Iklan Nuffnang

Zarif Menang Pingat Gangsa di Kejohanan Taekwondo Kelantan

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai pengunjung sekalian,

Lama kita tidak bersua,

Selamat bersua kembali di blog saya ini,

Walaupun hanya coretan dan tanpa suara sebenar, ianya tetap sampai kepada kita semua sebagai satu mesej yang berguna.Inilah yang saya harap2kan agar coretan saya di blog ini memberikan 1001 manafaat kepada semua.Inshaa Allah.

Sengaja saya ingin kongsikan di sini, cerita berkenaan anak saya Zarif , yang layak menyertai Kejohanan Taekwondo Kelab SARA yang diadakan di Resort Pantai Cahaya Bulan (PCB Resort), Kelantan pada 09-10 November 2018 / hari Jumaat dan Sabtu baru2 ini. Kejohanan ini adalah merupakan pertandingan di antara Kelab2 Taekwondo khususnya di Kelantan dan ada juga penyertaan dari Kelab2 Taekwondo dari negeri2 lain.Kelab SARA Taekwondo Martial Arts pula adalah sebagai penganjur dalam Kejohanan ini.




Kejohanan taekwondo ini diadakan 2 hari di Dewan Cahaya Bulan, di PCB Resort yang membahagikan penyertaan antara kategori tertentu, iaitu mengikut kategori umur dan berat badan pelajar2 sekolah yang menyertainya.

Dalam kejohanan kali ini, Zarif berjaya mendapat ‘bronze’ (pingat gangsa), Alhamdulillah.

Zarif masuk bertanding dalam kategori umur 6-8 tahun (kategori Heavy), dan dia bertemu dengan lawannya dari Kelab Taekwondo Kedah.

Dalam perlawanannya, Zarif berjaya mendahului pihak lawan dengan jumlah mata, 25-20, tapi setelah diasak bertubi2, stamina Zarif merudum,pihak lawan lantas memintas jumlah mata.


Saya akui Zarif perlu mempunyai stamina yang tinggi dan tidak boleh cepat letih.Kelemahan stamina Zarif perlu diperbaiki dan mesti diberikan latihan intensif.Suatu hari nanti, saya percaya Zarif dapat memperbaikinya.Masih banyak peluang untuk Zarif lebih terdedah dengan kejohanan2 seperti ini dan saya mengharapkan Zarif lebih berjaya di masa hadapan.Inshaa Allah.

Saya masih menggalakkan Zarif supaya terus aktif dalam sukan Taekwondo ini walaupun kini saya sudah berpindah dari Selangor ke Kelantan.
Kini Zarif telah pun layak memakai talipinggang Biru Dua (Blue Belt Two).Dalam 2 minggu lagi ada Majlis Grading Taekwondo untuk pertukaran Talipinggang.Saya berdoa agar Zarif berjaya dalam Grading nya,dan layak pula untuk memakai Talipinggang Merah Satu (Red One Belt).

Saya ingin melihat Zarif menjadi anak yang aktif,cergas dan bijak.Di samping dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri, Zarif dapat kawan yang ramai,menjadi berani melakukan persembahan/pertandingan di khalayak ramai dan juga belajar berkomunikasi dengan ramai orang.



Pendedahan seperti menggalakkannya menyertai apa2 jua pertandingan sukan, pertahanan diri dan apa2 jua aktiviti sekolah sangat saya setujui demi memupuk sifat2 positif dalam dirinya.

Harapan saya suatu hari nanti Zarif akan menjadi seorang insan yang berjaya dengan cemerlang.

Untuk cerita dan kisah2 mengenai penglibatan Zarif dalam sukan Taekwondo sebelum ini iaitu ketika di luar Kelantan, sila klik di sini :

Faedah Menyertai Taekwondo

Kejohanan Taekwondo di Shah Alam

Kejohanan Taekwondo di Melaka

P/s : Ada satu lagi Kejohanan Taekwondo anjuran KOKO Krunch yang Zarif sertai di Stadium Titiwangsa KL,tapi saya terlupa membuat posting di blog saya ketika itu kerana kesibukan dengan kerja.

Untuk makluman, saya membuat catatan ini adalah semata2 sebagai kenangan, andainya suatu hari nanti jika Zarif sudi membacanya, dia akan mengimbau semula akan perjalanan hidupnya yang penuh dengan aktiviti2 'warna-warni' yang menyeronokkan dan memberikan faedah serta bimbingan berguna buat dirinya.

Sekian.

Tiada ulasan: