Iklan Nuffnang

Pelbagai Cerita Kami di Kota Bharu

alriana5604@gmail.com - AL The One

Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang diingati sekalian,

Sekian lama saya tidak update blog saya ini, tentunya sekadar mencoretkan aktiviti2 keluarga kecil saya, apatah lagi setelah kira2 3 bulan saya berada di Kota Bharu ini.Dek kerana kesibukan bekerja dan hampir setiap hari minggu (hari Sabtu) saya perlu hadir bekerja menyertai aktiviti luar berkaitan tugasan yang diberikan, saya memang tidak sempat menghadap laptop untuk menaip dan mengemaskini blog ini.

Jadi, tibalah masanya kini saya meluahkan dan menitipkan bait2 kisah kami bertiga,keluarga yang kecil dan sentiasa menghadapi liku2 hidup di rantau orang ini.

Negeri Kelantan khususnya di Kota Bharu memang indah,walaupun dulunya saya pernah belajar di IPT di negeri ini, namun kehadiran saya di sini setelah sekian lama, membuatkan saya berasa agak asing.Banyak sudah yang saya lupa, jaringan jalanrayanya,bangunan2nya dan juga cara hidup penduduk2nya.Namun saya agak pantas bergaul dan kini sudah semakin serasi dan juga mampu berdikari sedikit demi sedikit mengharungi kehidupan di Bandaraya Islam Kota Bharu ini.Inshaa Allah.


Oleh kerana saya suka bersiar2, berjalan2, bercuti cara bajet dan juga menerokai sesuatu tempat, jadinya saya membawa Zarif anak saya dan isteri pergi mengunjungi dan berhibur/berehat2 di tempat2 tertentu yang saya fikir tidaklah memakan bajet yang besar.

Di antara tempat2 yang saya sudah kunjungi atau pergi di kawasan Kota Bharu sama ada kerana ada sesuatu urusan atau sekadar untuk bersiar2 adalah bagi saya tempat2 yang menarik dan bagus untuk dikunjungi.Ia tidak melibatkan belanja dan kos yang banyak/besar.Iaitu :

1.Taman Rekreasi Keluarga & Taman Tema Air SPLASH.Dikenali juga sebagai Taman Indera Petra.
Tidaklah mahal tiketnya, cuma RM6 untuk kanak2 dan Ibubapa cuma RM3 seorang.Boleh lah berhibur dan berseronok dengan anak2 mandi manda di kolam cetek di sini.Hilang juga rasa bosan asyik berkurung di rumah ketika cuti.Cuba lah datang ke sini kepada ‘newcomers’ di KB !




2.Taman Rekreasi Tengku Anis.
Enjoy,riang ria dan bebas melakukan senaman, jogging, fitness lain2 di sini,kawasan nya luas, ada juga taman tema air kanak2 di sini.Saya belum masuk ke taman tema airnya.Tapi suasana tamannya bersih,luas,ada air pancuran hiasan, kemudahan surau dan wakaf2 (pondok berehat).Masa saya pergi baru2 ini, ada beberapa model wanita bergambar (shooting) untuk produk2 wanita jualan syarikat2 mereka.Menunjukkan bahawa kawasan ini suasananya cantik sehinggakan ada model wanita buat shooting iklan produk di sini.




3.Aktiviti Latihan Taekwondo Zarif di UTC,Kota Bharu.
Lokasi ini ialah tempat Zarif menyambung latihan mingguan taekwondonya.Semenjak saya bertukar dari Shah Alam, Selangor ke Kota Bharu Kelantan,Zarif terpaksa berhenti sekejap latihan taekwondo kerana kesibukan saya.Kini, Zarif sudah berjaya ke peringkat Tali Pinggang Biru Satu (Blue Belt 1) dan meneruskan latihannya ke peringkat seterusnya (Inshaa Allah hingga Black Belt).Saya memilih untuk Zarif berlatih di Kelab Speed Power Taekwondo di bawah kelolaan dan latihan oleh Sir/Master Sukree.Di UTC Youth Centre (Y Centre) KB ini sangat bagus, ada gymnasium, ada permainan carom, ada permainan alat muzik gitar,drum dan piano.Namun ada bayaran tertentu dikenakan mengikut tempoh berapa lama kita mahu menggunakannya.






Selain itu terdapat beberapa lagi tempat saya berkunjung setelah sekian lama tidak pergi.Namun ‘moment2’ tersebut tidak banyak dan ada yang saya terlupa untuk mengabadikan gambar2 bersama keluarga.

Di antara tempat2 tersebut ialah :

-Pantai Cahaya Bulan (PCB).
-Rumah Pengusaha Dodol terkenal Rantau Panjang.
-Pantai Irama,Bachok.
-Pantai Senok,Bachok
(Cantik pantai ini, macam suasana di Korea).

Ok lah, ini sahaja lah dulu, update terkini saya,sekadar mencoretkan kenangan dan buat perkongsian kepada mereka yang sudi menjengah dan membaca isi2 blog saya yang ‘simple’ ini.

Sehingga bertemu lagi di lain masa dan kisah yang lain pula.

Bye.

Tiada ulasan: