Iklan Nuffnang

Sambutan Merdeka : Mengapa Saya Tidak Kibarkan Bendera?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum, hai…, Selamat sejahtera,

Bro & Sis,

Bertemu kembali di paparan coretan blog saya ini.

Saya dan anda semua adalah ‘anak merdeka’, betul tak?
Ini jika kita anggapkan semua yang lahir selepas pada tarikh merdekanya Malaysia daripada Inggeris iaitu pada atau selepas 31 Ogos 1957.


Setuju?

Jika ada yang lahir sebelum dari tarikh tersebut dikira bukan anak merdeka.Tetapi lebih tinggi tahap dan martabatnya iaitu boleh digelar ‘anak juang’ yang merujuk kepada generasi ibu, ayah, datuk dan nenek moyang kita yang ketika itu hidup susah, sukar, miskin dan juga dijajah oleh Inggeris.Hidup mereka waktu itu bolehlah kita andaikan hidupnya sebagai ‘anak juang’ yang sentiasa berjuang untuk memerdekakan tanahair.

Walaupun kira-kira tak sampai seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun (Hari Sabtu nanti) bagi tahun 2013 ini, saya pasti dan sedar tidak ramai anak muda yang berumur 20 hingga 40-an yang ghairah serta begitu patriotic untuk menyambutnya.

Mengapa?

Mengapa begitu?


…Saya percaya, dan anda juga mungkin setuju, merdekanya kita hampir mencecah ke-56 tahun, namun kita masih terbelenggu dengan usaha menaiktaraf ekonomi diri sendiri dan keluarga dari desakan dan tekanan hidup berkonsepkan kapitalis.

Ya lah kan, semakin maju negara, semakin besar nafsu, kehendak, keinginan,angan-angan dan cita-cita bagi setiap rakyatnya.Juga sudah semestinyalah angan-angan pemimpinnya pun besar dan tinggi.Sehinggakan nasib golongan rakyat marhain dan golongan rakyat kebanyakan sering kurang dibela dan terhimpit dek tekanan kos sara hidup dan kos pemilikan aset/harta asas yang tinggi.

Harga Rumah?
Harga Kenderaan?
Kos bahan api?
Kos pengangkutan dan perjalanan?
Kos tol?
Kos makanan dan bahan mentah rutin bulanan?
Kos pembelajaran dan pendidikan?
Kos insurans, rawatan dan perubatan hospital?
Kos liburan, percutian dan rekreasi keluarga?

Ini baru sebahagian dan sedikit sahaja menunjukkan golongan marhain sering ketinggalan dan tidak mampu untuk menanggung kos-kos tersebut.


Oleh itu wajarkah dalam keadaan ini, Jalur Gemilang bendera negara yang juga dikenali sebagai Sang Saka Bangsa, dikibarkan dengan begitu bersemangat?

Umpamanya, diandaikan seperti seorang ayah yang miskin dan mempunyai hutang, lalu dimomok-momokkan untuk bergembira dan juga bersuka ria di Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Adakah ‘si ayah’ itu dengan suka ria nya bergembira menyambut Hari Lebaran?

Adakah dia akan memasang pelita raya dan juga lampu kelip-kelip untuk menyambut raya?

Adakah rumahnya dicat baru?

Adakah langsir dan perabot di rumahnya ditukar baru?

Analoginya sama.

Adakah rakyat kini hidupnya gembira, cukup keperluan dan sara hidup mereka?

Adakah mereka berduka atau pun ceria? Lebih-lebih lagi untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun nanti?

Adakah rakyat dengan senang hati mengibarkan bendera bagi menyambut kemerdekaan di negara yang membuatkan hidup mereka tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi?

….Tolong, tolong jangan paksa mereka mengibarkan bendera kemerdekaan.

‘Merdekakan’ terlebih dahulu jiwa mereka yang terhimpit dek tekanan sara hidup yang tinggi dan membebankan.Nescaya setelah itu, mereka dengan sukarela dan berhati mulia akan bangga untuk mengibarkan bendera negara mereka itu.

Jangan dipaksa mereka mengibarkan bendera.

Tetapi bantulah mereka ‘mengibarkan’ semangat untuk hidup lebih sempurna di negara yang penuh dengan onak dan ranjau berduri akibat sistem kapitalis yang menekan juga membebankan hidup mereka itu.


Saya anak merdeka.

Saya lahir pada 31 Ogos.

Saya tidak kibarkan bendera sempena Hari Kemerdekaan.

Saya bukan tidak patriotic, tetapi saya ‘allergic’ kepada beban/kos sara hidup semasa akibat manipulasi pihak kapitalis negara ini.

Walaupun pendapatan saya bukanlah pada paras RM1500 sebulan, namun akibat manipulasi pihak kapitalis menyebabkan wang menjadi begitu rendah nilainya untuk membeli sesuatu barangan yang sudah tentu lebih tinggi nilainya.

Jika masalah ini negarawan dan pemimpin dapat atasi, semangat patriotic saya nescaya akan hadir kembali.

Anda anak merdeka?

Jika anda tidak allergic seperti saya, kibarkanlah bendera itu.



Pameran : Gegaran Dinosaur Di Shah Alam

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Apa khabar u all semua?

Saya harapkan semuanya sihat dan berada dalam ‘mood’ yang baik.

Mungkin selepas musim raya ini, ‘mood kewangan’ saja lah yang kurang baik sikit, kot?

Maklumlah kadang-kadang kita terlebih belanja (over spend) di musim-musim perayaan begini.Macam-macam kita beli dan juga bagi yang pulang ke kampung yang jauh, belanja perjalanan sahaja mencecah ribuan ringgit jika dikira belanja bahan api/petrol/diesel,belanja penyelenggaraan kenderaan,belanja makan,tol dan lain-lain lagi belanja sampingan belum lagi diambilkira.

Walau bagaimanapun saya berharap kita mampu ‘survive’ dan cekal/tabah menghadapinya,ok.

Pada entri kali ini saya ingin kongsikan bersama anda mengenai kunjungan saya ke Pameran Dinosaur yang diadakan di Muzium Alam Shah, Shah Alam, Selangor.


Saya baru saja pergi berkunjung ke situ pada hari kelmarin (Hari Isnin/19 Ogos 2013).Bagi orang yang sukakan sejarah dan suka berimaginasi seperti saya, amat sesuai lah datang melihat pameran seperti ini.

Mungkin u all pernah mendengar dan juga terbaca di mana-mana sumber atau penulisan daripada individu tertentu yang mengatakan bahawa, apa perlunya kita terpengaruh dan begitu mempercayai kewujudan dinosaur?

Entah-entah kewujudan dinosaur hanya digembar gemburkan sahaja oleh pihak saintis atau paleontologis dari negara Barat dengan niat memperdaya, mencipta peluang perniagaan melalui berita sensasi mengenai dinosaur atau pun hanya membuatkan umat Islam menanam kepercayaan karut.


Bahkan saya juga pernah dimomokkan dan di’cucuk-cucuk’ (dihasut/di’api-apikan) oleh beberapa rakan sambil sembang menyembang (berbual-bual) mengenai dinosaur agar jangan mempercayai sangat kewujudan dinosaur dan spesis-spesisnya.Bagi mereka, ianya banyak cerita karut dari kebenarannya.

Setelah saya membaca, meneliti, mendapatkan sumber ilmu berkenaan dinosaur dan seterusnya membuat kunjungan ke Pameran Dinosaur ini barulah saya sedar dan mendapat satu ‘standing’ (pendirian) saya sendiri berkenaan makhluk yang kononnya pernah wujud di planet Bumi ini kira-kira ratusan juta/ribuan juta tahun yang lampau.

Saya juga mendapatkan sumber daripada para ilmuwan Islam (Ustaz) di masa kini berkenaan bolehkah atau rasional kah mempercayai dan mengiktiraf bahawa dinosaur itu pernah wujud.

Secara ringkasnya, saya boleh kongsikan di sini ialah, tidak menjadi satu kesalahan dan bukanlah/tidaklah berdosa sekiranya kita umat Islam mempercayai akan kewujudan dinosaur satu ketika dulu.Ini kerana ia diperkuatkan lagi dengan penemuan-penemuan tulang-temulang, rangka, fossil dan juga kesan tinggalan dinosaur oleh para pengkaji/saintis/paleontologis.


Dalilnya, jika sesuatu tinggalan wujud, seperti kesan rangkanya, fossilnya,tulangnya maka ianya adalah berasas untuk kita sebagai manusia percaya bahawa sesuatu makhluk itu pernah wujud dan pernah hidup menghuni alam ini.Namun disebabkan perkara-perkara atau pun bencana/malapetaka dunia ketika itu menyebabkan semua spesis dinosaur itu musnah/hancur dan pupus sama sekali.


Di sudut lain pula, kita sebagai umat Islam wajib percaya yang suatu masa dulu yakni di awal penciptaan Bumi oleh Tuhan Rabbul Alamin,sememangnya wujud penghuni dunia yang bukan dari kategori makhluk spesis manusia.Iaitu merujuk kepada zaman sebelum diciptakan Adam dan Hawa.Bumi ketika itu dipercayai telah pun diciptakan oleh Tuhan namun belum ada Khalifah (iaitu manusia) untuk mentadbir dan memakmurkannya.

Ok, berbalik kepada Pameran Dinosaur yang saya kunjungi di Muzium Alam Shah, di Shah Alam yang saya beritahu di awal entri tadi.

Jika tidak silap saya, melalui maklumat yang diberitahu oleh pegawai di kaunter jualan tiket tersebut, terdapat 15 ekor replika dinosaur pelbagai spesis yang dipamerkan di situ.Bagi kemasukan seorang dewasa, dikenakan tiket RM10.00 seorang.Manakala kanak-kanak bawah umur 4 tahun, tidak dikenakan bayaran (percuma).


Untuk lebih lanjut boleh layari web ini : Gegaran Dinosour Di Shah Alam

Di antara dinosaur-dinosaur tersebut yang biasa kita pelajari atau baca ialah 3 jenis yang tersohor sekali iaitu T-Rex, Triceratop (yang ada tanduk di atas hidung) dan juga yang paling besar spesis berleher panjang pemakan tumbuh-tumbuhan (saya lupa nama saintifiknya).


Manakala 12 jenis lagi terdapat ‘tag nama saintifiknya’ yang saya juga sudah lupa untuk menyebut dan tidak tahu ejaannya.
Suasana di dalam pameran tersebut agak kelam dan gelap, saya percaya penganjur sengaja menciptakan suasana tersebut sebagai menunjukkan ‘gimmick’ seolah-olah suasana menakutkan atau mencipta suasana seperti alam sebenar suatu waktu dulu, dan juga disertakan audionya (bunyi) ngauman pelbagai jenis spesis dinosaur.

Juga disertakan panel TV/video yang menerangkan secara gambar bergerak untuk ditontoni oleh pengunjung pameran itu bagi menambah kefahaman dan juga ilmu berkenaan setiap spesis dinosaur yang direplikakan di situ.

Jika anda berdiri di bawah/bersebelahan dengan spesis dinosaur yang paling besar iaitu spesis berleher panjang pemakan tumbuh-tumbuhan, anda akan mendapati ketinggian manusia normal (berdasarkan ketinggian saya lebih kurang 5 kaki 8 inci), anda hanyalah cuma berketinggian separuh (½) dari ketinggian kaki hadapan dinosaur itu sahaja.

Bayangkan betapa besarnya haiwan itu jika ianya masih wujud di zaman ini !

Kemudian ada juga dipamerkan 2 ekor dinosaur spesis T-Rex yang sedang membaham mangsanya dan juga sedang memamah makanan/daging mangsa dalam keadaan nampak seperti sebenar, siap diletakkan ‘kesan khas’ (special effect) seolah-olah daging yang dimamah dipenuhi darah merah yang dilihat kenyal seperti daging sebenar.


Ada juga seekor spesis dinosaur yang saya baru tahu dan jarang-jarang diceritakan iaitu jenis yang suka tidur berlingkaran seperti tidur kucing pada zaman/hari ini.Tubuhnya tidak seperti dinosaur lain yang berwarna hitam, coklat atau kelabu.Spesis yang saya lihat ini ialah yang berwarna merah tubuhnya dan terdapat 2 ekor anaknya yang juga badannya berwarna merah.Entah apa nama saintifiknya saya pun sudah lupa.

Saya juga agak lama menghabiskan masa mengunjungi pameran ini dan biasalah, datang pada hari Isnin memang tiada pengunjung sangat.Jadi saya mengambil kesempatan bergambar boleh dikatakan setiap spesis dinosaur saya ambil gambar sebagai kenangan dan rujukan di suatu hari nanti.

Saya datang ke pameran tersebut bersama anak dan isteri (3 orang termasuk saya).Anak saya, Zarif yang baru berusia 2 tahun 3 bulan, kerana ketakutan dengan bunyi dan suasana juga replika dinosaur hingga dia tertidur di pangkuan isteri saya.


Kesian kat dia.Oleh sebab itu terpaksalah saya gunakan ‘self timer’ di kamera untuk ambil gambar saya bersama replika dinosaur.Ada yang gambarnya elok dan menjadi, ada yang tidak menjadi.Nak minta pengunjung lain tolong ambilkan gambar masa tu, cuma ada satu keluarga saja yang sudah pun nak keluar/selesai berkunjung.

Jadi,the moral of the story nya, bagi sesiapa yang mempunyai minat yang sama seperti saya berkunjunglah ke Pameran Dinosaur ini di Muzium Alam Shah, di Shah Alam, terletak tidak jauh dengan Masjid Negeri Selangor (Masjid Kubah Biru).

Anda pasti terpegun dan merasai pengalaman yang menarik mengenai dunia dinosaur !

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013...dari Blogger 'Right Deeds'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai teman-teman blogger & pengunjung blog saya;

Di kesempatan posting saya hari ini,saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013 kepada anda semua yang merayakannya.
Saya mohon maaf sekiranya terdapat coretan saya yang mengguris hati anda sekalian.



Maklumlah,bila buat entri/posting kadang-kadang mana lah tahu kalau-kalau ada tersindir, ter mengata atau pun memperli anda semua.
Sebenarnya saya tidak bermaksud yang tidak baik,hanya kadang-kadang idea sedikit tersasar.

Saya juga lebih suka pengunjung-pengunjung blog saya dan juga rakan-rakan blog yang saya 'add' menilai sendiri akan isi blog saya secara ikhlas.Tidak bermaksud untuk menyanjung diri sendiri, namun anda tentunya sudah maklum, bahawa saya ini adalah blogger lelaki yang suka mencoretkan posting yang berfaedah.

Kalau anda sendiri mencari dan membaca entri/posting saya sebelum ini,boleh saya katakan ianya semua berfaedah dan berguna buat kita semua.

Dari label/tajuk kategori entri seperti, Agama,Pelancongan, Luahan Rasa, Menang Peraduan,Cerita/Kisah Teladan,Artikel Am,Jenaka/Lucu,Kerja/Tugasan,Makanan/Minuman dan lain-lain lagi,ianya memang coretan dari hati dan idea saya sendiri.Mungkin pada awal fasa ber blog dahulu, terdapat juga isi kandungan yang saya 'copy paste' dari blog lain, namun kini tidak lagi.

Saya bukanlah blogger Isu Semasa sentiasa update berkenaan hal semasa berlaku setiap hari,saya bukanlah blogger Kaki Melancong dan sentiasa meronda-ronda dan bercuti ke serata negara dan saya bukanlah blogger yang mencari nama dan status.

Saya definisikan diri saya sebagai Blogger Separuh Masa yang suka menceritakan perihal perkara atau sesuatu memberi input yang baik/positif.Maksudnya, saya cuba setiap entri/posting yang saya coretkan jika anda baca, ianya boleh anda jadikan panduan, bimbingan, tunjuk ajar, pengajaran dan juga mungkin sedikit pengisian dakwah.

Jadi, jika anda semua ada membaca entri/posting saya dan anda fikir ianya berguna dan anda jadikan panduan untuk anda, bermakna MISSION (misi) atau tujuan/objektif saya sebagai Blogger tercapai lah.Syukur Alhamdulillah begitu.

Dari sisi 'putihnya', saya agak kreatif,sensitif,kemas,berimaginasi tinggi,agak 'religious',matang,ada sikit-sikit sense of humor dan jika dari sisi gelapnya (dark side), saya agak suka berdendam dan agak 'hot tempered'.Namun kini 'hot tempered' saya kian merudum dek kerana kasih sayang yang melimpah ruah dalam keluarga saya.Lahirnya Zarif permata hati saya yang kini baru berusia 2 tahun 3 bulan banyak mengendurkan tahap 'hot tempered' saya.Sebab itu, saya begitu menyayangi Zarif.



Jadi, akhir sekali bagi sesiapa yang masih belum tahu,saya suka memperkenalkan kepada anda yang saya adalah seorang blogger 'Right Deeds'.

Apa itu Right Deeds ?

Right Deeds ialah menganjur/mengajak melakukan amalan-amalan yang baik dan benar.

Semoga saya berterusan dalam kategori dan aliran Blogger Right Deeds ini.

Inshaa Allah.

Menang Hadiah Lagi...Syukur...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai pals !

Saya dan wife menang hadiah lagi la !
Seronoknya…..

Saya memenangi voucher Camp5 bernilai RM500 lebih.


Nak tahu apa itu Camp5?

Lihat di link ini : Camp5

Kemudian, saya juga memenangi 6 keping tiket menonton filem The Wolverine 2013 lakonan hebat actor Hugh Jackman tu…beserta set hadiah (merchandise) nya seperti jam silikon Edisi The Wolverine 2013 dan juga beg The Wolverine untuk mengisi barangan kecil.


Manakala, wife saya pula memenangi sebotol minyak wangi jenama AIGNER DEBUT berisian 100ml berwarna merah jambu.Ia merupakan haruman khusus untuk wanita yang mengandungi campuran haruman vanilla.Sungguh lembut, harum dan feminine baunya.Ia bernilai RM300.



Jika sebelum ini, saya juga pernah memenangi sebotol minyak wangi juga jenama AIGNER NO 1 For Men yang bernilai RM285.Oleh itu kini kami masing-masing memiliki koleksi ‘sepasang’ haruman minyak wangi yang sama jenama juga hasil dari memenangi hadiah peraduan yang disertai.


It is so great! We didn’t expect all this!

Ada lagi, wife saya juga memenangi set Krim Muka Pencerah (GLOW) berjenama antarabangsa DR BRANDT bernilai RM200.


Terima kasih kepada penaja-penaja hadiah kerana memilih kami sebagai pemenang yang bertuah !

Terima kasih Camp5, Terima kasih BluInc, Terima kasih DR BRANDT dan Terima kasih AIGNER.

Jadi, anda juga boleh menang hadiah yang agak lumayan begini hanya dengan sedikit usaha.

Barang percuma, jenama terkenal, harganya yang mahal, siapa tak mahu, bro?


Konsisten lah menyertai apa-apa peraduan, Inshaa Allah, suatu hari nanti anda akan juga boleh memenangi apa-apa hadiah yang lumayan.

Never give up, Ok?