alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai…
Rakan2 & pengunjung blog sekalian,
Hidup ibarat roller coaster?
Anda setuju?
Roller coaster adalah permainan yang kita boleh menaikinya, ia bergerak laju naik dan turun mengikut landasannya.
Ada yang gayat (fear of high) dan ada yang takut kerana pergerakannya yang laju.
1.Ada juga yang menaikinya dengan perasaan bercampur baur, berani-berani campur takut.
2.Ada juga yang bersikap menolak terus untuk mencuba menaiki roller coaster kerana perasaan takut yang amat mendalam.
3.Ada juga yang berlagak tunjuk ‘hero’ dan ‘macho’, semua roller coaster dia mahu cuba menaiki dan mahu di ‘conquer’ nya.
4.Macam-macam ‘pe’el’ (perangai/sikap) setiap orang apabila diajak menaiki roller coaster.
Jika diteliti dan diamat-amati, sememangnya kehidupan kita (life) ini sama (similar) keadaannya dengan roller coaster.Kehidupan ialah berkenaan jatuh bangun, naik dan turun coraknya serta berwarna warni rencah ragamnya.
Maksudnya, kehidupan kita secara realitinya sentiasa ada susah atau senang, suka atau duka, laju atau perlahan, indah atau tidak,dipuja atau dihina,kedudukan pangkat besar atau kecil,disayangi atau dibenci dan pelbagai macam pro dan kontra hidup kita pernah alaminya.
Maka sama juga sikap kita terhadap roller coaster jika dibandingkan dengan kehidupan yang kita alami.
Iaitu :
1.Ada yang menghadapi kesukaran hidup dan dugaan hidup dengan perasaan bercampur baur, berani-berani campur takut.
2.Ada juga yang bersikap menolak terus untuk mengalami kesulitan hidup yang teruk kerana perasaan takut yang amat mendalam.Mereka selalunya mengalami masalah psikologi dan kemurungan.
3.Ada juga yang berlagak tunjuk ‘hero’ dan ‘macho’, semua rintangan hidup, kegetiran dan kesukaran hidup di’redah’ nya membuta tuli dan ‘kamikaze’ (secara berani mati), tanpa mengira orang sekeliling.Ditindasnya orang lain semata-mata mahu mencapai kejayaan peribadinya.
4.Macam-macam ‘pe’el’ (perangai/sikap) setiap orang terhadap kehidupan mereka sendiri.
Namun mereka yang sebenar berjaya menaiki roller coaster ialah mereka yang mahu mencuba (walaupun tidaklah seberani mana pun), mereka patuhi peraturan ditetapkan.Memakai tali pinggang atau penghadang keselamatan, mematuhi arahan ‘roller coaster instructor ‘ ketika ingin mula-mula menaikinya dan mungkin juga melalui pemerhatian, kajian, imaginasi, mampu membuatkan mereka berjaya menaiki roller coaster dengan selamatnya.
Kehidupan juga begitu.
Mereka yang sebenar berjaya menjalani kehidupan yang baik ialah mereka yang mahu mencuba menghadapi dugaan hidup (walaupun tidaklah seberani mana pun), mereka patuhi peraturan ditetapkan oleh Pencipta Yang Maha Kuasa.Memakai / menggunakan nasihat, pesanan para Nabi dan Rasul, mematuhi arahan/perintah ‘ Yang Maha Kuasa‘ ketika menjalani hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan dengan selamatnya.
Persoalan sama ada setelah kita melakukan semua ikhtiar yang berguna untuk menaiki roller coaster, kemudian masih lagi kita tidak selamat (kemalangan) itu adalah di luar kemampuan kita.
Begitu juga berkenaan kehidupan.Setelah kita menjalani hidup ini dengan garis panduan ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa, namun kita masih lagi berdepan kegagalan, musibah, kesedihan, maka itu juga adalah di luar kuasa kita.
Jadi, sebelum mengakhiri posting ini, saya ‘pinjam’ bait-bait kata dari lagu ‘Apokalips’ yang dinyanyikan oleh penyanyi dan composer terkenal M.Nasir.
Rujuk lirik lagunya di sini : Apokalips
Saya cuma ambil rangkap yang ke-4 sahaja.
Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun
Bersabarlah dengan kesukaran hidup ya !
Hidup kita memang seperti roller coaster, ada naik dan turun keadaannya.
Be positive, act positive and life positively.
-Sekian-.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan