Salam ukhwah kepada semua,
Setelah sekian lama tidak mengemaskinikan blog saya ini,kini
tibalah masanya saya membuat sedikit posting mengenai Hari Bapa.
Nak bercerita mengenai Virus Covid19 dan PKP Lockdown,saya
akan coretkan kemudian nanti,lagipun masa kita lalui PKP (MCO) dan Musim Covid19
ini nampaknya makin jauh berpanjangan dan ramai sangat bloggers yang bercerita
macam2 berkenaan isu Covid19 ini.Jadi biarlah saya bercerita mengenai topik Hari
Bapa buat masa ini.
Sempena dengan Hari Bapa kononnya hari ini, 20 Jun 2021 di
Malaysia,saja2 lah saya nak share pendapat,ulasan dan juga buah fikiran saya
berkenaan dengan konteks Hari Bapa ini dan sebenarnya bagaimana kita harus
menjadi seorang Bapa.
HARI BAPA?
BAGAIMANAKAH SELAYAKNYA KITA JADI SEORANG BAPA?
Dewasa ini,di hari ini, Bapa bukan lagi lah satu status nak
menunjukkan kita berkuasa dalam rumahtangga dalam ertikata kuasa di atas
segala2nya.
Ya,mungkin kita berkerjaya,kita ada pendapatan tetap,kita
rasa kita boleh buat keputusan ikut suka kita.Tapi itu bukanlah secara 100%
kita ada kuasa dalam rumahtangga kita.Banyak lagi sebenarnya tugas Bapa yang
mana kadang2 kita tak sedar bahawa itu adalah tugas kita yang tak pernah
langsung kita buat.
Kita sibuk mencari makan,mencari nafkah,mencari duit ringgit,bersengkang
mata,berkerja overtime semata2 kononnya nak menanggung dan bertanggungjawab
kepada anak2 dan isteri kita atau kalau yang ada lebih dari seorang
isteri,kepada isteri2 kita.
Tapi di manakah tugasan utama kita seperti mengajar solat,mengajar
membaca AlQuran dan mengajar asas2 agama kepada anak2 dan isteri/isteri2 kita?Adakah kita sudah melaksanakan tugas2 utama ini?
Ada yang mendongak ke atas dan berkata ‘Eh, saya ada lah
buat,awak yang tak tahu'…kata segelintir orang.Inilah jawapan mereka kononnya sudah
buat belaka.
Iya,tapi buat setakat mana?Cuba check,anak2 pandai mengaji
Quran,membaca Quran atau tidak?Pandai solat dengan betul?Tahu asas2 ajaran agama?Rasanya,ramai
yang tak tahu dari bilangan yang tahu.
Nak tahu mudah saja,cuba kita test anak2,isteri kita,beri 1 AlQuran suruh baca tanpa kita kacau atau ganggu,dia banyak belek2 ke,atau dia
boleh baca dengan lancar?Kalau boleh baca,Alhamdulillah.
Ok,itu satu perkara.
Menjadi Bapa juga yang kononnya nak berkisahkan mengenai
Hari Bapa ini,bagaimana seharusnya dari segi perangai dan kelakuan
kita?Maksudnya bagaimana seharusnya akhlak seorang Bapa?
Ini saya ceritakan adalah berdasarkan
ulasan/pandangan/cetusan idea berdasarkan percakapan dan penelitian secara umum
sahaja.Bukannya ada mana2 ‘case study ‘ atau pun tertakluk kepada kes2
spesifik,ianya lebih kepada hanya menyentuh hal secara umum (generally speaking
kata orang putih).
Kita menjadi seorang Bapa pada konteks hari ini,zaman
ini,saat ini,millennium ini,akhir zaman ini,kita seharusnya lebih ‘friendly’
kepada anak2 kita.Tak faham dan tak jelas apa maksud ‘friendly’ tu?
Ok,macam ni,kita seorang Bapa mestilah berakhlak seperti
dicontohkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.Baginda lah seorang
Bapa yang paling utama yang kita patut contohi.
Kita tidak boleh bersikap garang kepada anak2,mendera,memukul berlebihan,menengking,mengherdik dan juga sentiasa bersikap panas baran dan tak tentu hala asyik nak bersikap marah2.
Walaupun kita faham,mungkin faktor tak cukup duit,gaji
kecil,serba kekurangan,hidup tertekan,tapi bukanlah dengan mengeluarkan emosi
kemarahan kita luahkan kepada anak2.Ia menyebabkan anak2 dan isteri sentiasa
berasa takut dan menikus dengan kita dan kita rasa bangga kononnya anak2 dan
isteri takut kepada kita.
Kita bukannya mahu anak2 dan isteri menikus/takut kepada
kita.Tetapi kita nak supaya anak2 dan isteri hormat dan malu alah kepada kita
kerana kita berakhlak baik.
Ironinya,jika sikap emosi dan panas baran tak tentu masa ini
berbuah dan melekat menjadi tabiat,sikap2 seperti suka
marah,menampar,menerajang,menumbuk,merotan berlebihan anak2,membantai dengan
kayu,melempar anak ke luar jendela/tingkap berdaun dua di rumah,mencekik
anak2,mengasari dengan mem’back hand’ anak2 dan isteri, umpama bermain
badminton,menonyoh kepala anak2,menonjol dahi,menghempuk kepala dan bermacam2
lagi emosi dan tindakan gaya bebas akibat dirasuk Syaitan marah kepada
anak2,ianya sangat2 merugikan kita sendiri,khususnya apabila kita masih lagi
hidup hingga akhir usia kita nanti,di peringkat usia warga emas yang lanjut
usia, dalam lingkungan umur kita 70-80-90-an.
MENGAPA INI TERJADI?
Sebab inilah dalam konteks ‘Psychological Learning’,dikenali
sebagai ‘Minda Bawah Sedar’ bagi seseorang atau pun bagi mana2 anak2 yang
pernah merasai hasil dari tabiat panas baran seorang Bapa yang begini,ianya
menyebabkan anak2 kita tadi kurang merasa kasih sayang dan rasa berjauh hati
dengan kita sebagai Bapa.
Maksud ‘Minda Bawah Sedar’ ini ialah satu kenangan silam
biasanya ‘kenangan dukalara’ yang pernah dialami tersimpan kemas,kukuh dan erat
di dalam jiwa dan jasad seseorang tetapi tidak dalam setiap masa dia
mengingatinya atau mengenangnya.Sebaliknya,kenangan dukalara itu akan datang kembali
apabila tiba masa2nya ia berbunga kembali dan parut di hati berdarah kembali.
Amboiii…Bahasa berbunga2 betul,saya ni…Hahaha…begitu lah nampak gayanya musim2 Covid19 ni,jemu2 kita berceloteh lah sikit perkara2 kebaikan,menjadi tauladan dan perkongsian untuk kita semua,kan kononnya tadi ucap Selamat Hari Bapa, apa semua tu kan?Jadi kita bancuh lah sikit ayat2 untuk ‘narration’ yang enak dibaca.
Ok lah, jadi belum habis lagi tadi,konteks 'Friendly' tadi tak
dihuraikan dengan jelas lagi.'Friendly' kepada anak2 dan isteri ini bukanlah
bermaksud kita ‘beri muka’,juah2 (memanja2kan sangat) kepada anak2 isteri2,sehingga dia memijak2
kepala dan muka kita dan tidak menghormati kita sebagai Bapa.No,No,tidak,bukan
begitu.
'Friendly' di sini,bermaksud kita sebagai Bapa berikan haluan,tunjuk jalan,berikan didikan sesempurna yang mungkin,sekadar layaknya kemampuan kita.Beri pula idea dan maklumbalas,kemudian dengar pula pendapat/suara,idea anak2 dan isteri pula untuk kita ‘digest’ bersama.Maksudnya kita ‘brainstorming’ sama2 apa yang hendak dilakukan,lebih2 lagi jika ianya melibatkan hal2 yang penting.Kan tadi kita nak tiru Rasulullah?Jadi ‘Musyawwarah’ (perbincangan/mesyuarat) atau brainstorming itu penting dalam sekumpulan orang yang melebihi 2 orang dan ke atas.
Jangan kita bersikap kuku besi,bersikap autokrasi,feudality,berkelakuan seperti Amerika dan pemilik kuasa2 VETO yang lain,China,Perancis,Rusia dan Great Britain dalam kita melayani dan menyantuni anak2 dan isteri2 kita.
Kuasa VETO ini kita gunakan hanya untuk pertahan
Aqidah,pertahan asas2 didikan agama Islam dan juga pengamalan akhlak anak2 dan
isteri yang baik.
Jadi,semua faham dah kan?Maknanya kita sebagai Bapa,apabila
telah sempurna anak2 dan isteri kita taat tanpa gagal,mereka tahu bersolat 5
waktu secara konsisten,tahu membaca AlQuran,berperangai elok akhlaknya dan
bertuturkata pekerti yang mulia,mengerjakan tuntutan2 agama Islam yang lain,maka
seharusnya lah kita selayaknya rasa puas dan sedikit berbangga kerana anak2 dan
isteri2 kita berada di landasan yang betul.
Tapi secara harfiahnya bukanlah 100% kita akan selamat di dunia dan di akhirat,sebaliknya semua ini perlulah dilakukan dengan keinginan ikhlas hati sendiri,tanpa kita memaksa atau menakut2kan mereka dalam ertikata kita perlu ‘guide’ mereka bukannya memaksa mereka melakukannya,biar mereka tahu tanggungjawab mereka kepada Allah dan RasulNya,dan dari situ mereka akan bersikap ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.
Kisah dulu2 menjadi iktibar dan tauladan kita semua.Bentuk
ajaran,didikan dan faktor tekanan hidup membesarkan anak2 di kampung2,di luar2
bandar memang menjadi punca tekanan kepada Bapa2 lantas beremosi marah
kerapkali menyiksa,mendera,membantai dengan kayu dan memukul anak2.Jika
difikirkan,jika berlaku dalam konteks hari ini,masih ada lagi Bapa2 yang
bersikap begini,lambat laun ditangkap Polis dan dipenjara kerana mendera
anak2.Langsung Bapa akan menjadi banduan!
Hayati lah pesanan dan perkongsian ini dan sebarkan lah
kepada mereka yang belum atau sudah menjadi Bapa sempena Hari Bapa yang
kononnya kita sambut ini.
Jangan lah kita bersikap ‘huha huha’ bising di sana sini,dengan
ucapan Selamat Hari Bapa! Selamat Hari Bapa! Tapi hakikat sebenarnya kita jadi Bapa, kita tak tahu apa pun tanggungjawab sebenar kita.
Umpama ayam jantan berkokok berdegar2,tapi tahi sangkut di atas
gelegar atau pun ayam berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi yang membawa
maksud,kita sangka kita hebat dah,kita sudah betul dah berperanan sebagai Bapa,kita perasan,rupanya perkara2 asas pun kita masih gagal berperanan
melaksanakannya.
Jadinya kesimpulan dalam coretan panjang ini,ialah bak kata Ustaz Azhar Idrus ni,apabila dia menjawab pertanyaan orang yang bertanya sesuatu dalam kuliah dia,orang yang bertanya adalah lebih pahalanya dari orang yang menjawab.Maksud dia,orang yang bertanya,dari dia tak pasti dan tak tahu hukum,dia jadi tahu selepas bertanya,dan orang lain yang ikut dengar kuliah pun jadi tahu,sama2 dapat pahala yang melimpah ruah.Orang yang menjawab dapat pahala sebab menyampaikan,tapi yang bertanya lebih banyak terhimpun meluas pahala akibat pertanyaannya.
Begitu juga di sini,di isu ini,berkenaan Hari Bapa,dan
coretan ini,orang yang menulis dan menaip hanya berkongsi,kisah tauladan dan
peringatan untuk bersama2 menjadi Bapa yang baik.Tidaklah bermaksud orang yang
menaip adalah lebih baik dari orang yang membaca.Boleh jadi orang yang membaca
dan mengamalkannya tips2 ini mereka jauh lebih baik dari orang yang menaip
apatah lagi pula dia menyampaikan atau berkongsi pulak dengan orang
lain,begitulah keadaannya.
Kita sebagai Bapa janganlah bersikap ‘mulut jahat’ (berkata2
lepas tanpa berfikir), tidak menapis perkataan2 yang boleh melukakan hati anak2
dan isteri2,mengungkit2 kisah silam anak2,kesalahan anak2,mengatakan begitu
begini kononnya nak menceritakan kembali kisah2 silam dukalara anak2,supaya
anak2 sedar.Tidak perlu buat semua perkara ini,Rasulullah tidak ajar perbuatan
mengungkit2 sebegini.
Orang putih kata ‘Let by gone be by gone’ maknanya ‘yang
sudah tu,sudah2 lah’ ia telah pun berlaku,tak guna diungkit2 dan dikenang2
kembali.Perkara yang lepas dan sudah berlaku amat2 mustahil untuk kita betulkan
kembali bagaimana kita bertindak ketika itu.
Akhir kata,jom lah,ayuh lah kita cuba mencari semula di mana ‘kekusutan hidup’ kita sebagai Bapa.Belum terlambat lagi untuk kita membetulkan semula ‘re-tuning up’ semula cara kita berakhlak dengan anak2 dan isteri2 kita.Biarlah suatu hari nanti,andainya kita sempat meniti umur ke hujung usia,anak2 dan isteri kita tidak menjauhi kita dan sentiasa teringat2 dan terkenang2 akan kebaikan kita dan sentiasa ingin menemui,menziarahi dan terpahat kasih sayang kepada kita selama2nya.
Mereka tidak akan mengalami peristiwa ‘Minda Bawah Sedar’
yang tragis penuh dengan kenangan luka lama.Mereka tidak akan menyimpan rasa
dendam,rasa berjauh hati,rasa terkilan,rasa terpinggir dan juga rasa bersalah
kerana perkara2 lama yang telah pun berlaku.Inshaa Allah mari lah kita bina
keluarga dan berusaha menjadi Bapa yang penyayang,tidak memukul anak2 dan
isteri,tidak berkata2 lepas,memaki hamun dan berkelakuan kasar,bersikap garang
membuta tuli.Kita ubah dan kita jadikan hanya Rasulullah sebagai contoh Ketua
dan Bapa kita.
Kita tentukan sendiri lah ya…
Wallahua’alam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan