Iklan Nuffnang

Rabu, 21 Ogos 2013

Pameran : Gegaran Dinosaur Di Shah Alam

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Apa khabar u all semua?

Saya harapkan semuanya sihat dan berada dalam ‘mood’ yang baik.

Mungkin selepas musim raya ini, ‘mood kewangan’ saja lah yang kurang baik sikit, kot?

Maklumlah kadang-kadang kita terlebih belanja (over spend) di musim-musim perayaan begini.Macam-macam kita beli dan juga bagi yang pulang ke kampung yang jauh, belanja perjalanan sahaja mencecah ribuan ringgit jika dikira belanja bahan api/petrol/diesel,belanja penyelenggaraan kenderaan,belanja makan,tol dan lain-lain lagi belanja sampingan belum lagi diambilkira.

Walau bagaimanapun saya berharap kita mampu ‘survive’ dan cekal/tabah menghadapinya,ok.

Pada entri kali ini saya ingin kongsikan bersama anda mengenai kunjungan saya ke Pameran Dinosaur yang diadakan di Muzium Alam Shah, Shah Alam, Selangor.


Saya baru saja pergi berkunjung ke situ pada hari kelmarin (Hari Isnin/19 Ogos 2013).Bagi orang yang sukakan sejarah dan suka berimaginasi seperti saya, amat sesuai lah datang melihat pameran seperti ini.

Mungkin u all pernah mendengar dan juga terbaca di mana-mana sumber atau penulisan daripada individu tertentu yang mengatakan bahawa, apa perlunya kita terpengaruh dan begitu mempercayai kewujudan dinosaur?

Entah-entah kewujudan dinosaur hanya digembar gemburkan sahaja oleh pihak saintis atau paleontologis dari negara Barat dengan niat memperdaya, mencipta peluang perniagaan melalui berita sensasi mengenai dinosaur atau pun hanya membuatkan umat Islam menanam kepercayaan karut.


Bahkan saya juga pernah dimomokkan dan di’cucuk-cucuk’ (dihasut/di’api-apikan) oleh beberapa rakan sambil sembang menyembang (berbual-bual) mengenai dinosaur agar jangan mempercayai sangat kewujudan dinosaur dan spesis-spesisnya.Bagi mereka, ianya banyak cerita karut dari kebenarannya.

Setelah saya membaca, meneliti, mendapatkan sumber ilmu berkenaan dinosaur dan seterusnya membuat kunjungan ke Pameran Dinosaur ini barulah saya sedar dan mendapat satu ‘standing’ (pendirian) saya sendiri berkenaan makhluk yang kononnya pernah wujud di planet Bumi ini kira-kira ratusan juta/ribuan juta tahun yang lampau.

Saya juga mendapatkan sumber daripada para ilmuwan Islam (Ustaz) di masa kini berkenaan bolehkah atau rasional kah mempercayai dan mengiktiraf bahawa dinosaur itu pernah wujud.

Secara ringkasnya, saya boleh kongsikan di sini ialah, tidak menjadi satu kesalahan dan bukanlah/tidaklah berdosa sekiranya kita umat Islam mempercayai akan kewujudan dinosaur satu ketika dulu.Ini kerana ia diperkuatkan lagi dengan penemuan-penemuan tulang-temulang, rangka, fossil dan juga kesan tinggalan dinosaur oleh para pengkaji/saintis/paleontologis.


Dalilnya, jika sesuatu tinggalan wujud, seperti kesan rangkanya, fossilnya,tulangnya maka ianya adalah berasas untuk kita sebagai manusia percaya bahawa sesuatu makhluk itu pernah wujud dan pernah hidup menghuni alam ini.Namun disebabkan perkara-perkara atau pun bencana/malapetaka dunia ketika itu menyebabkan semua spesis dinosaur itu musnah/hancur dan pupus sama sekali.


Di sudut lain pula, kita sebagai umat Islam wajib percaya yang suatu masa dulu yakni di awal penciptaan Bumi oleh Tuhan Rabbul Alamin,sememangnya wujud penghuni dunia yang bukan dari kategori makhluk spesis manusia.Iaitu merujuk kepada zaman sebelum diciptakan Adam dan Hawa.Bumi ketika itu dipercayai telah pun diciptakan oleh Tuhan namun belum ada Khalifah (iaitu manusia) untuk mentadbir dan memakmurkannya.

Ok, berbalik kepada Pameran Dinosaur yang saya kunjungi di Muzium Alam Shah, di Shah Alam yang saya beritahu di awal entri tadi.

Jika tidak silap saya, melalui maklumat yang diberitahu oleh pegawai di kaunter jualan tiket tersebut, terdapat 15 ekor replika dinosaur pelbagai spesis yang dipamerkan di situ.Bagi kemasukan seorang dewasa, dikenakan tiket RM10.00 seorang.Manakala kanak-kanak bawah umur 4 tahun, tidak dikenakan bayaran (percuma).


Untuk lebih lanjut boleh layari web ini : Gegaran Dinosour Di Shah Alam

Di antara dinosaur-dinosaur tersebut yang biasa kita pelajari atau baca ialah 3 jenis yang tersohor sekali iaitu T-Rex, Triceratop (yang ada tanduk di atas hidung) dan juga yang paling besar spesis berleher panjang pemakan tumbuh-tumbuhan (saya lupa nama saintifiknya).


Manakala 12 jenis lagi terdapat ‘tag nama saintifiknya’ yang saya juga sudah lupa untuk menyebut dan tidak tahu ejaannya.
Suasana di dalam pameran tersebut agak kelam dan gelap, saya percaya penganjur sengaja menciptakan suasana tersebut sebagai menunjukkan ‘gimmick’ seolah-olah suasana menakutkan atau mencipta suasana seperti alam sebenar suatu waktu dulu, dan juga disertakan audionya (bunyi) ngauman pelbagai jenis spesis dinosaur.

Juga disertakan panel TV/video yang menerangkan secara gambar bergerak untuk ditontoni oleh pengunjung pameran itu bagi menambah kefahaman dan juga ilmu berkenaan setiap spesis dinosaur yang direplikakan di situ.

Jika anda berdiri di bawah/bersebelahan dengan spesis dinosaur yang paling besar iaitu spesis berleher panjang pemakan tumbuh-tumbuhan, anda akan mendapati ketinggian manusia normal (berdasarkan ketinggian saya lebih kurang 5 kaki 8 inci), anda hanyalah cuma berketinggian separuh (½) dari ketinggian kaki hadapan dinosaur itu sahaja.

Bayangkan betapa besarnya haiwan itu jika ianya masih wujud di zaman ini !

Kemudian ada juga dipamerkan 2 ekor dinosaur spesis T-Rex yang sedang membaham mangsanya dan juga sedang memamah makanan/daging mangsa dalam keadaan nampak seperti sebenar, siap diletakkan ‘kesan khas’ (special effect) seolah-olah daging yang dimamah dipenuhi darah merah yang dilihat kenyal seperti daging sebenar.


Ada juga seekor spesis dinosaur yang saya baru tahu dan jarang-jarang diceritakan iaitu jenis yang suka tidur berlingkaran seperti tidur kucing pada zaman/hari ini.Tubuhnya tidak seperti dinosaur lain yang berwarna hitam, coklat atau kelabu.Spesis yang saya lihat ini ialah yang berwarna merah tubuhnya dan terdapat 2 ekor anaknya yang juga badannya berwarna merah.Entah apa nama saintifiknya saya pun sudah lupa.

Saya juga agak lama menghabiskan masa mengunjungi pameran ini dan biasalah, datang pada hari Isnin memang tiada pengunjung sangat.Jadi saya mengambil kesempatan bergambar boleh dikatakan setiap spesis dinosaur saya ambil gambar sebagai kenangan dan rujukan di suatu hari nanti.

Saya datang ke pameran tersebut bersama anak dan isteri (3 orang termasuk saya).Anak saya, Zarif yang baru berusia 2 tahun 3 bulan, kerana ketakutan dengan bunyi dan suasana juga replika dinosaur hingga dia tertidur di pangkuan isteri saya.


Kesian kat dia.Oleh sebab itu terpaksalah saya gunakan ‘self timer’ di kamera untuk ambil gambar saya bersama replika dinosaur.Ada yang gambarnya elok dan menjadi, ada yang tidak menjadi.Nak minta pengunjung lain tolong ambilkan gambar masa tu, cuma ada satu keluarga saja yang sudah pun nak keluar/selesai berkunjung.

Jadi,the moral of the story nya, bagi sesiapa yang mempunyai minat yang sama seperti saya berkunjunglah ke Pameran Dinosaur ini di Muzium Alam Shah, di Shah Alam, terletak tidak jauh dengan Masjid Negeri Selangor (Masjid Kubah Biru).

Anda pasti terpegun dan merasai pengalaman yang menarik mengenai dunia dinosaur !

4 ulasan:

Intan Zulhilmi berkata...

Wahhh bestnya, nak pegi jugaklah bwk anak2...

alriana5604 berkata...

Tu lah, Intan...memang best...rasa berada di dunia zaman pra sejarah la...:)

Tanpa Nama berkata...

pameran ni di buka setiap hr ke atau ada hr yg tutup??

alriana5604 berkata...

Saya tak pasti lah, tapi logiknya, setiap pameran, penganjur tentunya ingin untung, lagipun ini ialah pameran utk orang ramai, tentunyalah waktu cuti mereka target ramai pengunjung.
Saya beranggapan ianya dibuka setiap hari walaupun hari cuti.