Iklan Nuffnang

Selasa, 27 Ogos 2013

Sambutan Merdeka : Mengapa Saya Tidak Kibarkan Bendera?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum, hai…, Selamat sejahtera,

Bro & Sis,

Bertemu kembali di paparan coretan blog saya ini.

Saya dan anda semua adalah ‘anak merdeka’, betul tak?
Ini jika kita anggapkan semua yang lahir selepas pada tarikh merdekanya Malaysia daripada Inggeris iaitu pada atau selepas 31 Ogos 1957.


Setuju?

Jika ada yang lahir sebelum dari tarikh tersebut dikira bukan anak merdeka.Tetapi lebih tinggi tahap dan martabatnya iaitu boleh digelar ‘anak juang’ yang merujuk kepada generasi ibu, ayah, datuk dan nenek moyang kita yang ketika itu hidup susah, sukar, miskin dan juga dijajah oleh Inggeris.Hidup mereka waktu itu bolehlah kita andaikan hidupnya sebagai ‘anak juang’ yang sentiasa berjuang untuk memerdekakan tanahair.

Walaupun kira-kira tak sampai seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun (Hari Sabtu nanti) bagi tahun 2013 ini, saya pasti dan sedar tidak ramai anak muda yang berumur 20 hingga 40-an yang ghairah serta begitu patriotic untuk menyambutnya.

Mengapa?

Mengapa begitu?


…Saya percaya, dan anda juga mungkin setuju, merdekanya kita hampir mencecah ke-56 tahun, namun kita masih terbelenggu dengan usaha menaiktaraf ekonomi diri sendiri dan keluarga dari desakan dan tekanan hidup berkonsepkan kapitalis.

Ya lah kan, semakin maju negara, semakin besar nafsu, kehendak, keinginan,angan-angan dan cita-cita bagi setiap rakyatnya.Juga sudah semestinyalah angan-angan pemimpinnya pun besar dan tinggi.Sehinggakan nasib golongan rakyat marhain dan golongan rakyat kebanyakan sering kurang dibela dan terhimpit dek tekanan kos sara hidup dan kos pemilikan aset/harta asas yang tinggi.

Harga Rumah?
Harga Kenderaan?
Kos bahan api?
Kos pengangkutan dan perjalanan?
Kos tol?
Kos makanan dan bahan mentah rutin bulanan?
Kos pembelajaran dan pendidikan?
Kos insurans, rawatan dan perubatan hospital?
Kos liburan, percutian dan rekreasi keluarga?

Ini baru sebahagian dan sedikit sahaja menunjukkan golongan marhain sering ketinggalan dan tidak mampu untuk menanggung kos-kos tersebut.


Oleh itu wajarkah dalam keadaan ini, Jalur Gemilang bendera negara yang juga dikenali sebagai Sang Saka Bangsa, dikibarkan dengan begitu bersemangat?

Umpamanya, diandaikan seperti seorang ayah yang miskin dan mempunyai hutang, lalu dimomok-momokkan untuk bergembira dan juga bersuka ria di Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Adakah ‘si ayah’ itu dengan suka ria nya bergembira menyambut Hari Lebaran?

Adakah dia akan memasang pelita raya dan juga lampu kelip-kelip untuk menyambut raya?

Adakah rumahnya dicat baru?

Adakah langsir dan perabot di rumahnya ditukar baru?

Analoginya sama.

Adakah rakyat kini hidupnya gembira, cukup keperluan dan sara hidup mereka?

Adakah mereka berduka atau pun ceria? Lebih-lebih lagi untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun nanti?

Adakah rakyat dengan senang hati mengibarkan bendera bagi menyambut kemerdekaan di negara yang membuatkan hidup mereka tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi?

….Tolong, tolong jangan paksa mereka mengibarkan bendera kemerdekaan.

‘Merdekakan’ terlebih dahulu jiwa mereka yang terhimpit dek tekanan sara hidup yang tinggi dan membebankan.Nescaya setelah itu, mereka dengan sukarela dan berhati mulia akan bangga untuk mengibarkan bendera negara mereka itu.

Jangan dipaksa mereka mengibarkan bendera.

Tetapi bantulah mereka ‘mengibarkan’ semangat untuk hidup lebih sempurna di negara yang penuh dengan onak dan ranjau berduri akibat sistem kapitalis yang menekan juga membebankan hidup mereka itu.


Saya anak merdeka.

Saya lahir pada 31 Ogos.

Saya tidak kibarkan bendera sempena Hari Kemerdekaan.

Saya bukan tidak patriotic, tetapi saya ‘allergic’ kepada beban/kos sara hidup semasa akibat manipulasi pihak kapitalis negara ini.

Walaupun pendapatan saya bukanlah pada paras RM1500 sebulan, namun akibat manipulasi pihak kapitalis menyebabkan wang menjadi begitu rendah nilainya untuk membeli sesuatu barangan yang sudah tentu lebih tinggi nilainya.

Jika masalah ini negarawan dan pemimpin dapat atasi, semangat patriotic saya nescaya akan hadir kembali.

Anda anak merdeka?

Jika anda tidak allergic seperti saya, kibarkanlah bendera itu.



Tiada ulasan: