Iklan Nuffnang

Tagline AL The One : Macam-Macam Cerita VS Cerita Macam-Macam...

alriana5604@gmail.com - AL The One


Hai Guys & Girls,

Asssalamualaikum & Salam sejahtera semua,

Saja2 saya nak buat entri/posting blog yang pendek ini untuk pemberitahuan.

Setelah sekian lama memikirkan apakah tema (theme) untuk blog saya yang semacam ‘Rojak’ ini, maka buat pertama kali saya perkenalkan ‘blog motto’ saya iaitu :

AL The One
Macam-Macam Cerita
Macam-macam cerita tak apa, jangan cerita macam-macam!


Untuk sekadar menerangkannya kepada anda semua dan rakan2 yang lain, ia membawa maksud blog saya ini mengandungi pelbagai kisah dan cerita, ibarat kata orang macam blog ‘Rojak’ lah.

Tapi, Rojak pun Rojak juga lah, namun jika anda membaca setiap ‘posting’ saya, Inshaa Allah banyak input yang berfaedah dan memberikan kebaikan kepada kita semua.


Saya cuba mencari 1 tagline yang tidak sama dengan mana2 blog orang lain dan juga mahu mencipta identiti sendiri.Slogan/Motto/Tagline itu saya fikir mestilah berlainan dengan blog orang lain dan ianya mestilah ringkas.Kemudian pula, Tagline tersebut mestilah sesuai dan menerangkan mengenai ‘genre’/ bentuk / berkenaan dengan blog saya atau gaya penulisan/posting saya di blog ini.


Maka lahir lah Tagline ini :

AL The One
Macam-Macam Cerita
Macam-macam cerita tak apa, jangan cerita macam-macam!



Juga untuk menerangkan bahawa ungkapan/ ’terms’ Macam-Macam Cerita vs Cerita Macam-Macam ini berbeza walaupun bunyinya hampir sama.

‘Macam-Macam Cerita’ bermaksud ada kisah yang pelbagai dan menceritakan/ menerangkan mengenai sesuatu perkara.

Manakala ‘Cerita Macam-Macam’ ia berbunyi seolah2 mengada2kan atau mencipta ‘fitnah’ atau ‘adu domba’.

Jadinya jangan tertukar antara 2 ungkapan ini, OK !

Bye.

Tiada ulasan: