Iklan Nuffnang

Jumaat, 7 Julai 2017

Raya di Kampung Janganlah Sombong...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Assalam & Salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung2 blog saya yg dihargai sekalian ?

Salam Aidilfitri dan Salam Syawal 1438H/2017 yang masih berbaki kira2 2 minggu lagi.

Ketika cuti2 perayaan Aidilfitri baru2 ini,setiap kita sudah mengalami bermacam2 pengalaman semata2 mahu beraya di kampung halaman masing2.
Baguslah begitu, kerana kita sedar akan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan juga masih sayangkan kampung halaman kita di mana kita berasal.

Lupakanlah akan kegetiran menghadap kesesakan lalulintas yang melampau dan juga perbelanjaan yang meningkat di musim perayaan.Kita ‘move on’ dan masih terus berjuang, bekerja untuk meneruskan kehidupan.

Saya kisahkan sedikit cerita-ceriti saya menyambut Ramadhan dan berhari raya di Kelantan.

Sebenarnya, tiadalah yang istimewa sangat, cuma sekadar coretan pendek sahaja di blog saya ini.

You all tahu tak? Tahun ini adalah tahun pertama saya tidak langsung menempah atau pun membeli sepasang baju melayu baru yang mahu dipakai di pagi solat Aidilfitri.Sebab saya mahu mengubah sikap agar lebih bersederhana dan berjimat di musim2 perayaan tahun ini dan tahun2 berikutnya.Saya cuma memakai sepasang kurta/gamis yang sekali dengan seluar.Saya membelinya di perayaan Raya Aidil Adha yang lepas /2016.Oleh kerana ia masih kelihatan baru dan cuma dipakai sekali, saya tidak membeli/menempah baju melayu baru di tahun ini.



Saya bersyukur kerana tahun ini dapat bercuti awal, kira2 seminggu awal sebelum Hari Raya Aidilfitri.Dapatlah peluang berpuasa bersama ibubapa di kampung.Tidak banyak aktiviti di lakukan ketika berpuasa melainkan beribadah.

Pada menjelangnya Hari Raya pertama, kedua dan ketiga, baru lah agak banyak aktiviti berlangsung.

Bila adik beradik sudah ramai pulang dan tiba di rumah, masing2 tercetus idea untuk buat macam2 aktiviti.
Kebetulan kakak2 saya menganjurkan Solat Hajat untuk membina rumah baru di kampung dan kami melakukan tradisi dengan melakukan solat hajat di tapak rumahnya yang bakal dibina.Memang klasik dan sangat harmoni/meriah ! kami ramai2 seolah2 berkelah di kawasan padang yang lapang !



Kemudian, ada masa di waktu malamnya, kami membuat barbecue ayam, daging dan kambing.Wow ! sedapnya bila menikmati daging barbecue beramai2 sesama Ibubapa dan adik beradik.Sambil bergurau senda,berbual dan bergelak ketawa memang menambah eratnya hubungan di antara kami.


Perayaan Aidilfitri orang Islam, inilah resamnya, kunjung mengunjung, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Jangan kita leka dengan keasyikan beraya dan belanja berlebih2an.Akibatnya kita sendiri menanggung hutang.Perlukah rumah di tata hias dengan semua kelengkapan yang baru?

Contohnya, adakah langsir, sofa,perabot2 lain mesti diganti baru dan juga rumah perlu di cat ?

Bagi mereka yang sederhana dan serba kekurangan, perkara begitu hanyalah impian semata2 yang perlu dilupakan.Jangan kita hina mereka dan merasa malu mengunjungi rumah mereka di hari raya.Kasihani mereka dan layani lah mereka sewajarnya.



Berhari raya di kampung yang sebenar-benar kampung , menginsafkan saya.Sesusah-susah hidup kita menghadapi pelbagai komitmen di bandar2, rupanya kehidupan di kampung adalah lebih dhaif, bagi segelintir mereka yang bertaraf faqir lagi miskin.

Dapat dilihat keceriaan wajahmereka dan anak2 mereka apabila baju2 yang baru dibelikan dan dihadiahkan kepada mereka.Betapa besarnya pahala si pemberi hadiah dan sedekah itu.

Marilah kita amalkan sikap rendah diri, penyantun dan juga mesra dengan golongan2 tidak berkemampuan.Apalah gunanya dan apalah hebatnya kita jika balik berhari raya dengan memandu kereta besar dan mewah, namun saudara mara dan kenalan kita di kampung, kita layani mereka dengan gah dan sombong kononnya kita kini sudah berjaya dalam hidup.

Bercerita itu dan ini harta milik kita, sambil mereka yang tidak berkemampuan mendengarnya tercengang2 dan rasa sangat hina lagi rendah diri kerana ketidakmampuan mereka.

Pandai2 lah kita menjaga hati dan perasaan golongan seperti itu.Semuanya milik kita sebenarnya asalnya adalah dengan izin Allah yang mengurniakan.Janganlah kita berlagak sombong.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017.

#rayadikampungjangansombong

Sekian.

Tiada ulasan: