Iklan Nuffnang

Sabtu, 14 Jun 2014

Mini Zoo Lipis a.k.a Taman Haiwan Lipis

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai…

Rakan2 & pengunjung blog sekalian,

Jom lihat ada apa di Mini Zoo Kuala Lipis.




Atau pun nama sebenarnya seperti tertera dalam laman web Majlis Daerah Lipis ialah sebagai Taman Haiwan Lipis.

Klik di sini : Taman Haiwan Lipis

Mini Zoo Lipis ini salah satu tarikan pengunjung bagi haiwan 'glamour'nya ialah Beruang Matahari (Sun Bear).Tetapi ketika kunjungan saya, beruang tersebut tidak dibenarkan berada di kandang/kurungan biasanya.Saya dimaklumkan oleh petugas di situ, beruang matahari dikuarantin bagi tujuan 'mating'(musim mengawan).Entah lah ya atau tidak.

Mungkinlah kot? Biasanya mana-mana haiwan jika tiba musim mengawan, ia akan jadi agresif dan garang.Oleh itu jika ada manusia melihat atau mengunjunginya, lebih2 lagi membawa anak melihatnya, ianya membahayakan dan juga mungkin 'agak memalukan' melihat 'aksi mengawan'.Hihihi...


Come on guys… let’s check it out !

Ok tak ? Mari lihat di antara gambar-gambarnya yang saya sempat ambil.Banyak lagi gambar haiwan-haiwannya tapi tak bolehlah 'attach' semua di sini.







Errrmmm…. Sebenarnya saya mengunjungi Mini Zoo Lipis ini sambil dalam perjalanan menuju ke kampung isteri di Kelantan.

Jadinya, anak saya yang seorang ini teringin sangat mahu melihat haiwan-haiwan khususnya Harimau dan juga Singa.

Saya katakan lah kepadanya, harimau dan singa ada di Zoo Negara bukannya di Mini Zoo Lipis.







Namun begitu, saya tetap membawanya ke Mini Zoo Lipis sambil saya sendiri juga ingin mendapatkan pengalaman mengunjunginya.

Penilaian saya, ianya (Mini Zoo Lipis) ini banyak lagi perlu penambahbaikan.

Walau bagaimanapun, lokasi ini bolehlah untuk anda kunjungi jika kebetulan melalui Lipis.



Rujuk artikel di akhbar Utusan Online ini :

Klik di sini : Zoo Bukit Bius tumpuan penduduk Kuala Lipis

Jom jalan-jalan !

Gambar kami bertiga ini diambil menggunakan kamera digital CANON dibantu oleh Monopod Yun Teng.

Promosi sikit, sila lah beli Monopod Yun Teng ini.

Klik di sini : Monopod Yun Teng

Ia bagus,tegap, kukuh dan berkualiti.

Bye-bye, jumpa lagi di lain entri.

Tiada ulasan: