Iklan Nuffnang

Khamis, 20 Julai 2017

Peraduan - Antara Keseronokan, Impian & Usaha

alriana5604@gmail.com - AL The One


Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang diingati sekalian,

Best atau seronok kah dapat memenangi hadiah?Anda pernah merasai pengalaman ini?


Apa rasanya? Rasa gembira? Rasa badan bertuah? Rasa sangat2 seronok sebab langsung tidak menyangka menjadi pemenang?

Macam2 yang anda rasai kan? Bercampur baur kan? Seperti rasa yang amat2 seronok, gembira, rasa badan bertuah, rasa sangat2 tidak menyangka jadi pemenang, rasa ‘unbelievable’ (tidak percaya) pun ada kan?Bahkan rasa macam seolah2 berada dalam mimpi atau sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, kan?

Ianya lebih2 lagi lah seronok tak terhingga sekiranya hadiah yang kita menangi itu berupa hadiah yang Utama (Grand Prize) dan nilainya ratusan Ringgit malah mungkin melebihi dari itu hingga mencecah ribuan atau puluhan ribuan Ringgit.Atau mungkin juga jutaan Ringgit.

Bertuah badan beb !

Pernah anda bertanya kepada pemenang2 Utama hadiah2 tersebut?

Apa perasaan mereka?

Contohnya pemenang seutas rantai emas bernilai ribuan Ringgit.
Atau pemenang hadiah utama berupa sebuah kenderaan mewah bernilai suku juta Ringgit (RM250,000).
Atau pemenang sebuah rumah/kediaman bernilai jutaan Ringgit.
Atau pemenang Sijil Simpanan Premium BSN bernilai 1 juta Ringgit.
Atau pemenang pakej percutian bernilai puluhan ribu Ringgit.

…..Banyak lagi lah, jika nak taip, tak habis.


Justeru itu, saya kini memang mengimpikan juga perkara2 ‘ajaib’ (miracle) seperti ini.

Anda juga boleh berusaha seperti mana yang diingini.

Contohnya, menyertai peraduan,teliti mengisi borang2nya, mengikuti syarat2nya,membeli produk2nya dan juga apa jua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur yang menawarkan hadiah lumayan tersebut.

Iya lah kan, bukannya hanya duduk goyang kaki, tak buat apa2, hadiah lumayan pun datang kepada kita.

Betul tak?

Kalau begitu, kita cuma berangan dan bermimpi saja lah tak sudah2 tanpa menumpukan usaha.


Sedikit perkongsian, saya diumumkan sebagai Pemenang Hadiah Utama baru2 ini oleh pihak penganjur peraduan di sebuah majalah.
Hanya 2 pemenang Hadiah Utama diperuntukkan.

Manakala ada juga hadiah2 saguhati yang lain berupa barangan kosmetik dan barangan kebersihan diri.

Hadiah Utama yang saya menangi ialah berupa hadiah Penginapan 2 Hari 1 Malam di Lexis Hibiscus Hotel di Port Dickson.Hotel ini ialah hotel bertaraf 5 bintang.Jika dari nilaiannya, harga penginapan semalaman berharga RM899 hingga RM1000 lebih.Saya diberikan lengkap dengan sarapan percuma untuk 2 orang.Jenis bilik pula ialah Premium Pool Villa.

Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini.




Manakala pemenang kedua pula merupakan hadiah Penginapan 2 Hari 1 Malam di Swiss Inn Hotel, Kuantan.Hotel ini bagus juga sebab saya pernah menginap di cawangannya di Johor Bahru.Namun jika dibandingkan dengan Lexis Hibiscus PD,Swiss Inn Hotel agak lebih terkebawah dari segi ‘ranking’ hotelnya.Mungkin sekadar 3-4 bintang sahaja.

Ok,saya pernah menerangkan/menceritakan sebelum2 ini di entry blog saya yang lalu,yang saya boleh dikatakan serius menyertai peraduan.Namun bukannya 100% commitment.Saya juga memilih dalam menyertai peraduan2 yang diminati.Bukannya semua saya sertai.

Saya akan lihat kepada ‘chance’ (peluang), jumlah/nilai hadiah, jenis hadiah ditawarkan,perbelanjaan dan syarat2 yang dikenakan dan yang penting kesanggupan saya menerima hadiah sekiranya diishtiharkan sebagai pemenang.


Ini penting bagi saya, sebab sekiranya dipilih sebagai pemenang dan hadiah tersebut kita ‘berat hati’ atau ‘tidak sanggup’ menerimanya, maka saya tidak sertai.

Contohnya, pemenang akan diberikan hadiah ‘tiket penerbangan pergi balik untuk seorang ke Universal Studio, Orlando, di Amerika Syarikat dengan perbelanjaan ditanggung bersama penginapan’.

Biasanya peraduan yang menawarkan hadiah ‘single’ atau cuma melibatkan 1 orang/individu begini saya awal2 lagi tidak sertai.Ini kerana saya suka membawa isteri dan anak saya atau pun sebilangan keluarga yang lain jika pergi melancong.

Begitu juga jika hadiah tidak berkenaan dengan minat saya atau kecenderungan saya.Contohnya, hadiah peraduan diberikan set pinggan mangkuk,set tayar kenderaan, makan percuma di hotel,dapat ‘grant’ (bantuan niaga), saya juga memilih untuk menolak.

Saya kenal diri saya dan saya percaya anda juga begitu.Kita mesti kenal dan tahu apa kecenderungan kita terhadap sesuatu.

Jika saya suka berjalan2/melancong, maka saya fokuskan kepada peraduan yang menyediakan hadiah yang sewajarnya dan juga pakej nya boleh melibatkan membawa keluarga bersama untuk sekurang2nya 2 orang.

Selain itu,hadiah berupa kenderaan,wang tunai,barang kemas,barang elektronik dan elektrik,buku2 majalah ilmiah,alatan/produk kosmetik untuk lelaki dan juga barangan pakaian lelaki merupakan minat dan kecenderungan saya untuk cuba memenangi hadiah tersebut.


Bagaimana dengan anda?Apa minat anda ?

Biasanya saya mencari peraduan2 yang meletakkan syarat yang paling minimum untuk menyertainya.

Contohnya, tidak memerlukan pembelian produk yang banyak,tidak memerlukan cop rasmi wakil/kedai tempat kita membeli produk,tidak perlu hantar banyak2 borang untuk lebih peluang terpilih sebagai pemenang dan sebahagian lagi syarat2 rumit yang lain.

Pandai2 lah pilih peraduan untuk disertai, beb.

Bukan apa, kalau kita buat analisa (analyse) dulu, peluang itu lebih tinggi untuk dapat jadi pemenang.

Jadi, dalam mengusahakan sesuatu peraduan yang kita sertai, tip2/petua2 yang betul perlu kita pelajari dan perhalusi.

Sebenarnya, banyak sudah hadiah kemenangan yang saya perolehi dari hasil menyertai peraduan2 yang pelbagai jenis.
Dari sekecil2 hadiah saguhati hinggalah ke hadiah utama saya pernah memenanginya.

Cuma nilainya sahaja yang belum ke tahap boleh disebut ‘wow’ lagi.

Mungkin satu hari nanti, mudah2an saya akan dikurniakan tuah oleh Allah untuk memperolehi suatu hadiah utama yang benar2 ‘wow’ dalam kamus/sejarah hidup saya.


Sifirnya mudah, jangan jemu berusaha, jangan cepat give up (berputus asa).

Mesti ada usaha sedikit demi sedikit, tangga demi tangga, langkah demi langkah,pengorbanan demi pengorbanan dan juga ditambah dengan tip2, berdoa kepada Allah, Inshaa Allah, tidak mustahil ia akan benar2 terjadi.

Anda jangan hampa/kesal atau berputus asa sekiranya kerapkali mencuba menyertai peraduan tetapi masih belum membuahkan hasil untuk memenangi apa2 hadiah sama ada hadiah2 kecil mahu pun hadiah2 utama.

Rasionalkan fikiran diri kita sendiri dahulu,kita sertai peraduan memang kita berharap dan bercita2 untuk menang, tetapi jika tidak menang, ianya tidak mengapa.Ianya Ok.Ianya tidak mendatangkan kudis,sopak,demam campak pun kepada kita.Ia malah boleh bermula semula dan boleh sertai peraduan2 yang lain pula.Takkanlah kita cepat sangat mengalah.Cuba dulu, 10 kali, tak pun 50 kali, tak pun 100 kali atau pun 1000 kali.Inshaa Allah ada lah tuah yang datang untuk kita nanti.

Nak cerita di sini pun saya malu dan tak ingin menunjuk2 dan riak.Tapi saya sentiasa mengharapkan yang saya memperolehi kemenangan hadiah yang besar berupa kediaman,kenderaan dan wang tunai yang lumayan dalam sebuah peraduan yang saya sertai dan masih menunggu2 akan pewartaan pemenang2nya.Mudah2an ada lah tuah saya akan muncul dan dinobatkan sebagai pemenang.

Inshaa Allah.Allah jua lah yang menentukannya.

Anda jangan fikir tak logik, jika Allah menentukan anda sebagai pemenang, ianya akan jadi logik, walaupun anda cuma hantar sekeping saja penyertaan.Percaya lah konsep ini.

Namun berusaha secara konsisten dan juga lebih, adalah ikhtiar kita meningkatkan lagi peluang untuk jadi pemenang.


Tidak pelik jika ada segelintir individu menjadikan menyertai peraduan sebagai hobi dan juga mungkin kerjaya barunya,dan mereka telah pun berjaya memiliki bermacam2 hadiah hanya dengan menyertai peraduan.Contohnya, rumah/kediaman hasil kemenangan, kenderaan hasil kemenangan, barangan elektrik hasil kemenangan,barangan kemas hasil kemenangan, melancong hasil kemenangan dan lain2 lagi.

Hinggakan kehidupannya seolah2 seperti dilingkungi hanya dengan hasil hadiah kemenangan yang pernah diperolehinya dari hasil menyertai pelbagai jenis peraduan.

Tiada yang mustahil, kan?


Sekian adanya.

Tiada ulasan: