Iklan Nuffnang

Zarif Memenangi Pingat Emas Di Kejohanan Taekwondo Kelantan

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam dan Selamat bertemu kembali,

Lama benar rasanya saya tidak kemaskini blog saya ini.

Maklumlah rutin tugasan harian saya sibuk termasuk di hari minggu (Sabtu) juga saya perlu bertugas.
Inilah resam tugasan orang yang berada dalam bidang Jualan dan Pemasaran.
Terima sajalah dengan redha.

OK, sebenarnya saya kali ini mahu mencatatkan satu peristiwa bersejarah buat diri anak saya Zarif dan juga kepada diri saya sendiri.Ia sebagai kenang-kenangan yang boleh dinukilkan di blog saya ini.



Zarif berjaya buat pertama kali mendapat pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Taekwondo anjuran Kelab Taekwondo SARA bagi peringkat negeri Kelantan dalam kategori ‘Heavy-Junior’ yang diadakan di PCB Resort pada hari Sabtu 09 Mac 2019 baru2 ini.Saya begitu mensyukuri rezeki kemenangan ini berpihak kepada Zarif setelah perlawanan agak sengit dengan pungutan mata 25-24.


Saya telah memberikan dorongan dan motivasi kepada Zarif dalam bidang Taekwondo ini kira2 dalam tempoh sudah 2 (dua) tahun lebih.Kejohanan2 yang disertainya sebelum2 ini seperti di Melaka,Shah Alam,Kuala Lumpur dan kini di Kelantan semakin nampak membuahkan hasil yang baik.

Dulu2, pada mulanya Zarif masuk pertandingan Taekwondo hanya untuk suka2,saya cuma mahu memberikannya ‘exposurement’ (pendedahan) sahaja, bagi saya tidak dapat pingat pun tidak mengapa.Sekadar menyertai dan mendapat sijil penyertaan sahaja pun sudah memadai.Apa yang penting Zarif tahu mengenai peraturan bertanding, cara untuk beraksi,mengawal tekanan dan rasa gelisah di khalayak ramai dan juga membina keyakinan Zarif untuk berkomunikasi, berkawan dan juga membuat pertunjukan/berlawan.



Saya anggap ini tuah dan rezeki Zarif selain dari kerajinannya hadir berlatih kelas tempur Taekwondo dan juga komitmen dan sokongan saya dan isteri terhadapnya dalam bidang sukan ini, nampaknya berjaya membuahkan hasil dengan mendapat pingat emas kali pertama buat Zarif.
Sekadar menyimpan memori di sini, sebagai kenangan saya sertakan gambar2 Zarif dalam keadaan begitu ceria mendapat kemenangan pingat emas pada acara pertandingan kali ini.





Nasihat saya,jangan risau memasukkan anak2 menyertai kelas Taekwondo, dengan alasan bimbang kanak2 menjadi ganas, perengus (samseng),suka pukul/berkelahi/bergaduh dengan orang lain.Sewajarnya tidak begitu jika kita sebagai ibubapa membimbingnya dengan betul.Taekwondo adalah sukan dan bertujuan untuk kesihatan, ianya sebagai sebahagian dari ‘Sports and Games’.



Tahniah untuk Zarif dan memang ada ganjaran akan saya hadiahkan untuk Zarif sebagai menghargai usaha dan pencapaian terbaiknya buat setakat ini.

Selamat maju jaya Zarif ! Alhamdulillah di atas kejayaan Zarif !

Tiada ulasan: