Iklan Nuffnang

Mengunjungi Pameran Dunia Animasi Kelantan 2018

alriana5604@gmail.com - AL The One

Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang diingati sekalian,

Kesempatan mengunjungi Pameran Dunia Animasi di Muzium Kota Bharu baru2 ini menjadi topik cerita santai saya kali ini.

Biar saya ambil ayat2/keterangan berkenaan Pameran ini yang dihebahkan di akhbar.


Sumber dari akhbar Sinar Harian :

Klik di sini : Pameran Dunia Animasi Kelantan 2018

KOTA BHARU – Sebanyak 30 maskot dunia animasi menanti pengunjung dari dalam dan luar negeri di pameran dunia animasi terbesar di Muzium Kelantan di sini.
Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, pameran tersebut julung kali diadakan di negara ini dan Kelantan bertuah kerana menjadi negeri pertama menganjurkannya.
“Pameran yang diadakan selama dua bulan bermula 1 November hingga 31 Disember ini mendapat kerjasama Pavillion Planet Sdn Bhd yang menampilkan 30 maskot dalam dunia animasi.
“Langkah ini juga salah satu inisiatif kita melalui Perbadanan Muzium Negeri Kelantan untuk mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Kelantan,” katanya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….....................
Lama juga saya memikirkan tempoh cuti sekolah yang panjang di akhir tahun ini, ke mana lah saya nak bawa anak bujang saya Zarif ini berjalan2/bersiar2.Dia sudah pandai dan sedang membesar,asyik bertanya, ‘’Abah,jom lah gi jalan2,tidur di mana2 hotel dan melancong sikit2’.

Saya katakan kepadanya, saya agak sibuk dengan kerja harian,cuaca pula tidak mengizinkan, asyik hujan di musim tengkujuh ini dan biasalah, faktor kewangan juga adalah penyebabnya.Maklumlah,Zarif sudah bersekolah,banyak keperluan hendak dibeli,belanja bulanan dan juga belanja masuk persekolahan musim baru nanti.Tentunya sejumlah wang yang banyak juga perlu dibelanjakan.

Jadi untuk tidak menghampakan Zarif, saya membawanya mengunjungi Pameran Dunia Animasi Kelantan 2018.
Seronok jugalah dapat mengunjungi pameran ini.Macam2 ada dan boleh dipelajari oleh kanak2.
Ianya berbentuk pameran digabungkan dengan hiburan.

Ada permainan (games) berkomputer, ‘digital bowling’.Hanya dengan melambaikan (waving hand) seolah2 melemparkan bola bowling, maka permainan bowling boleh dinikmati.Seronok sungguh Zarif bermain permainan ini.



Selain itu ada juga ‘giant lego bricks’, untuk anak2 bermain dan melatih rangsangan minda untuk membina (build) apa yang difikirkan oleh fikiran kanak2.



Ada juga ‘digital racing video games’ yang sangat teruja kanak2 ingin mencubanya.



Kemudian ada sesi khas menampilkan maskot2 tertentu watak2 kartun animasi kegemaran kanak2 seperti Didi and friends, Upin dan Ipin,BoboiBoy dan lain2.




Watak2 animasi kartun yang lain di antaranya ialah Rimba Racer,Cheek-e’s, Cam & Leon dan lain2.




Sempat juga mengunjungi tarikan Diorama di tingkat atas Muzium Kelantan.



Puas jugalah memberikan masa kepada Zarif untuk menikmati keseronokan mengunjungi pameran ini.
Tapi biasalah, anak2 kecil begini, walaupun masa yang lama telah diberikan untuknya, masih lagi tak cukup,seolah2 tak mahu pulang ke rumah pula.

Hahaha…

Hakikatnya, saya harus sedar ikatan keluarga dan anak2 amat penting sejak kecil hingga dewasa kita harus mencorakkan hidup mereka dan memberikan mereka kegembiraan seadanya.Setakat mana kemampuan kita yang sewajarnya.


Kita semua pernah menjadi kanak2 dan diwajibkan bersekolah pagi dan petang.Tanggungjawab menuntut ilmu rasa begitu membebankan dan kadangkala menyebabkan kanak2 menurun tahap motivasi mereka.Jadi, ketika musim cuti sekolah yang panjang, apalah salahnya kita memberikan sedikit ganjaran kepada anak2 untuk berehat, berhibur dan melancong sekadar kemampuan kita.Moga2 dengan sedikit ganjaran tersebut, semangat dan motivasi diri mereka stabil dan pulih kembali untuk menyambung sesi persekolahan musim baru dan belajar dengan tekun.

Tahniah kepada Zarif kerana menjadi Pelajar Terbaik Subjek Bahasa Inggeris.
Tahniah juga kerana memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Taekwondo Junior di Kelantan.
Tahniah juga kerana Zarif kini telah layak memakai Talipinggang Merah 1 dalam sukan Taekwondo.

Teruskan usahamu, Zarif.Abah sentiasa menyokong.

Good luck Zarif.

Sekian.

Tiada ulasan: