Iklan Nuffnang

Ulasan Ringkas : Filem Ant Man 2015

alriana5604@gmail.com - AL The One


Peluang dan kesempatan kali ini saya cuba untuk ‘review’ filem Adiwira Ant Man, Si hero yang boleh bertukar saiz sekecil saiz seekor semut.

Lama sudah tidak menulis dan memberikan komen berkenaan ‘Superhero’ movies yang menjadi kegemaran saya.


Kali ini saya memberikan ‘reviews’ berdasarkan perspektif saya dan bukanlah ia semestinya lengkap dengan garapan plot dan jalan cerita filem Ant Man ini.Ok.

Review daripada saya lebih kepada komen,cadangan,luahan,pendapat atau pun ‘my expression’ berkenaan filem tersebut.

Sebenarnya, sudah lama saya tidak buat apa2 ‘review’ mengenai apa jua filem baik ianya filem tempatan dalam negara atau pun luar negara.Ini disebabkan kesibukan harian melakukan tugasan/kerja hakiki saya dan juga sibuk dengan kehidupan berkeluarga.

Secara keseluruhannya, jalan cerita dan plot filem Ant Man ini bagi saya ianya biasa saja.Bahkan ada babak2nya yang sudah boleh dijangka.Iyalah, kan siri komik Ant Man ini ciptaan Marvel, jadi ianya bolehlah dijangka sedikit sebanyak.Terpulanglah kepada Pengarah bagaimana untuk menggambarkan jalan/plot ceritanya.


Saya lihat ada beberapa sudut babak perlu diberikan perhatian dan komen positif/komen membina.

Setakat yang saya hayati, filem Ant Man ini bolehlah dikira santai dan menghiburkan dengan aksi2nya.Sesuai untuk seisi keluarga dan juga untuk tontonan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Ini boleh kita lihat aksi2 yang melibatkan penggambaran/’scenes’ di atas keretapi mainan ‘Thomas & Friends’.Ianya dilihat lucu, sedikit pelik dan seperti penonton diperbodohkan.

Filem Ant Man bermula menonjolkan watak Scott Lang (lakonan Paul Rudd) iaitu seorang pencuri/perompak yang licik baru sahaja dilepaskan/keluar dari penjara dan ‘struggle’ untuk mendapatkan pekerjaan.Hinggalah dia dipengaruhi rakan2nya untuk mencuri lagi di rumah seorang Saintis hebat Hank Pym (lakonan Michael Douglas).Namun hasil curinya bukanlah memperolehi wang/harta yang bernilai.Apa yang diperolehinya ialah sepasang ‘suit’ Ant Man yang pada mulanya disangka sebagai ‘suit’ penunggang motosikal.

Bertitik tolak dari plot selepas itu, mulalah dia dipujuk dan diasuh oleh Hank Pym untuk menjadi Ant Man.Banyak babak2 yang saya kira agak menarik dan menghiburkan selepas itu.Di antaranya :

1.Babak Ant Man masuk ke dalam sarang semut dalam tanah dan membelai semut2 yang kemudian menjadi rakan2 kepada Ant Man.


2.Babak Ant Man dapat memanipulasi dan berkomunikasi dengan semut2 dan juga menggunakan semut terbang (yang diberikan gelaran ‘Ant’hony/Anthony) untuk terbang bersama dan bergerak bagi memerangi musuh/penjahat.



3.Babak yang saya kira hebat dan unik ialah di mana Ant Man mengalahkan ‘Falcon’ (lakonan Anthony Mckie), semasa Ant Man ditugaskan untuk mencuri/meminjam sebentar suatu barang yang diminta oleh Hank Pym.Waktu ini, Ant Man telah menceroboh dan pergi ke bangunan Avengers di bawah kelolaan Stark Industries.Yang menariknya, Ant Man berjaya mengalahkan Falcon dengan menjadi kecil dan masuk ke dalam sistem sayap (wings) Falcon dan memusnahkan sistem/jentera/circuit yang membolehkan Falcon berupaya untuk terbang.Dalam babak terakhir setelah dikalahkan, Falcon sehingga berkata ‘I don’t want Cap know about this’ – yang merujuk maksudnya Falcon berasa malu dan tidak akan memberitahu Captain America berkenaan kekalahannya kepada Ant Man.

Selain itu, babak2 biasa, pertarungan dengan Yellow Jacket (penjahat kelihatan seperti Tebuan/Hornet) yang dilakonkan oleh Corey Stoll sebagai Darren Cross juga bolehlah dikira penuh aksi dan menghiburkan.


Bagi saya sebagai penggemar filem Adiwira, filem Ant Man berjaya menghiburkan saya.Tolak tepi logik,kemunasabahan, rasional bagi filem seperti ini, maka saya bolehlah berikannya 3 bintang dari 5 bintang (3/5).

Selama menonton pelbagai jenis filem Adiwira, setakat ini yang saya sukai dan dikira paling menarik perhatian saya ialah Captain America – The Winter Soldier.Filem ini penuh dengan aksi hebat, plot cerita yang menarik,pelakon/hero yang bagus (Chris Evan) dan juga menjadikan penamat cerita (ending) sebagai agak ‘klise’, di mana Captain America digambarkan telah tewas dan diheret/diselamatkan oleh Winter Soldier dari dalam air/sungai.


Saya tidak sabar untuk menunggu filem Captain America bagi ‘sekuel’ yang seterusnya iaitu ‘Captain America – The Civil War’ dijangkakan pada tahun 2016 nanti.Jika tidak salah saya, ‘Captain America – The Civil War’ ini mengisahkan mengenai pertempuran di antara Captain America dan Iron Man.


Begitu juga filem Batman vs Superman.Saya juga tidak sabar untuk menonton filem ini, pada jangkaan saya agak menarik.

Bagi saya Batman (yang akan dilakonkan oleh Ben Affleck) bijak/genius walaupun tiada kebolehan ‘superpower’.Mungkin satu2nya cara Batman mampu untuk menewaskan Superman ialah dengan menggunakan ‘kryptonite’.Manakala bagi saya, Superman hanyalah gagah dan hebat kerana mempunyai kebolehan kuasa (superpower) yang pelbagai jenis.Belum tentu tahap idea/upaya pemikiran Superman/Clark Kent sehebat atau genius seperti Batman/Bruce Wayne, Si jutawan yang ‘versatile’.


Ok, hingga sampai setakat ini saja review saya untuk filem Ant Man.

Bagi peminat2 filem2 Superhero, sama2 kita nantikan filem2 Superhero/Adiwira yang bakal ditayangkan pada tahun 2016 nanti.

Ingat ‘quotes’ menarik dari filem Ant Man ini :

‘’Peluang kedua bukannya datang selalu, jadinya dalam konteks kehidupan kita,adakalanya kita berhak mencuba sekiranya ada peluang kedua’’.


Sedikit dialog dalam filem Ant Man :

Hank Pym: Scott, I've been watching you for a while. You're different. Second chances don't come around all that often. I suggest you take a really close look at it. This is your chance to earn that look in your daughter's eyes, to become the hero that she already thinks you are. I believe everyone deserves a shot at redemption. Do you?

Scott Lang: Absolutely! My days of breaking into places and stealing stuff are over. What do you need me to do?

Hank Pym: I want you to break in a place and steal some stuff.

Scott Lang: Makes sense

Hank Pym: Are you ready to become a hero?

Tiada ulasan: