Iklan Nuffnang

Isnin, 27 Februari 2012

Makanan Termahal

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi.

Apakah makanan yang paling mahal atau termahal sekali yang pernah anda nikmati selama hayat anda kini?Berapakah nilainya?Betapa bertuahnya anda ya, mampu untuk menikmati makanan yang mahal-mahal.

Disebut-sebut dan dijadikan hidangan golongan elit dan berpendapatan tinggi, di antara makanan yang termahal dan menjadi kebanggaan golongan tersebut ialah seperti sup sarang burung (layang-layang/burung walit) yang berkualiti tinggi sama ada diperolehi dari negara China atau Indonesia,sup sirip jerung (shark fin),pelbagai jenis hidangan dikenali sebagai ‘hidangan eksotik’ yang diperolehi dari binatang buruan liar di hutan, seperti sup tapak tangan beruang,sup daging harimau,sup ular tedung dan lain-lain lagi yang sama kategori dengannya.

Namun begitu, sup-sup haiwan liar yang dijadikan hidangan eksotik tersebut ianya dikira salah di sisi undang-undang di kebanyakan negara di dunia ini, dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.Di bawah Pertubuhan World Wildlife Fund (WWF) yang fungsinya melindungi dan memelihara hidupan liar dan juga habitatnya,pertubuhan ini mengajak semua manusia agar tidak menjadikan haiwan liar sebagai makanan atau santapan eksotik mereka.Ini bagi menjamin kelangsungan dan keberterusan keturunan/spesies setiap jenis binatang.Jika ianya diburu dan terus-terusan dijadikan makanan eksotik, kelak suatu hari nanti bilangan hidupan liar akan pupus atau pun berkurangan populasinya di hutan.

Berbalik semula kepada cerita makanan termahal tadi, sebenarnya saya mahu bercerita mengenai satu jenis makanan kategori ‘pencuci mulut’ (dessert) yang termahal di dunia.Anda tahu apakah makanan tersebut?

KAVIAR.

Ya.Ianya digelar kaviar.Apa itu kaviar?Percaya atau tidak kaviar sebenarnya ialah telur ikan.

‘’ Kaviar adalah makanan yang diperbuat dari telur ikan tertentu, umumnya ikan sturgeon, yang sudah diproses dan digarami.’’

Lihat dan rujuk di sini :

http://id.wikipedia.org/wiki/Kaviar

Lihat petikan yang saya ambil dari Kosmo Online ini.

KOSMO ONLINE - 15 Februari 2012

TASIK WINNEBEGO, Amerika Syarikat (AS) - Pesta menangkap ikan sturgeon diadakan di Tasik Winnebego di Pipe, Wisconsin pada Sabtu lalu.Pada hari tersebut, para penangkap ikan berkenaan akan pergi ke stesen timbang Stockbridge untuk merekodkan berat ikan yang telah ditangkap.
Ikan itu terkenal dengan telur untuk membuat kaviar yang merupakan makanan pencuci mulut yang mahal tetapi sedap.
Salah seorang penangkap ikan itu, Carrie Seelow berjaya menangkap ikan sturgeon dengan berat 70.3 kilogram.- Reuters

Di antara kaviar yang paling mahal ialah kaviar yang berasal dari telur ikan Sturgeon dan Beluga.Apalah yang sedap, lazat dan mulia sangat kaviar ini ya, sampaikan ianya begitu mahal harganya?Kaviar yang terkenal di dunia antaranya ialah yang diperolehi dari Laut Caspean, di Utara Iran dan juga dari Laut Siberia yang dijual di Switzerland.

Sumber dari Harian Metro Online ini menerangkan :

FRUTIGEN – Makmal Tropenhaus Frutigen di Bernese Oberland mengeluarkan telur ikan sturgeon Siberia untuk dijadikan makanan pembersih mulut, kaviar yang dijual pada harga 1,275 franc (RM4,298) bagi setiap 250 gram di Switzerland.
Telur-telur itu dikeluarkan daripada perut ikan betina sturgeon yang dibiakkan di kolam ikan di kawasan pergunungan.


Fuhhh…Oh, boy….mahalnya! RM4,298/250 gram ! very,very,very expensive!

Patutlah hanya orang yang kaya dan golongan VVIP dan golongan berkedudukan tinggi saja yang mampu menikmatinya.

Bagaimana dengan anda? Anda sudah pernah menikmati kaviar?Enak kah rasanya?

Saya cuma pernah menikmati telur ikan biasa saja.Selalu di Mamak Stall ada hidangan ini.Rasanya biasa saja.Tak sedap mana pun.

Boleh belanja saya kaviar sturgeon RM4,298/250 gram ?

Ha ha ha….:)

Tiada ulasan: