Iklan Nuffnang

Mencintai Tidak Semestinya Memiliki

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua pengunjung blog saya,

Kita bersua lagi di blog saya untuk bacaan santai.

Di saat ini, saya berasa sungguh lega dan redha kerana apa agaknya, ya?

Hahaha…. Ini ada satu kisah.

Kisahnya saya berhubungan kembali dengan teman lama saya ketika di kampus/kolej dahulu.

Jangan anda fikir perkara yang bukan2 pulak ya, ini bukan scandal, ini cuma sekadar berkawan dan bertanya khabar sahaja.

Kami sudah pun ada kehidupan masing2.

Tidak perlu dipertikaikan perkara ini.


Saya dulunya, seorang pelajar yang biasa2 saja di kolej, tapi ada seorang si dia ini saya suka kepadanya tapi saya tidak pun melakukan perkara buruk atau terlarang terhadapnya, dan dia tahu saya suka kepadanya.

Namun ketika itu, mungkin kekurangan saya entah di mana agaknya,dan mungkin juga faktor dia dan saya ingin lebih menumpukan pelajaran, jadinya kami tidaklah kerap bertemu sangat.Jadi dia pun sentiasa seperti ‘jinak2 merpati’ dengan saya.

Bagi saya, si dia yang saya berikan singkatan SE ini pernah mengisi ruang hati ini walaupun untuk beberapa ketika di masa penghujung habisnya pengajian di kampus.

Ya, dia mungkin sudah lupakan perkara lalu, umpama kabus hilang ditiup angin, tapi saya menimbulkan semula perkara ini bukanlah bermaksud mengkucar-kacirkan rumahtangganya, ia cuma suatu garapan perasaan dan kenangan saya di masa lampau.

Si dia, SE ini saya lihat ketika itu seorang yang agak ceria,agak pemalu juga tapi tidak sombong, raut wajahnya cantik persis wanita berdarah kacukan (saya pun tak pasti), kerana pernah si dia menceritakan yang dia berdarah kacukan apa saya pun sudah lupa.

Ahh…lupakan itu semua, ia hanya sebagai garapan kenaangan lalu yang saya cuba perincikan mengenai diri si dia SE.Anggap saja ia mungkin sekadar pujian saya sahaja terhadapnya.


Setelah kira2 hampir 20 tahun, saya terkenang semula dan teringat kepadanya lantas entah bagaimana saya berjaya memperolehi nombor telefonnya.Apa yang saya tahu, SE bekerja sebagai guru.

Bukan maksud saya mahu mengulang kembali perkara yang lepas kerana ianya begitu mustahil akan terjadi.

Ia umpama kita sudah berada di alam pengadilan di akhirat, tiba2 kita mohon kembali kepada Tuhan untuk berada di alam dunia.No way ! tiada peluang lagi, ia sudah termaktub oleh takdir dan ketentuan Ilahi.


Ok, berbalik semula cerita perihal si dia SE ini.

Kami sekadar bertanya khabar kini, memandangkan juga si dia SE ini memang orangnya tidak sombong, kini agak ramah lah pula jadinya (mungkin faktor kerjayanya sebagai guru kot?) ,dia juga tidak kisah setakat menghubunginya kembali atas dasar sebagai teman lama.

Saya mohon maaf kepada suaminya jika ini membuatkan dia berasa cemburu.Tapi ketahui lah, saya tiada niat sedikit pun untuk bertujuan buruk atau mengganggu gugat keharmonian rumahtangga mereka.

Saya juga menceritakan kisah ini kepada isteri saya dan saya tahu isteri saya jenis wanita yang boleh menerima kenyataan dan penjelasan saya.Isteri saya seorang yang berfikiran positif seperti saya juga.

Suatu hari nanti, saya bercadang untuk bertemu dan berjumpa keluarga si dia SE ini dengan membawa keluarga kecil saya.Sekadar merapatkan silaturrahim dan juga beramah mesra di antara sesama umat Islam.Biar suaminya tahu akan keikhlasan saya.Dan begitu juga, biar isteri saya tahu akan cerita ini.

Entah kenapa semakin saya mencecah umur yang boleh dikatakan semakin matang dalam kehidupan, dan seiring dengan bertambahnya umur, hati saya selalu terkenang akan kenangan lampau.Bukan sahaja berkenaan si dia SE ini,malah juga saya terkenangkan teman2 lama ketika bersekolah, teman mula bekerja, menghadapi susah payah, jatuh bangun membina kerjaya dan berusaha mendapatkan suatu kerjaya yang agak teguh sebagai jaminan masa depan.

Dalam diam2 dan tanpa saya sedari, ramai sudah teman2 lama yang saya cuba hubungi, seorang demi seorang sudah pergi.Ada yang tidak dapat dihubungi langsung, walau telah cuba dicari, ada yang tidak bernasib baik terjerumus ke lembah kebinasaan akibat dadah, ada yang sangat bernasib baik memiliki kekayaan,ada yang sudah pun pergi buat selama2nya, ada yang sakit dan berpanjangan sakitnya, ada yang kehidupannya biasa2 saja seperti saya ini, dan macam2 lagi lah.

Sesungguhnya kita perlu sedari, perlu sadar dan sedar.Kita tidak mungkin akan boleh mengulangi semula apa yang telah pun berlalu.

Ini telah pun ditegaskan oleh Allah Yang Maha Kuasa.Allah telah bersumpah mengenai MASA (Time).

Dalam Surah Al-Asri, Allah mengatakan ;

''Demi MASA !
Sesungguhnya manusia2 itu berada dalam kerugian.
Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan2 (menasihati dan ingat mengingati) ke arah jalan yang benar (yang haq).
Dan mereka yang berpesan2 (menasihati dan ingat mengingati) dengan jalan/cara yang sabar. (terus menerus berbuat kebaikan dengan sabar)''.



Jadi, tidak perlu dinafikan lagi, bahawa MASA adalah sangat berguna dalam kehiupan kita.

Apa jua kebaikan atau keburukan yang kita sendiri lakukan akan memberi kesan kepada kita di masa hadapan.

Dan sebagai pengakhiran luahan artikel saya pada kali ini, saya ingin mengaitkan bahawa pepatah mengenai masa ini telah banyak diciptakan.

Masa itu emas.
Masa adalah kehidupan.
Masa adalah kerinduan.
Masa membina kematangan diri.
Masa mengajar kita melalui bermacam pengalaman.

Masa sentiasa mencemburui kita, atau sebenarnya kita yang tidak pandai menguruskan masa?


Mengenai saya dan si dia SE seperti yang saya ceritakan di awal artikel luahan ini, saya juga menganggap kenangan saya dengannya telah berlalu, masa telah mengajar saya erti kematangan hidup dan melalui bermacam pengalaman hidup yang membuatkan saya jadi tabah dan sentiasa berfikiran positif.

Si dia bahagia dengan kehidupannya dan begitu juga saya.


Kami cuma ada ketikanya saja bertanya khabar dan bersembang menerusi media sosial sekadar berbual secara matang, dengan penuh beradab dan juga tidak melanggari garis sempadan yang ditentukan oleh agama.

Walaupun saya mencintainya, namun saya redha dan dapat menerima hakikat yang kami tiada jodoh.

Hakikatnya, ‘mencintai bukanlah semestinya memiliki’.


Allah lebih Maha Mengetahui akan sesuatu hikmah dan kebaikan untuk kita di sebalik sesuatu kejadian yang terjadi atau pun di sebalik sesuatu yang ditakdirkan untuk kita.

Sekian.

Luahan rasa yang ikhlas dari saya.

Tiada ulasan: