Iklan Nuffnang

Ahad, 28 Jun 2015

Iftar di Hotel Seri Malaysia Temerloh - Bersama Ibubapa

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Ramadhan Al Mubarak.

Guys & Girls,

Terima kasih atas kunjungan ke blog saya ini.

Kini barulah ada modal/idea untuk saya membuat blog posting berkenaan cerita di bulan Ramadhan pada tahun 2015 ini.

Ceritanya mengenai Kisah Buffet Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Temerloh.



Memang kita sedia maklum, banyak hotel2 yang menawarkan hidangan buffet berbuka puasa di bulan Ramadhan.Bahkan restoran2 biasa dan juga restoran2 terkenal juga ada menawarkan buffet hidangan berbuka puasa.

Cuma yang menjadi pertikaian ialah status halalnya, harga seorang/per’pax’ yang dikenakan dan juga sejauh mana kesedapan/kelazatan menu buffet yang ditawarkan.

Baru2 ini pada 26hb Jun 2015, Hari Jumaat saya pulang menziarahi Ibubapa saya di kampung, di negeri Pahang.Saya mengambil kesempatan sambil menziarahi mereka, saya mengajak mereka sekali untuk menikmati Buffet Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Temerloh.






Sebenarnya hasrat saya untuk membawa mereka menikmati makanan buffet berbuka puasa sudah lama dipendamkan.Saya sengaja membuat kejutan dan membawa mereka ke Hotel tersebut untuk berbuka puasa.Mudah2an niat dan hasrat saya ini diberkati Allah, lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, sambil2 menziarahi kedua2 Ibubapa saya, sekaligus saya mengajak mereka berbuka puasa di hotel.

Iyalah, bagi kita orang Malaysia, Hotel Seri Malaysia tidak perlu diragukan lagi.Status halal hidangan dan makanannya memang halal dari JAKIM.Walaupun ‘rating star’ Hotel tersebut cuma pada kadar 2-3 bintang saja, ternyata hidangannya tidak menghampakan.Ianya memang sedap,lazat, beraneka jenis makanan,ada sajian istimewa mengikut hari2 tertentu dan juga suasana yang selesa, luas dan mendapat tarikan orangramai.Pada hari tersebut saya dimaklumkan tempahan berjumlah lebih kurang 200 orang/pax sehari kerana kebetulan sajian istimewa yang diadakan pada hari tersebut ialah ‘Kambing Panggang + Sos Lada Hitam’.

Berikut saya sertakan gambar2 tarikan berkenaan Buffet Ramadhan 2015 di Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang.
Harganya amat kompetitif dan berbaloi dengan keenakkan makanan2nya.







Saya menyeru kepada anda semua, marilah kita bersama2 berbakti dan berbuat baik dengan melayani keluarga dan Ibubapa kita selagi mana mereka masih hidup.Bawalah mereka mengecapi dan merasai suasana baru, suasana gembira yang mungkin suatu ketika dahulu kita tidak berpeluang untuk melakukannya.Jika mereka sudah tiada/meninggal dunia, tentulah kita tidak berkesempatan lagi untuk bergembira bersama mereka.Ketika itu, hanyalah doa dan keampunan dari Allah sahaja yang kita mampu pohonkan untuk mereka yang sudah berada di alam barzakh.

Walaupun kita sibuk bekerja dan hidup di bandar, luangkanlah masa kita untuk pulang ke kampung dan melayani Ibubapa dengan baik.Kita tidak perlu mempunyai wang yang berjuta untuk menggembirakan keluarga dan Ibubapa.Yang penting keikhlasan hati kita.Rancanglah akan setiap hasrat dan niat kita untuk menggembirakan Ibubapa.Inshaa Allah setiap niat kita akan Allah permudahkan dan menjadikannya realiti/kenyataan.





Kita sebagai anak, amat2 terharu apabila melihat Ibubapa kita begitu gembira dan berselera apabila menikmati sesuatu juadah yang lazat/sedap serta menepati selera mereka di usia tua.
Begitu juga saya sebagai anak, amat berasa terharu tiapkali dapat berbuat kebaikan kepada Ibubapa saya setiapkali adanya waktu yang saya luangkan untuk mereka.Jelas terpancar di wajah mereka akan kegembiraan dan keriangan apabila saya membawa mereka ke sesuatu lokasi yang mereka belum pernah mengunjunginya.

Apa yang penting, jika kita bersama Ibubapa yang sudah berusia,kita perlu bersikap sabar melayani mereka.Perlu perlahan2 melayani mereka, berjalan bersama mereka dan sentiasa membantu mereka.Saya bersyukur, walaupun Ibubapa saya usianya sudah hampir 80 tahun, tetapi mereka masih berupaya untuk berjalan walau tidak sekuat mana.Mereka masih mempunyai selera untuk menjamah dan menikmati hidangan2 lazat yang kena dengan selera mereka.



Tidak dapat saya gambarkan akan kegembiraan yang saya kecapi kerana saya masih berpeluang berbakti kepada Ibubapa saya.Syukurlah kepada Allah.

Ya Allah berkatilah Ibubapaku.Ampunilah dosa2mereka dan rahmatilah mereka.

Jom kita sama2 meluangkan masa untuk ibubapa kita !

Sekian buat ketika ini.
Salam keampunan dan kemaafan dari saya kepada anda semua di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Tiada ulasan: