Iklan Nuffnang

Rabu, 15 Februari 2012

SME Congress 2012 : Di Bukit Gambang Resort City

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi.

Memang sesuatu perkara yang begitu mengujakan apabila baru-baru ini saya menyertai SME Congress 2012 yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang.Ianya merupakan satu ‘event’ tahunan di unit tempat saya bertugas dan melibatkan semua unit-unit yang sama di seluruh Malaysia.
Dengan pelbagai aktiviti dan program seperti ‘motivational talks’, persembahan dan juga makan malam (dinner), ‘event’ ini menjadi bertambah meriah.’Motivational talks’pada kali ini diberikan oleh Speaker Asia terkenal iaitu Sifu Dr. Lawrence Walter Ng.Beliau dikenali di seluruh dunia dan merupakan salah seorang Speaker terbaik di rantau Asia Pasifik.
-Gambar beliau ialah yang berbaju (suit) putih di bawah-.
‘Dinner’ pada malam itu juga disyaratkan anggota-anggota berpakaian bertemakan ‘Famous Movie Characters’.Saya telah memilih untuk berpakaian seperti ‘Terminator’, memandangkan berpakaian seperti itu tidak melibatkan ‘costume’ yang mahal dan tidak perlu disewa.Watak Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger juga kelihatan ‘cool’ dan ‘simple’.Hanya perlu mengenakan ‘jeans’ hitam, ‘T Shirt round colar’ dan jaket hitam dan digayakan pula dengan cermin mata hitam.Kan mudah!
Manakala anggota-anggota lain pula begitu bergaya sekali.Ada yang menggayakan watak Shrek,Supergirl,Batgirl,Kato,Snow White,Green Hornet,Vendetta,Jedi,Blade,Dart Vader dan macam-macam lagi watak filem yang saya sendiri pun tidak mengenalinya.Bahkan, yang ber’costume’kan ‘Hantu Pocong’ pun ada!Memang meriah dan lawak sungguh!

Sambil menikmati hidangan diselang-selikan pula dengan persembahan di atas pentas oleh pelakon-pelakon dan penyanyi amatur, (kumpulan) 30 cents.
Saya rasa sungguh gembira menyertai SME Congress 2012 ini.Selain dari berhibur,banyak input-input bagus yang diberikan oleh Dr.Lawrence Walter untuk dijadikan motivasi bekerja agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang pekerjaan.

‘Hasta la vista, baby!’ – petikan dari Terminator.

Tiada ulasan: