Salam sejahtera
buat semua pengunjung blog saya,
Apa khabar
anda semua? Semoga sihat2 sentiasa hendaknya.
Hati2 semua
ya,sekarang musim wabak Influenza,biasanya gejalanya kita tak kisah sangat,tidak
seteruk Covid19 tetapi agak bahaya juga.
So,berhati2
lah Ok.
Saya sudah
hampir 2 minggu menghidap flu/selsema berterusan,dulunya minggu pertama
demam,kini demam sudah baik/sudah kebah,tapi selsema masih on dan off kemudian
selsema semula.Sudah habis antibiotic saya makan,selsema masih tak sembuh2
lagi.
Ok,untuk
kali ini saya ingin kongsikan trip pendek saya ke Shah Alam setelah lama tidak
berkunjung ke sana.Sebenarnya niat nak ke sana sudah lama, apatah lagi Shah Alam
ini tempat saya pernah mencari rezeki sekian lama dulunya.Lama juga saya bermastautin
di Shah Alam dulu2nya.Kira2 berbelas tahun juga lah.
Saya pergi
ke Shah Alam umpamanya seperti ‘Menjejak Kasih’, iaitu lebih kepada mendapatkan
‘feel’ dan memori lama yang pernah terpahat di situ.Bukan pergi untuk berjimba2
(bersukaria), bercuti panjang atau berlibur di Taman2 Tema,tidak.Ia lebih
kepada kunjungan setelah rindu kepada tempat pernah mencari rezeki dan merasai
pengalaman suka duka hidup di situ dulunya.
Saya
bermalam di Hotel UiTM atau Hotel INTEKMA dan ini kali pertama saya menginap di
situ.Dulu2nya tidak lah pernah terlintas untuk menginap di hotel ini.
Zarif juga
berkesempatan bertemu dengan guru pertamanya iaitu Teacher Shila yang satu2nya
merupakan Cikgu pertama Zarif yang mengajar dan mendidiknya mengenali
abjad,kemudian mengajar mengeja,membaca dan menulis.Sangat terharu rasanya
setelah hampir 5-6 tahun Zarif masih tidak melupakan gurunya yang satu
ini.Semoga dengan sikap Zarif yang sebegini,mudah2an Allah mempermudahkan dia
menimba ilmu dan memberikannya kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti.
Cumanya saya tidak berkesempatan untuk bertemu rakan2 saya di pejabat di Shah Alam kerana ketika perjalanan ini,ialah hari Sabtu dan Ahad yang mana ketika ini pejabat bercuti dan tidak beroperasi.
Ketahuilah,bahawa
sampai suatu ketika apabila umur kita sudah meningkat hampir kepada separuh
abad,perasaan ini akan timbul.Iaitu suatu perasaan kita mula2 akan teringat dan
terkenang kembali akan suatu masa dulu kita pernah berada di rantau,hidup
dengan penuh cabaran suka dan duka,mempunyai rakan dan taulan dan juga kita
terkenang kan rutin (kebiasaan) yang kita lakukan setiap hari ketika kita
pernah berada di sesebuah lokasi dalam tempoh yang lama.Ibaratnya seperti
mengenang kembali liku2 hidup kita ketika zaman2 muda2 ketika di perantauan dan
ketika itu baru beroleh pekerjaan,kemudian berumahtangga,berkeluarga,hidup di
kota dan ‘struggle’ dengan bermacam2 ujian kehidupan.
Ya,sesungguhnya
hidup ini tidak lama,sangat sekejap.Sangat tidak berbaloi untuk kita mengumpul
kekayaan dan bermewah2.Sangat tidak berbaloi untuk kita melupakan segala
perintah Yang Maha Esa.Bak kata bait2 rangkap lagu nasyid ‘Selimut Putih’ :
‘Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh Tubuh akan mengigil
Sekujur badan kan kedingingan’
Ya, bila jasad kita sudah terbujur kaku,tiada lagi akses hidup kita di dunia.Secanggih mana pun teknologi,belum ada yang mampu membawa semula kehidupan orang yang telah mati kembali hidup di dunia.
Lalu, sementara umur kita masih ada ini,saya
menyeru berbuat baiklah dengan semua orang dan tambahkanlah amal soleh kita.Kenangkan
semula kehidupan dan umur kita yang telah lepas,betapa banyak kelalaian dan
waktu dibazirkan untuk tujuan dunia hingga kita melupakan amalan kita untuk
bekalan setelah kita mati.
Sentiasa memperbaiki diri dan menambah amal
kebaikan.Sesungguhnya setelah kita mati nanti,baru kita dapat melihat dan
menuai segala amal kebaikan dilakukan oleh kita ketika hidup di dunia.
Kita tidak lagi boleh Menjejak Kasih setelah kita
mati.Tak mungkin dapat mengenang dan pergi semula ke atas dunia mengulang
kembali kehidupan kita yang telah lalu apabila kita telah pun berada di alam
yang kekal abadi.
Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan