Iklan Nuffnang

Malu & Hina kah Tidak Pandai Berbahasa Inggeris?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Kali ini kita berbicara secara lebih santai.

Isunya kali ini ialah, hina kah kita jika sebagai individu yang dilahirkan sebagai orang Melayu di negara Malaysia ini, dan kita tidak tahu atau pun tak boleh atau pun tidak fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris?


Apa pendapat anda?
Kalau ditanya kepada kebanyakan orang, saya hampir pasti jawapannya menjurus kepada ‘Ya’.

Mengapa?
Korang tanya siapa tu?

Sebenarnya, jika korang nak tahu Bahasa Inggeris ketika zaman ini merupakan “Bahasa Pengantar’ di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Apa itu ‘Bahasa Pengantar’?

Bahasa Pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara DUA (2) hala.
Maksudnya, jika kita pergi ke mana-mana negara di dunia ini, walaupun negara itu rakyatnya hanya suka bertutur dalam bahasa ibunda mereka, contohnya seperti Jepun, Korea,China dan yang seumpamanya, namun jika kita tahu berbahasa Inggeris, kita masih boleh berkomunikasi dengan pihak mereka iaitu dengan pihak kedutaan mereka sekurang-kurangnya.


Bahkan di mana-mana persidangan melibatkan pemimpin dunia sekalipun, walaupun pemimpin negara tersebut tidak boleh berbahasa Inggeris namun beliau akan disediakan ‘auto translator’ dari bahasa ibundanya ke Bahasa Inggeris ketika beliau memberikan ucapan.Bermakna, tetamu dan hadirin yang datang masih boleh memahami akan apa yang disampaikannya.


Jadi, apa yang takut sangat kita ni tak tahu atau tak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris?

Sebabnya kita menganggap Bahasa Inggeris itu ‘bahasa high class’ atau pun bahasa orang yang moden, bahasa orang yang tergolong dalam golongan bijak pandai, bahasa yang ada piawai (standard) tinggi dan hanya untuk mereka yang berada dalam kelas ‘elit’ dan mewah.

Lalu kita rasa terhina, malu, kecewa,gelabah dan gelisah bilamana kita tak tahu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Saya tidak nafikan Bahasa Inggeris di zaman ini boleh lah dianggap bahasa ilmu kerana banyaknya buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di seantero dunia.Namun kita tidak perlulah terlalu bergantung kepada buku-buku tersebut jika kita tidak mempunyai kepentingan untuk mempelajarinya.

Kita boleh jadi hebat, kuat dan berpengaruh walaupun hanya dengan mendalami bidang kita sendiri.Contohnya, kita ahli perniagaan yang beroperasi di Malaysia.Cuba gali,teroka,teliti bagaimana untuk kita berjaya tanpa dikaitkan dengan perlunya kita fasih berbahasa Inggeris.

Sebagai contoh, kita peniaga restoran.Memang kita akui pelbagai bangsa yang akan masuk dan membeli makanan di restoran kita.Jadi, adakah jika kita tak tahu berbahasa Inggeris, mesej takkan sampai?contohnya ketika nak ambil pesanan?Tidak, bukan?Kita masih boleh berkomunikasi, bukan?

Oleh sebab itu, tidak perlulah kita sebagai orang awam dan dari golongan kebanyakan terlalu risau memikirkan yang kita tidak boleh atau tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris.


Ingatkah kita lagi, dulu-dulu, ribuan tahun yang lampau, hanya dengan orang Melayu nusantara bertutur dalam bahasa Melayu lampau/bahasa Melayu purba, kita juga bisa menjadi orang yang hebat?

Paling tidak kita tentu pernah membaca sejarah dan kita ketahui Kerajaan Melaka yang hebat.Empayar Melaka ketika itu disegani rakan dan juga musuh.Meliputi seantero kepulauan dan gugusan Majapahit,Srivijaya, Langkasuka,Jawa,Riau bahkan sehingga diketahui oleh pedagang-pedagang Arab, Inggeris dan juga Belanda.

Walhal, ketika itu, tiada seorang pun yang diketahui fasih berbahasa Inggeris dari golongan Melayu,bukan?

Namun, bukanlah kita menganggap yang kepentingan berbahasa Inggeris di zaman ini tidak langsung diperlukan.Ianya masih perlu.Cumanya, janganlah menganggap yang diri kita seperti rasa terhina,malu dan juga menyisihkan diri hanya semata-mata kita tidak tahu berbahasa Inggeris.’Mat Saleh’ yang berkunjung ke negara kita pun ramai yang cuba berbahasa Melayu dan sanggup belajar soalan-soalan asas (basic) di dalam bahasa Melayu jika mahu bertanyakan soalan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mereka temui.

Habis tu, apa yang kita risaukan sangat jika tidak tahu berbahasa Inggeris atau tidak fasih bertutur dalam bahasa ini?


Jangan jadi macam sebilangan orang yang kita pernah dengar ceritanya.Mungkin ianya dari kalangan rakan taulan kita sendiri, saudara mara dan juga teman-teman karib.Ada segelintir daripada mereka sanggup lari atau tidak melayani pelancong Inggeris yang cuba mendekati mereka semata-mata takut dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Sepatutnya kita perlu berbangga dengan bahasa kita, budaya kita dan juga cara kita.Lantak ‘pi’ lah dengan mereka.Kalau kita berbahasa Melayu sekalipun, saya percaya mesej tetap akan sampai dan mereka akan faham juga walaupun tidak semua.



Jadi, janganlah kita risau sangat jika kita tidak fasih bertutur bahasa Inggeris.Ianya bukan bermakna berakhirnya kerjaya kita dan perniagaan kita.

Tiada ulasan: