Iklan Nuffnang

Isnin, 16 Disember 2013

Lagi-Lagi Menang Hadiah...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, salam sejahtera,

….Syukur…Hari ini saya (yang sebenarnya ‘orang rumah’ saya), memenangi hadiah lagi !!

Kali ini wife saya memenangi 5 keping tiket masuk ke Legoland, Johor.Ia bernilai kira-kira RM600.00.
(1 keping tiket Dewasa Combo bernilai RM120 X 5 keping = RM600.00).

Ianya adalah hasil dari memenangi Peraduan tajaan Legoland Malaysia yang disiarkan oleh majalah LIBUR.


Sekarang ini kami sedang memikirkan dan mencari tarikh yang sesuai untuk kami pergi ke sana berseronok dan bermain di Legoland.Tarikh sahlaku tiket tersebut hingga bulan April 2014 nanti.
Saya sedang menimbangkan cadangan untuk ke sana hujung bulan Disember ini.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Legoland dan juga Majalah LIBUR kerana memberikan tiket ini.

Oh ya, satu lagi hadiah tajaan Majalah Her World, wife saya dapat memenangi barangan jenama XES.
Hadiah ini belum lagi diambil.Bila ada masa free nanti baru nak ajak wife pergi ambil di Petaling Jaya.


Inilah sebahagian cara kami untuk dapat memiliki barangan berjenama, yang berharga mahal dan juga memiliki barangan kosmetik percuma,perhiasan diri dan juga percutian percuma.

Iaitu dengan cara kami suka-suka menyertai apa jua jenis peraduan.Namun janganlah begitu berharap kepada kemenangan.Jika ada rezeki, bersyukurlah.Jika tiada rezeki, cuba lagi di lain kali.

Sebenarnya sudah banyak kami memenangi pelbagai hadiah dengan menyertai peraduan.Di rumah kami, boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali bermacam-macam jenis produk diperolehi dengan percuma hasil dari tajaan hadiah.Di antaranya jenama Ala Aisyah,Kiehls,Nugeno,Aigner,Aster Spring,Camp5,Hotel Ritz Garden,Hush Puppies,Aveda dan lain-lain lagi.

….Apa-apa pun saya berharap suatu hari nanti saya dan wife beroleh hadiah yang lebih besar dari yang dimenangi sekarang, mana tahu kami bertuah memenangi sebuah kereta ker? Tak pun 1 unit rumah teres ker?..hahaha…berangan lah.

So, mengapa mesti putus asa menyertai peraduan? Berusaha sedikit, mana tahu rezeki kita, kan?

Tiada ulasan: