Iklan Nuffnang

Daging Rusa Bakar Istimewa Ramadhan

alriana5604@gmail.com - AL The One


Rakan-rakan blog dan pengunjung yang budiman sekalian,

Saya ucapkan kepada kalian yang beragama Islam, Salam Ramadhan 1438 Hijriah bersamaan Tahun 2017.

Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Sudah hampir tiba bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan AlMubarak.Bulan yang suci lagi diagung2kan oleh setiap umat Islam.Salah satu amalan mulia yang amat dituntut ialah kita digalakkan menjamu makan iaitu kita memberikan makanan untuk orang yang berpuasa.Pahalanya malah berlipatkali ganda seperti pahala orang yang berpuasa itu dan di samping itu juga pahala kita sendiri yang berpuasa tidak dikurangi sedikit pun.


Apabila telah masuk waktu berbuka puasa iatu IFTAR, kita sering mengutamakan makanan seperti buah tamar, air kosong atau pun air ZamZam (jika ada) untuk kita mengingati Rasul kita junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mengikuti ajaran/Sunnah Baginda.Ia memang sangat bagus diamalkan.

Selain itu, jika merujuk kepada diri saya sendiri pula, jika semasa Iftar saya suka kepada menu masakan yang tidak terlalu berat.Contohnya mee goreng, kuehteow goreng,sedikit kuih muih yang ada rasa manisan, kemudian yang paling saya suka ialah Daging Rusa Bakar Istimewa dicicah dengan Air Asam Limau.

Membaca atau mendengarnya sahaja perkataan ‘Daging Rusa Bakar dicicah dengan Air Asam Limau’ini pun sudah kecur air liur saya apatah lagi bila saat dapat menjamahnya.

Jika tiada daging rusa/sukar diperolehi, saya juga boleh menggantikannya sama ada dengan daging lembu segar atau ayam juga boleh digunakan.Biasanya saya membeli daging rusa di Sg. Plong berdekatan Sg Buloh dengan harga RM45 sekilogram untuk daging rusa gred A.

Anda juga boleh membaca posting/entry lama saya di bulan Ramadhan yang lepas bagaimana saya menceritakan mengenai betapa lazatnya daging rusa jika dibakar/dibuat barbecue dan juga dimasak kari dan klik di link ini :

Berbuka Puasa Dengan Kari Daging Rusa,Enaknya...


Namun, kali ini saya ingin khususkan resepi saya kepada Daging Rusa Bakar Istimewa dicicah dengan Air Asam Limau.

Berikut ini ialah resepi untuk Daging Rusa Bakar Istimewa dicicah dengan Air Asam Limau :

Bahan2 :

1.
200-300 gram Daging Rusa.terpulang kepada anda/bilangan berapa orang yang ingin menikmati.Jika ramai, perlulah lebih banyak.Daging rusa perlu dibasuh bersih2 dan direbus.

Kemudian setelah direbus,daging juga perlu dihiris (slice) secara nipis dan tidak terlalu besar potongannya.Seelok2nya daging rusa perlu digaul/dilumur dengan campuran sedikit kunyit,halia dan garam secukup rasa.Ia umpama kita membeli daging yang sudah di’marinate’ di pasar2.

Namun di sini, saya berikan sedikit petua untuk menjadikan daging rusa ini lebih sedap dan lembut.

*Mengapa daging bakar ini begitu istimewa? Jika anda ada jus kurma/tamar, siramkan/curahkan sedikit2 di saat membalik2kan daging yang sedang dibakar.Inshaa Allah daging akan jadi bertambah lembut dan juga rasanya sedikit kemanisan.Jangan diletakkan terlalu banyak jus kurma.Nanti rasa daging yang lazat bertukar keseluruhan rasa jus kurma pula.

Anda boleh juga memasukkan daun betik ketika merebus daging bagi tujuan untuk membuatkan daging menjadi lebih lembut/empuk.

2.
Untuk ramuan Air Asam nya pula, agak mudah.Potong sedikit campuran bawang kecil,sedikit campuran asam jawa,sedikit gula,sedikit cili padi dipotong kecil2,kemudian digaulkan dengan sedikit air dan juga ditambahkan dengan perahan Asam Limau.Masukkan dalam sebuah mangkuk sederhana besar saiznya.
Terpulang kepada anda, jika ingin menjadikannya lebih likat, sila kurangkan air, dan jika mahu menjadikannya lebih cair, bolehlah isikan lebih air.Jika ada yang suka ditambah dengan aroma dan rasa belacan (shrimp paste), boleh juga digaulkan sekali dalam adunan air asam ini.

Kalau saya, saya lebih suka tanpa belacan tetapi air asamnya dicairkan sedikit,pedas dikurangkan biar ada rasa imbang (balance) antara rasa pedas,masam2 air limau dan manis2 sedikit.Jadi saya perlu pandai mengadukkan gula dan cilipadi untuk hasilkan air asam yang saya suka untuk daging rusa bakar ini.

Jika mahu menjadikan kerja membakar daging/barbecue ini lebih cepat, lebih bersih, janganlah hanya menggunakan tuku atau kuali leper (seperti kuali burger) di dapur sahaja.

Saya lebih suka menggunakan barangan yang dijual di Lazada iaitu ELECTRICAL BARBECUE GRILL ini :


Selain dari harganya yang berpatutan, ia juga memudahkan kita menggunakan ruang dapur tanpa perlu keluar rumah dan menggunakan grill tradisonal yang menggunakan arang dan juga memerlukan ruang yang lebih besar.Sudah tentu kerjanya memenatkan,menjadikan kita berpeluh dan juga agak memakan masa.

Jika kita akses ke web Lazada, www.lazada.com.my, kita cuma perlu taip ‘Kitchen Appliences’ dan khususkan pencarian kita dengan menaip ‘barbecue’ dan akan muncullah pelbagai jenis dan model electric barbecue grill.

Ia memang produk yang bagus,lebih cepat, lebih jimat ruang, lebih bersih dan selamat kerana saiznya tidak terlalu besar, tidak berat sangat dan juga menggunakan kuasa elektrik.

Kita boleh merebut peluang untuk memiliki produk2 seperti ini hanya di Lazada sempena promosi :

Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang akan berlangsung dari tarikh 19 May hingga 30 Jun (di mana kita akan dapat diskaun sehingga 90% !).


Sila lah mendapatkan produk2 yang anda gemari di Lazada.Khususnya di bulan puasa ini jika kita memerlukan beberapa jenis produk seisi rumah atau pun produk berkenaan masakan untuk hidangan yang lebih bagus kepada keluarga kita.Biar sajian kita ringkas, berkhasiat, mudah dan cepat dilakukan dan juga menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Cuba lah resepi ringkas saya ini, ya.

Salam Ramadhan 1438 Hijriah dari saya untuk anda semua.

Sekian.

Tiada ulasan: