Iklan Nuffnang

Zarif Menyertai Kejohanan Taekwondo di Shah Alam

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai pengunjung sekalian,

Bersua kembali di blog saya ini,

Sengaja saya ingin kongsikan di sini, berkenaan Zarif , yang layak menyertai ke Kejohanan Sirkit Koryo Taekwondo antara sekolah2 di Selangor, yang telah diadakan pada 16 September 2017 bersamaan hari Sabtu baru2 ini.

Kejohanan taekwondo ini diadakan di Stadium Majlis Sukan Negara (MSN) Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam Selangor.

Dalam kejohanan kali ini, buat pertama kalinya Zarif mendapat ‘bronze’ (pingat gangsa), Alhamdulillah.


Keterangan gambar : Ini ialah pasukan jurulatih Taekwondo Koryo Klang.Jurulatih utama nya ialah Sir Rizman (berbaju warna kuning memegang piala) yang pernah mendapat pencalonan Anugerah majalah Lelaki MASKULIN.


Keterangan gambar : Ini ialah Piala yang dimenangi oleh pasukan Koryo Klang yang menjadi Johan.


Keterangan gambar : Ini ialah pingat saguhati 'bronze' yang diterima oleh Zarif.

Kali ini kami tidak perlu bermalam di mana2 hotel/chalet kerana jarak untuk hadir ke kejohanan di Shah Alam adalah dekat.Tidak seperti di kejohanan di Melaka yang lepas, kami perlu bermalam di sana kerana faktor jarak yang jauh dan perlu memandu kenderaan agak lama masanya.

Saya melahirkan rasa bersyukur, kini Zarif telah bergerak maju dan adanya nilai penambahbaikan dalam sukan taekwondo ini.Memandangkan dia juga berminat kepada sukan ini,saya juga menyokongnya dan memberi galakan/motivasi kepadanya.Kini Zarif sudah pun mendapat Green Belt Peringkat Pertama selepas Grading pada 12 Ogos 2017 yang lepas.Galakan dari saya tidaklah sia2 dan ada juga menunjukkan/membuahkan hasil kepada Zarif.




Keterangan gambar2 : Kelihatan wajah2 ceria Zarif dapat pingat buat pertama kali.Hahaha....

Memang saya akui, dia belum pun menjadi hebat, mahir atau layak digelar ‘taekwondo fighter’ yang sebenar.Tetapi dengan mendedahkannya kepada kejohanan2 yang disertainya, maka pengalaman dia akan bertambah.Bak kata pepatah, ‘pengalaman mematangkan fikiran’ atau ‘pengalaman adalah guru yang mengajar manusia erti kehidupan’.

Betul tak ?



Keterangan gambar2 : Zarif menerima sijil dari Sir Rizman Jurulatih Utama Taekwondo Koryo Klang.


Keterangan gambar : Zarif berada di 'ring' (gelanggang) sebenar perlawanan/pertandingan taekwondo, sedang bersedia untuk bertarung.

Niat dan hasrat saya agar suatu hari nanti dengan pengalaman2 yang dia perolehi bertarung/berlawan dengan merasai gelanggang (ring) sebenar dalam acara/kejohanan2 taekwondo ini, dia menjadi lebih berkeyakinan,mempelajari sesuatu,memperbaiki diri dan juga bakal memberikan kejayaan kepadanya dalam sukan taekwondo yang disertainya.

‘Juara bukannya dilahirkan, tetapi dibentuk & dihasilkan’.

Pepatah ‘born to win’ atau ‘born to be a champion’, bagi saya tidaklah begitu tepat sebab proses manusia meraih kejayaan bukanlah secara automatik seseorang akan menjadi genius atau pun tiba2 terus berjaya.

Tidak termasuk golongan manusia2 suci seperti para2 Nabi dan Wali2 Allah, yang mana mereka memang kategori manusia2 genius kurniaan Ilahi, makanya saya berfikiran bahawa Juara (atau dalam konteks ini merujuk kepada ‘kejayaan’) mestilah dihasilkan,digilap bakatnya, diberikan galakan,diberikan pendedahan dan latihan yang baik.

Tapi bukanlah matlamat utama saya ingin Zarif menjadi Jaguh/Juara segala Juara dalam sukan taekwondo ini.Ia terpulanglah kepada usaha dan kecenderungannya bila dia sudah dewasa dan matang nanti.Apa yang saya harapkan dia menjadi anak yang baik, aktif, berakhlak mulia, berjaya dalam pelajaran dan kerjayanya di masa hadapan.


Keterangan gambar : Zarif sedang menunggu giliran untuk dipanggil bertanding bersama kumpulan dan rakan2nya.

Lantaran itu saya cuba menyeimbangkan pembelajaran asasnya ketika dia masih lagi di peringkat kanak2 ini.Saya rela membelanjakan sebahagian pendapatan saya untuk Zarif mendapat asas2 pelajaran agama Islam di Sekolah rendah Agama (SRA),menyuruhnya mengaji dan membaca Juzu Amma (Muqaddam) dan juga sesekali memenuhi keinginannya kepada permainan2 (toys) yang sesuai pada umurnya.Saya jenis bapa yang tidak berkira sangat dengan keperluan anak walaupun kadang2 ada juga masanya rasa kesempitan wang .





Keterangan gambar2 : Aksi2 Zarif berseorangan dan bersama Mama sebelum acara di kejohanan taekwondo dimulakan.Suka dan ceria nya dia !

Bagi saya semua manusia perlukan ‘insentif/reward’ supaya kekal bermotivasi dan fokus untuk melakukan sesuatu perkara.Lebih2 lagi lah kepada kanak2, sebab itu paling tiada aktiviti pun, saya akan membawa Zarif berjalan2/bersiar2 di taman permainan,berjumpa orang,berkomunikasi dan bergaul.Mudah2an dia menjadi seorang yang baik,pandai berkawan, berkomunikasi dan beramah mesra dengan teman2 sebaya.

Zarif yang baru saja berusia 6 tahun ini seorang anak yang periang, aktif dan bijak.Tidak menang tangan saya melayaninya.Kadang2 dia agak nakal dan melawan.Namun itulah resam dan karenah anak2 di usia begitu.Perlulah kita sebagai ibubapa mendidik dan mengawal anak2 seperti ini dengan bijak.

Kadang2 perlu dimarahi, namun niat kita untuk mengajarnya/mendidiknya.Bak kata pepatah, dalam marah ada sayangnya.




Keterangan gambar2 : Kenangan membawa Zarif pergi jalan2 menonton Elephant Show di Kuala Gandah, Lanchang Pahang dan juga mengunjungi DeerLand.Sengaja saya membawanya sebelum Kejohanan taekwondo untuk memberikannya ketenangan, kegembiraan dan menghilangkan tekanan, supaya dia relaks dan ceria.Hahaha...

Semoga Zarif membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dalam kehidupannya.

Abah & Mama sayang Zarif.

Suatu hari nanti, Zarif sudah dewasa, Zarif akan membaca kisah kita ini.

Inshaa Allah.

Sekian.

Tiada ulasan: