari kebenaran dalam beragama’.Keputusan terbesar tersebut ialah sama ada mereka mahu memeluk agama Islam atau tidak.Bagi seseorang yang asalnya bukan beragama Islam, lalu diberikan hidayah oleh Allah selepas mengkaji Islam, lalu dia bertekad membuat keputusan untuk memeluk Islam.
Ketahuilah, keputusan untuk memeluk Islam adalah keputusan terbesar bagi hidup seseorang manusia yang bukan Islam sebelumnya, dan keputusan tersebut lebih penting dan lebih besar berbanding ke lima-lima keputusan yang dinyatakan di atas !
Salam ukhwah dan persaudaraan kepada semua pembaca blog ini yang baru saja membuat keputusan besar memeluk agama Islam.Tahniah untuk anda !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan