Iklan Nuffnang

Diari Blog Saya - Rangkuman 3 Kisah Terkini

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & Selamat bertemu semula,

Sungguh saya rasakan agak lama tidak mengemaskini blog ini dan memaparkan kisah2 saya untuk sekadar perkongsian di alam maya.
Maklumlah kesibukan tugasan seharian dan juga kekurangan masa ‘senggang’ untuk saya mencoretkan kisah2 untuk saya abadikan di diari blog kehidupan saya ini.

Oleh kerana itu, kisah kali ini saya cuba rangkumkan beberapa kisah saya dan keluarga kecil saya sekadar untuk memahat memori di kemudian hari.

KISAH PERTAMA – Zarif Menjalani Minor Surgery di KBMC

Zarif menjalani ‘minor surgery’ di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) kerana Zarif mengalami masalah saluran air mata yang tersumbat.Dia selalu bersin,mata putih berwarna kemerah2an,kerap matanya berair dan juga ketika tidur dengkurannya berbunyi kuat.
Doktor pakar di KBMC melakukan ‘flushing’ dan memasukkan cecair/gel ubat serta membuang segala kotoran air mata yang tersumbat sudah menjadi beku (titisan air mata menjadi ketulan2 kecil seperti kristal kerana tersumbat).



3 hari 2 malam juga saya dan isteri menemani Zarif di KBMC untuk memberikannya semangat,keberanian dan juga sokongan.Ternyata Zarif seorang anak yang berani dan dia tidak pun rasa takut atau bimbang.Saya katakan kepadanya,kuatkan semangat dan berdoa kepada Allah.Baca Bismillah dan bersolawat kepada Nabi.

Akhirnya selama kira2 lebih juga 1 jam di bilik bedah / OT (Operation Theater),Zarif keluar dalam keadaan selamat dan stabil.Alhamdulillah.
Kini,Zarif sudah sihat dan dia tidak lagi kerap bersin,tidak lagi berdengkur kuat dan matanya sudah cerah dan normal seperti sediakala.Matanya juga sudah tiada air yang kerap keluar yang membuatkan dia kerap menggosok2 matanya lalu menjadi merah.Zarif menjadi sihat dan ceria,aktif dan riang.Saya rasa bersyukur sangat kepada Allah.

Kini setiap petang bila ada waktu terluang Zarif suka belajar menunggang basikalnya yang dibeli menggunakan duit hasilnya sendiri (duit raya).Hahaha…
Zarif memang cepat belajar, dalam 2 minggu saja dia sudah pandai menunggang basikal tanpa menggunakan roda sokongan.Begitu cekap dia mengayuh dan dia suka berusaha sendiri.

Tahniah untuk Zarif.

Selain itu, kini Zarif juga sudah pun berjaya ke peringkat tertinggi dalam hierarki Taekwondo World Taekwondo Federation (WTF) untuk kategori Junior Bawah 15 Tahun ke bawah.Zarif sudah layak memakai talipinggang Merah Hitam.Jika Zarif sudah berusia 15 Tahun, dia akan diberikan Talipinggang Hitam (Blackbelt) dan ada ujian lain berikutnya.

Saya seperti tidak percaya dan rasanya baru sangat lagi saya memasukkannya ke kelas Taekwondo sewaktu umurnya 5 Tahun dahulu.Masa itu,Zarif masih kecil lagi dan tidak tahu langsung berkenaan Taekwondo.Namun saya mendorongnya untuk Zarif menjadi anak yang sihat dan aktif.Hasilnya kini,Alhamdulillah dan saya juga bersyukur kerana Zarif kini memang menjadi anak yang sihat dan aktif.





Bahkan dalam pertandingan Junior Taekwondo yang disertainya di beberapa negeri2 di Semenanjung Malaysia, Zarif berjaya memenangi berbagai jenis pingat dari pingat Gangsa, pingat Perak dan juga pingat Emas.

Tahniah sekali lagi untuk Zarif kerana berjaya mencapai peringkat tertinggi dalam Taewondo Junior!

KISAH KEDUA – Saya Menyertai Event SME BizNet 2019 TM Kelantan

Kini kisah kedua pula berkenaan dengan urusan tugasan saya.Saya terlibat dalam majlis yang penuh berprestij di TM Kelantan iaitu Event – SME BizNet Kelantan 2019 yang diadakan di Hotel Grand Riverview Kota Bharu pada 16 Julai 2019 yang lepas.Majlis ini ialah acara tahunan majikan saya dan menumpukan peniaga2 kecil dan sederhana (SME) berkumpul dalam satu majlis anjuran TM Kelantan.Ia berkonsepkan ‘how to do your business through digital ways’ dan TM sebagai penyedia perkhidmatan Digital.



Ikon2 hebat dijemput dan memberikan tips2 kejayaan perniagaan mereka.Salah seorangnya ialah Hanis Arif yang terkenal dengan produk Tudung Ruffle nya.Beliau kini memperolehi pendapatan sehingga jutaan Ringgit hasil perniagaannya secara digital.



-Keterangan : Hanis Arif bersama suami beliau.

Saya bertugas sebagai Promoter kepada produk2 TM khususnya untuk peniaga2 SME (Small & Medium Enterprise).Produk2 TM ialah Unifi + TV,Unifi Mobile,Call Plan/Package dan juga ada devices (peralatan), seperti CCTV,Online Payment device dan lain2 lagi.

Saya gembira dapat menyumbangkan serba sedikit tenaga untuk event yang begitu meriah ini.

Alhamdulillah.

Kemudian pada 03-04 Ogos 2019 pula ada sesi kursus atau pemukiman Motivasi ‘High Performance Culture’ yang diadakan di Resort Tok Aman Bali,Pasir Puteh.Kursus ini sangat memberi faedah kepada saya dan peserta2 yang lain,ia mendedahkan kita kepada cara bekerja yang menekankan kepada cara/budaya kerja yang mengutamakan prestasi tinggi.

Ia melibatkan Penyeliaan,Pelaksanaan dan Pemantauan yang berkesan.Saya diberikan peluang untuk membentangkan kertas kerja bagi kumpulan saya berkenaan cara2 mengatasi masalah2 harian berkaitan kerja/tugasan harian dan mencadangkan langkah2 untuk memperbaiki/mengatasi halangan2 tersebut.

Kudos kepada Pasukan Pengurusan TM Kelantan di bawah bimbingan Pengurus Besar TM Kelantan, En Azman Yusof kerana mengadakan kursus seumpama ini.

KISAH KETIGA – Sambutan Sederhana Hari Raya AidilAdha 2019

Lama juga saya tidak update dan buat posting mengenai Hari Raya.Hari Raya Aidilfitri 2019 baru2 ini juga saya tidak sempat mencoretkan kisah2 saya.Sebenarnya cuti hari raya sangat2 saya manfaatkan bersama keluarga dan sibuk bergembira, makan2 dan menikmati juadah2,bersukaria dan juga waktu terluang dihabiskan banyak bersama keluarga, bersantai dan berbual2 dengan mereka.

Jadi memang saya tidak berkesempatan untuk menghadap komputer dan membuat posting di diari blog saya.Namun kini saya menukilkan sedikit berkenaan Hari Raya AidilAdha yang disambut secara sederhana di Kelantan.

Walaupun pada tahun ini, saya tidak menyertai bahagian dalam berkorban menyembelih lembu, tapi saya sekadar membantu sedikit sebanyak untuk memotong daging dan mengagih2 bahagian2 bagi setiap orang yang menyertai korban.Terasa gembira juga kerana dapat menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga dalam aktiviti ibadah korban ini.



Nampaknya ‘straight’ 4-5 hari musim Hari Raya AidilAdha ini menu2 juadah saya kebanyakannya daging lembu lah !

Di antaranya menu kegemaran saya ialah daging masak kicap, daging goreng bercili/kunyit,daging gulai dan juga sup daging/sup tulang.

Terima kasih atas pemberian daging korban oleh mereka yang menyertai bahagian korban.Walaupun sedikit, tetapi dagingnya segar dan sangat enak dimakan.

Ternyata ibadah korban yang ikhlas kerana Allah dan memanjang2kan sedekah kepada orang2 miskin dan juga kepada jiran tetangga/saudara mara dan sahabat handai, saya doakan Allah memberkati anda2 semua dan menerima ibadah korban yang dilaksanakan.

Salam AidilAdha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban.

...............................................................

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang sudi membaca rangkuman kisah saya untuk kali ini.
Sesungguhnya apa yang saya coretkan ini hanyalah untuk perkongsian buat mereka yang sudi membacanya.

Dan sudah pasti, kisah yang saya nukilkan ini adalah semata2 untuk kenangan,tatapan dan juga ‘rewind’ kisah hidup saya di suatu hari nanti buat keluarga kecil saya dan sesiapa juga yang mengenali saya.

Bayangkan,jika diizinkan oleh Allah,saya masih hidup di umur 65 tahun atau mungkin lebih tua dari usia itu, dan saya membaca kembali coretan blog saya bersama anak2 dan cucu2, betapa terusiknya jiwa dengan kenangan2 lampau.Menjadi pendorong,peneman,penenang di kala usia emas.Sambil2 berehat2 di usia emas,selain menumpukan aktiviti ibadah2,sesekali membaca coretan lampau di masa itu,sungguh terasa damai dan hidup dipenuhi kasih sayang.Inshaa Allah.Syukur kepada Allah.

Alhamdulillah.

Sekian dulu coretan saya buat kali ini.
Sehingga bertemu di lain kisah.



-Sempena Hari Raya AidilAdha,marilah kita bertakbir,bertahmid dan bertahlil.
Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Allahu Akbar,Walillah hil Hamd.

Marilah kita sama2 menjadi insan yang baik dan mentaati perintah Allah.
Mudah2an hidup kita berbahagia di dunia dan akhirat nanti.

-Wasslam -

Tiada ulasan: