Iklan Nuffnang

Menjalani Rawatan & Suntikan Plasma Darah Untuk Lutut

Assalamualaikum & salam online rakan2,

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita mengenai rawatan sakit lutut dan suntikan plasma darah yang saya sedang lakukan (sedang lalui fasa2nya) sekarang ini.

Sakit lutut?

Mesti ada yang tergelak dan berfikiran sinis dan menyindir,kan?

Iya lah, jika diberitahu kepada segelintir orang, penghidap sakit lutut ini biasanya orang2 yang sudah tua, berumur, bekerja kuat dan sebagainya.Jarang2 sangat orang yang masih dalam lingkungan umur pertengahan dan boleh dikategorikan masih muda belia macam saya ini mengalami masalah sakit lutut,kan?

Eh, iya ke, saya masih kategori MUDA BELIA? Hahaha….

Ok, apa2 lah.



Cerita yang sebenarnya, saya mengalami sakit/masalah lutut di sebelah kanan sahaja.Ini adalah kesan jangka masa panjang saya pernah mengalami kecederaan ketika bermain bolasepak dulu2 semasa masih bersekolah menengah.Kemudian pula ditambah lagi dengan kecederaan akibat beberapa kali saya jatuh kemalangan ketika menunggang motosikal.Ia menyebabkan masalah lutut kanan saya makin bertambah sakit.

Lalu,kebelakangan ini saya mengambil keputusan untuk membuat rawatan di Klinik Primer,Cherang Kota Bharu.Rawatan ini memerlukan darah kita diambil dalam jumlah tertentu dan diambil plasma darah sahaja,Seterusnya disuntik ke dalam ruang bahagian lutut yang sakit.

Plasma darah ini ia sedikit cair warnanya dan saya kira mungkin ianya cairan/lendir darah kita untuk disuntik/’top up’ke ruang lutut yang sakit sebagai pengganti pelincir/rawan yang bermasalah.

Suntikan yang dibuat agak mengerikan ke bahagian lutut kanan saya.

Info saya dapat diceduk dari Berita Harian Online :

Teknik Platelet Rich Plasma (PRP)
• Perlukan 20 hingga 50 mililiter darah pesakit.
• Darah diletakkan dalam tabung khas untuk diproses
• Diproses menggunakan mesin khas, centrifuge
• Proses darah 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah yang mengandungi sel stem, platlet dan hormon.
• Plasma iaitu cecair bening yang berada di atas permukaan darah akan digunakan dalam rawatan.
• Cecair dikenali sebagai platlet darah diasingkan dan dipindahkan ke tiub khas bebas kuman sebelum disuntik.



Bagi sesi kali pertama rawatan, suntikan dirasakan tidaklah begitu menyakitkan.Bagi sesi kali kedua, suntikan terasa sakit dan terpaksa juga saya bertahan dengan dosnya dan memakan ubat2an yang diberikan.

Bagi satu sesi rawatan,2 suntikan dibuat untuk sebelah kaki/lutut.Maknanya jika 2 lutut bermasalah, 4 suntikan dikenakan.Bagi saya, cuma lutut kanan bermasalah, jadi saya kena 2 suntikan sahaja.

Harap2nya doakanlah saya sembuh dengan segera.Mudah2an pulih seperti sedia kala.

Aktiviti2 lasak yang saya pernah sertai dulu2, seperti berkhemah,jungle trekking dan bersukan terpaksa dilupakan kini.Lutut kanan saya terasa cepat lenguh, ada masanya berasa sakit dan mudah beralih pergerakan sendi lutut jika melakukan aktiviti lasak dan berat.

Ya Allah sembuhkanlah saya.Amin.

Sekian.

Tiada ulasan: