Iklan Nuffnang

Selasa, 30 Jun 2015

Al Fatihah Untuk Anuar, Sahabatku...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum semua,

Hari ini dan lewat waktu kebelakangan ini saya berasa sedih.
Sedih kerana kawan baik saya ketika kecil telah pun meninggal dunia.
Namanya Anuar bin Mohamad.

Beliau ialah rakan saya ketika kecil dan bersekolah juga berada dalam kelas yang sama dari Darjah 1 hinggalah Darjah 6.
Beliau begitu baik dan akrab sungguh dengan saya.
Beliau ialah seorang yang dedikasi dan rajin belajar.
Tidak saya sangka beliau telah meninggal dunia di usia yang agak muda.

Al Fatihah untuk beliau.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kalau lah di zaman dulu2 dalam tahun 1980-an ketika kami berkawan rapat di alam persekolahan wujudnya gambar2 di sekolah tentulah manis sekali untuk ditatapi.Tentulah membuatkan hati saya makin berasa sayu, rindu dan merasa ngilu kesedihan.

Untuk makluman, Arwah Anuar ini beliau ialah anak yatim yang kematian ayahnya semenjak beliau kecil lagi.Jadi ramai rakan dan taulan, guru2 dan juga Ibubapa, jiran2 yang amat menyayangi Anuar.


Tapi dalam ramai2 rakan2nya yang ketika kecil pada waktu itu, beliau amat rapat dengan saya dan begitu juga saya sangat senang dan selesa berkawan dengannya.

Tiapkali kami pergi dan pulang dari sekolah, kami sentiasa berjalan beriringan.Kami juga bermain bersama dan belajar bersama.Balik saja sekolah di sessi pagi kira2 pukul 1 tengahari, kemudian kami bersekolah pula di Sekolah Agama Rakyat untuk mempelajari ilmu asas keagamaan.

Terngiang2 lagi di telinga saya akan suara Anuar seolah2 memanggil2 saya.Dulu dia selalu memanggil2 saya di rumah (kerana rumah kami berdekatan),mengajak saya pergi bersama ke sekolah agama tersebut.Kami sungguh seronok.

Yang paling saya tidak boleh lupa ialah Anuar seorang yang rajin belajar dan dia juga seorang yang bijak.Saya kerapkali mengulangkaji pelajaran bersama dengannya.Akhlaknya juga baik dan menyenangkan semua orang.


Masa berganti masa, tahun dan dekad berganti, kami pun membesar.Di usia 12 tahun kami menamatkan sessi persekolahan tahap rendah/Darjah 1-6.Saya dan Anuar terpisah kerana masing2 ditawarkan ke sekolah menengah yang berlainan.

Jarak kami ketika itu jauh.Masing2 mula meneroka kehidupan berlainan.Dewasa mencari pengalaman.Ketidaktentuan saat dan ketika, apatah lagi kami tinggal di asrama dan juga komitmen belajar di sekolah masing2, membuatkan kami terus terpisah.Hanya sekali sekala bertemu di musim cuti dan juga ketika perayaan.

Dapat dirasai, hubungan kian canggung, keakraban semakin renggang, makin dewasa makin bercitarasa, kami hanyut dalam dambaan masa dan terpisah oleh suasana.

Hingga saya rasai, kami tidak lagi seperti rakan akrab, tidak lagi seperti teman sepermainan di kala usia kecil.Umur dewasa saya lihat amat kejam.Memisahkan teman rapat yang dulunya umpama isi dan kuku.

Sehinggalah masa lagi begitu mencemburui hubungan baik ini, dekad sekali lagi cepat berganti, menjadikan kami pemuda yang matang dan berumahtangga.

Saya telah memilih isteri orang jauh di Pantai Timur, Anuar memilih isteri yang berdekatan dengan kampunngnya.Beliau dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel.Manakala saya baru memiliki seorang putera.


Beliau seorang Jurutera swasta yang hebat.Beliau juga seorang yang sederhana dalam caranya yang bersahaja.

Sesungguhnya Anuar ialah seorang sahabat saya yang terpisah dek masa.

Seorang sahabat yang lama tidak bersua kerana masing2 sibuk menguruskan karier.

Sahabat2 baru masing2 menerpa, namun tidak sedikit pun di hati kami terlupa sesama kita.

Sedarlah wahai manusia, kerana Masa, setiap sesuatu yang sudah berlalu tidak mungkin kita mampu ulangi semula.

Anuar sahabat saya telah pun meninggalkan dunia.

Pergi bersemadi di bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga dirahmati Allah Yang Maha Esa.

Tenanglah di sana wahai sahabat lama.

Suatu hari nanti aku juga akan turut serta.

Ke alam barzakh kita jarang bersedia.

Hanya sibuk dek urusan dunia.

Wahai Anuar, aku akan mendoakanmu dalam setiap doaku.

Moga engkau tenang bersemadi di situ.

Amin Ya Rabbal Alaminn…

Al Fatihah untuk Allahyarham Anuar bin Mohamad.

Tiada ulasan: