Iklan Nuffnang

Selasa, 3 Disember 2013

Aktiviti Sihat Dengan Bermain Badminton

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bersua kembali di alam maya ini,

Lama sudah rasanya tak menulis dan memaparkan entri baru.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai pentingnya kehidupan sihat dan juga penglibatan kita di dalam apa jua jenis sukan yang disukai.

Baru-baru ini, pada 15 November 2013, saya menyertai ‘badminton friendly match’ antara unit tempat saya bekerja dengan unit di Kuala Lumpur.


Inilah sebabnya kebelakangan ini bermula penghujung bulan Oktober yang lalu, saya giat berlatih dan mencergaskan semula diri ini.Maklum sajalah, bila umur sudah bertambah, berat badan juga bertambah dan prestasi permainan juga menurun.

Saya boleh dikatakan lama juga sudah meninggalkan permainan badminton ini.Bila memulakan semula, habis satu badan rasa sakit-sakit selepas bermain.Bayangkanlah, dari semenjak terkenalnya jenama Carlton iaitu raket yang saya miliki hinggalah kini sudah bermacam-macam jenama raket dikeluarkan.Contohnya seperti Apacs, Fleet, Wilson,Pro Ace dan lain-lain.Yonex jangan cerita lah.Berlambak-lambak jenama Yonex yang tiruan di pasaran.

Ok, yang seronoknya, saya begitu ‘eager’ dan bersemangat untuk bersukan atau pun bermain badminton ini.Selain dari menyihatkan badan, ia juga boleh meningkatkan stamina tubuh badan kita.

Saya telah pun membeli raket baru (berjenama Apacs) sebagai giliran menggunakan raket lama saya berjenama Carlton.Saya telah membelinya sekali dengan ‘backpack’ di kedai sukan Meru Sport.Kedai ini memang bagus.Kita boleh memiliki raket yang elok dan berkualiti hanya dengan nilai beberapa ratus RM sahaja.Pendek kata, harga raket di kedai ini amat berpatutan.


Kini, setiap minggu pada hari tertentu, selepas habis waktu pejabat saya akan bermain badminton bersama rakan-rakan.Pada hari minggu pula saya giat berjogging atau pun bermain bolasepak.

Inilah cara kita jika mahu menikmati hidup yang sihat.

Caranya, libatkan diri anda dengan aktiviti sukan dan program yang dapat menyihatkan badan anda.

Nescaya anda akan gembira,bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja pada hari-hari berikutnya.

Bila tubuh badan kita sihat, kita juga akan jadi lebih fokus dan bersemangat untuk bekerja!

Tiada ulasan: