Iklan Nuffnang

Sesekali Menonton Bolasepak Di Stadium...Seronok kah?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua,

Pengunjung2 blog & rakan2 yang diingati sekalian,

Anda pernah mengunjungi stadium dan menyaksikan secara langsung perlawanan bolasepak?

Tentu ada yang pernah dan juga ada yang masih belum berpeluang merasai pengalaman ini.

Saya ini bukanlah dikategorikan peminat tegar bolasepak, sebabnya banyak lagi sukan lain yang saya sukai seperti badminton, tenis, sepaktakraw dan juga acara olahraga.

Jika pasukan bolasepak kebangsaan kita, saya menyokong pasukan Selangor.



Baru2 ini saya dapat tajaan tiket percuma yang diberikan oleh majikan saya dan berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Piala Malaysia 2015 di antara pasukan Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam.

Memang benar2 lama saya tidak menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium.Mungkin sudah belasan tahun jika dihitung semenjak kali terakhir pernah menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor di antara pasukan Selangor vs Singapura suatu ketika dahulu, memang sudah lama, mungkin seingat saya dalam tahun 2001-2002.


Saya lebih suka menonton saja di depan TV dan juga siarannya juga lebih jelas, ada pengulas yang memaklumkan nama2 pemain ketika perlawanan berlangsung.Tak perlu berbaris membeli tiket, mendengar gegak gempita, hingar bingar dan tempik sorak penyokong2 pasukan masing2 di stadium, betul tak?

Tapi baru2 ini pada 12 September 2015 saya sengaja pergi ke stadium semata2 ingin membawa Zarif,anak saya untuk merasai pengalaman menonton perlawanan bolasepak di stadium secara ‘live’.


Sebenarnya, jika mahu lebih puas, menonton di stadium lah jawapannya.Sebabnya, ‘aura’ dan pengalaman sendiri melihat suasana di stadium secara nyata berbanding di depan kaca TV adalah sangat berbeza.

Bagi apa2 acara/event, bukan sahaja bolasepak, contohnya kalau kita pergi menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal, Perlumbaan Kereta Formula 1, acara2 sukan atau apa2 acara lain yang melibatkan kita sebagai penonton dan menonton dari jarak yang jauh, beberapa tips dari saya boleh dijadikan panduan, iaitu :

1.Saya suka membawa binocular/teropong untuk melihat dan fokus kepada sesuatu acara/event.Kalau hanya melihat dengan mata kasar, memang tidak nampak jelas siapa pemain2 yang beraksi/acara2 yang sedang berlangsung.

2.Datang awal/masuk awal ke tempat acara berlangsung.Sekurang2nya 1 jam lebih awal.Dapatlah kita tinjau2, merayau2 dulu, beli belah item2 cenderamata dan makanan2 ringan.Kalau tak pun dapat bergambar dan berselfie ketika suasana belum sesak dengan orangramai.


3.Kalau mahu jimat tenaga,cari ‘seat’/kerusi yang tak tinggi sangat dan tak perlu menaiki tangga yang tinggi.Tak perlu memanjat tangga.Jika ada binocular, duduklah di mana2 pun, tak risau, masih boleh nampak perlawanan/acara yang berlangsung.

4.Belilah sikit2 ‘tag’ (tanda) atau apa2 jua berkenaan dengan pasukan kita sokong.Tak mampu beli baju/jersey,belilah ‘mafla’atau pun ‘headband’ ker.Bukan apa, sekadar nak kita rasa/meletakkan diri kita sebagai penyokong di sebelah pasukan mana.Kalau tak menampakkan kita menyokong mana2 pasukan, boleh, tak salahpun, tapi rasa macam ‘meaningless’ (tak bermakna) lah kita hadir ke stadium/menyaksikan apa2 acara/perlawanan.


5.Kalau mampu beli tiket mahal dan lebih berprestij, belilah.Sebab anda akan dapat layanan lebih bagus.Contohnya, dapat tempat duduk berbumbung, dekat dengan track/litar, dekat dengan padang bolasepak (jika menonton bolasepak).Sebab itu jika mahu ke sesuatu acara, fokuskan apa dan bila.Jika perlawanan bolasepak contohnya, mungkin untuk peringkat separuh akhir dan akhir kita boleh menonton di stadium, manakala jika ada tiket VIP dan kita mampu beli, kita belilah.Sesekali apa salahnya, kan?


Tapi kalau dapat tiket percuma, tak kisah lah tiket VIP atau tidak, anda perlu memanafaatkannya dan menghargainya.

Sesekali bergembira menonton sesuatu acara/perlawanan, apa salahnya.

Seronok jugaklah sesekali dapat kesempatan menonton perlawanan bolasepak di stadium.

Jika anda belum merasai pengalaman ini, cuba lah ya.

Bye.

Tiada ulasan: