alriana5604@gmail.com - AL The One
Selamat bertemu semula guys,
Semoga anda semua ceria selalu hendaknya,Ok.
Saya sering kali suka memahatkan kenangan perihal keluarga kecil saya di sini.Di blog saya yang saya kira sebagai Diari Kehidupan saya yang boleh dikongsikan berkenaan sesuatu perkara yang pastinya meninggalkan memori di suatu hari nanti.
Kini sudah semakin menjadi rutin, 2-3 minggu atau sebulan sekali sekiranya ada apa2 kejohanan taekwondo atau majlis kenaikan gred talipinggang, anak saya, Zarif akan menyertainya.Kini Zarif sudah pun memakai talipinggang Merah 1 (Red One).
Baru2 ini, Zarif menyertai Pertandingan di Kejohanan Taekwondo Bersempena dengan Ulang Tahun USM (Universiti Sains Malaysia) kali ke-50 yang diadakan pada 6 April 2019 hari Sabtu di USM Kubang Kerian,Kelantan.Dan, Alhamdulillah, Zarif mendapat tempat kedua/Naib Johan untuk kategori Junior umur 6-8 tahun.Berbaloi juga walaupun hanya pingat perak, banyak perkara Zarif sudah ‘improve’ dari segi teknik dan strategi berlawan.Sepakan Zarif semakin tinggi,banyak dapat pungutan mata dan juga banyak ‘body attack/touch’ kepada pihak lawan.
Zarif cukup gembira dan bersemangat.Inilah momentum harian yang saya cuba semaikan dan bina untuk Zarif.Kini Zarif tidak lagi kesunyian walaupun dia anak tunggal.Pendek kata, aktiviti hariannya penuh dan saya pulak yang berasa kasihan kepadanya kerana ada ketikanya Zarif seperti keletihan kerana tidak begitu cukup rehat.
Jika di hari persekolahan biasa,Zarif habis sesi persekolahan pada jam 5.00 petang sekiranya ada kelas fardhu ain.Jika tiada kelas fardhu ain, Zarif akan tamat sekolah pada pukul 12.45 tengahari.Di sebelah petangnya pula,jam 6.30 petang,Zarif akan pergi belajar mengaji Al Quran sehingga jam 8.00 malam.Balik mengaji,Zarif perlu belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolahnya.
Namun semua ini tidak menjadikannya lemah, malas atau tidak bermotivasi.Saya dan isteri sentiasa membimbingnya.Sesekali saya tunaikan keinginannya sekadar yang termampu sekiranya Zarif inginkan sesuatu.Biasa yang diminta oleh Zarif ialah mainan (toys) seperti permainan games,beyblade (gasing) dan juga mahu menikmati makanan2 di restoran2.Sesekali Zarif meminta untuk menikmati makanan fast food seperti PizzaHut,KFC atau McDonalds.Namun saya tidak begitu kerap membiarkannya memakan makanan fast food dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Saya bercita2 dan sedang membimbing Zarif agar menjadi anak yang mempunyai ‘multi-talented’, yang mana Zarif mahir dalam beberapa bidang seperti memiliki kemahiran sukan taekwondo,pandai mengaji dan membaca AlQuran dan juga pandai belajar akademik di alam persekolahan,selain dari pandai bergaul dan berkomunikasi dengan orangramai.Inshaa Allah saya cuba menggilap bakat Zarif.
Marilah tatapi gambar2 Zarif yang ceria,sekadar kenangan dalam diari kehidupan saya, gambar2 kebanyakannya diambil di Kejohanan Taekwondo di USM baru2 ini.
Sekian, Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan