Iklan Nuffnang

Menang Voucher Hush Puppies dan XES...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam ukhwah buat semua,

Hanya perkataan syukur Alhamdulillah dapat saya ungkapkan kerana seolah-olah rezeki memenangi peraduan terus-terusan buat saya,isteri dan anak.

Kami mendapat voucher Hush Puppies sebanyak RM200 kemudian dapat lagi voucher XES RM200 dan dapat lagi produk kecantikan NU Teen.

Terima kasih kepada penaja !
Terima kasih kepada Hush Puppies, XES dan NU Teen.


Kami pun bershopping sakan lah.


Walaupun bagi sebilangan orang, hadiah ini tidak sebesar mana dan nilainya kira-kira cuma RM400 lebih sahaja, tapi ianya amat bermakna bagi kami.

Kena pulak masa membeli belah tersebut barangan berharga pada harga diskaun juga dibenarkan untuk membelinya menggunakan voucher ini.Apa lagi tunggu, ‘ganyang’ sampai habis lah voucher tu !


Hasilnya :

1.Sehelai seluar panjang dewasa (saya punya lah tu) berjenama Hush Puppies.
2.Seluar dan baju anak 4-5 helai.
3.Kasut 5 pasang.



Yang terkejutnya, harga barangan Hush Puppies mahal sungguh !

Seluar dan baju kanak-kanak untuk umur 3 tahun berharga RM80-90 sehelai ! Nasib baik ada diskaun…


Yang dapat beli kasut 5 pasang tu, guna voucher XES.


Syukur…Jimat duit peruntukan untuk perbelanjaan membeli belah pakaian, dengan adanya voucher yang dimenangi ini.

Saya sedang tunggu ‘projek peraduan’ satu lagi.Moga-moga yang ini kalau menjadi rezeki kami, kami bakal menginap dan bercuti di hotel mewah nanti.Inshaa Allah.

Jom sertai apa jua peraduan.

Untung dan tuah kita, siapa yang tahu,kan?

Tiada ulasan: