Iklan Nuffnang

Isnin, 31 Ogos 2015

Cerita 3H2M di Kuantan & Kemaman : Melayani & Memenuhi Hasrat IbuBapa

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam, Guys & Girls,

Nak dengar Macam-Macam cerita saya tak?

Ini cerita 3 Hari 2 Malam di Kuantan dan Kemaman.
Ini bukannya Cerita Macam-Macam, Ok.
Ini adalah Macam-Macam Cerita daripada saya.

Tak faham ? Baca di sini :

Apa beza Macam-Macam Cerita vs Cerita Macam-Macam ?

Saya sebenarnya biasa jugalah dengan Kuantan ini, kiranya tahu jugaklah mengenai jalan2 di bandar Kuantan kerana dulunya saya pernah bersekolah di Kuantan, Pahang.

Sengaja saya menghabiskan 3 Hari 2 Malam menginap dan berehat-rehat di Kuantan bersama keluarga dan juga IbuBapa saya sempena Cuti Merdeka 31 Ogos baru2 ini.Kami mennghabiskan masa selama 3 Hari 2 Malam bermula dari hari Jumaat lagi (check in) hinggalah hari Ahad kami pulang (check out).

Niatnya satu sahaja, bagi diri saya ialah untuk berehat2 dan meluangkan masa bersama IbuBapa saya yang kepingin benar untuk bersantai di hotel.Dari semenjak saya meluangkan masa bersama mereka ketika berbuka puasa (Iftar) di Hotel Seri Malaysia Temerloh pada bulan Ramadhan yang lalu, Ibubapa saya meluahkan hasrat mereka untuk berehat2 dan bermalam di hotel bersama keluarga saya dan bersiar2 di mana2.

Klik sini : Iftar Bersama IbuBapa

Jadinya, kesempatan baru2 ini bersempena Cuti Merdeka, saya juga tanpa berlengah lagi mengajak mereka berdua menyertai saya menginap di Hotel Season View Kuantan.

Hotelnya selesa didiami.Keadaannya bersih dan juga harganya yang berpatutan.Saya memilih untuk menghuni bilik ‘Superior Family Room’ yang boleh menempatkan 4-5 orang sebilik.




Oleh kerana bukanlah ‘trip’ ini bertujuan untuk ‘explore’ segala macam tarikan di sekitar Kuantan, makanya saya tidak mengkhususkan sangat untuk melawat atau pun berseronok dengan aktiviti2 pelancongan tempatan.

Saya cuma mendekati IbuBapa saya, mendengar nasihat mereka, berbual2 dengan mereka dengan penuh adab dan ketenangan.Kami juga berpeluang menjamu selera di sekitar kedai2 dan restoran di Kuantan.Tujuan saya kali ini lebih kepada meluangkan masa saya untuk bersama mereka di saat usia mereka yang sudah pun mencecah 70-an.

Maklumlah dengan kehidupan dan pekerjaan yang diharungi sehari2an, kita kadangkala sibuk atau pun sengaja menyibukkan diri (ada segelintir anak2 yang sengaja buat2 sibuk),jadi adalah amat sesuai, sekali sekala kita membawa IbuBapa menginap di hotel dan ‘face to face’ dengan mereka.Seringkali kita biarkan IbuBapa kita hanya tinggal ‘memerap’ di rumah kampung menghabiskan sisa2 usia mereka dan jarang2 benar kita mendedahkan mereka kepada dunia luar.

Kita sibuk dengan dunia moden dan kerjaya.Semua teknologi dan gajet kita mahir menggunakannya.Kita biasa sangat setakat keluar masuk bermalam di hotel2 dan resort2 sama ada yang mewah atau pun yang bertaraf biasa2 saja.Maka, apa lah salahnya jika sesekali kita ajak pula mereka bermalam di hotel2 dan mewujudkan sessi ‘berharga’ (priceless moment with parent) dengan mereka, kan?


Oleh itu, dengan hasrat yang baik dan suci ini, saya telah mengajak IbuBapa saya bermalam di Hotel Season View Kuantan.Hotel ini adalah kategori Hotel Bajet tetapi ianya seolah2 Hotel bertaraf sederhana.Mungkin kerana dikira Hotel Bajet disebabkan ia tidak mempunyai Kolam Renang.Hotel Season View ini juga mempunyai satu lagi cawangan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sudah ramai yang buat ‘review’ mengenai hotel ini, jadinya tak perlulah lagi saya memperkenalkannya dan membuat ‘review’ lain mengenainya.Siapa yang telah menginap akan mengakui keselesaanya, kebersihannya dan juga layanan staf2nya yang bagus.

Klik sini : Web Hotel Season View Kuantan


Walaupun kami banyak menghabiskan masa di hotel dan cuma meninjau2 di sekitar berdekatan Bandar Kuantan, namun kami sempat juga berkunjung ke Cherating dan juga Kemaman.Ibu saya mengajak membeli Keropok Lekor di Kampung Geliga, Kemaman.



Manakala, saya juga mengajak mereka melawat Turtle Sanctuary di Cherating.Kemudiannya, kami juga sempat pergi mengunjungi Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman.



Ibu saya tidak berupaya lagi untuk berjalan jauh (berjalan kaki), begitu juga Bapa saya, walaupun dia kuat sedikit berbanding Ibu.Oleh yang demikian, setiap sesuatu lokasi yang saya akan singgah, saya akan pertimbangkan mengenai perlu atau tidak di sesebuah lokasi tersebut mesti berjalan kaki dalam jarak yang dekat atau jauh.Jika berjalan kaki dengan jarak yang jauh, saya tidak akan berhenti dan mengajak IbuBapa saya ke tempat itu.Saya juga selalu memegang dan memimpin tangan Ibu sekiranya dia tidak larat.

Masih saya ingat saat2 begini ketika saya kecil2 dahulu.Ibu sentiasa memimpin tangan anak2nya termasuk saya bila melalui tempat2 yang dirasakan bahaya, sempit, ada orang ramai dan juga ketika mula2 menghantar saya ke sekolah.Jadinya, kali ini saya pula yang perlu memimpin tangan IbuBapa di saat mereka sudah berusia dan kurang berupaya untuk gagah berjalan sepertimana kita yang masih muda belia ini.

Jelas terpamer di raut wajah IbuBapa saya akan keceriaan dan keriangan mereka kerana dapat meluangkan masa2 yang berkualiti bersama saya.Dapat berehat2 di hotel, menjamu selera, membeli belah apa yang mereka hajati dan juga berbual2 akan perihal keluarga kami.


Mesej saya jelas, saya suka menasihati anda semua dan juga kepada diri saya sendiri agar janganlah dipersia2kan IbuBapa kita sementara hayat mereka masih ada.Bukanlah semestinya kita melayani semua kehendak mereka, namun berusahalah agar dapat memenuhi sebahagian kehendak dan hajat mereka.Mereka juga ingin dihormati, ingin diambil peduli, ingin disayangi di saat usia emas mereka.

Kredit dan pujian kepada Abang2 saya yang telah menunaikan impian IbuBapa saya mengerjakan Ibadah Haji pada beberapa tahun yang lepas.Mungkin saya tidak berupaya dan tidak begitu mempunyai wang yang banyak untuk menghantar mereka pergi Haji suatu masa dulu,namun kini saya bertekad untuk memenuhi hajat mereka yang lain sekadarnya di atas kemampuan saya di masa sekarang.

Sekian kisahnya Macam-Macam Cerita dari saya.
Semoga anda dapat ‘sesuatu’ yang berguna dari cerita saya ini.

Bye.

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

hotel ni boleh tahan juga

alriana5604 berkata...

Ya, betul tu Sharinginfoz, hotel ini memang selesa dan juga kelihatan eksklusif, bahkan jika sesiapa pernah menginap, suasananya juga OK, 'easy access' ke mana2 'attraction place' dan juga tempat2 penting, spt klinik,hospital,masjid,tempat makan/kedai makan dan juga tempat membeli belah.