Iklan Nuffnang

Masjid Beijing

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Salam sejahtera semua;

Kesempatan berkunjung baru-baru ini ke Bandar/Pekan Rantau Panjang, Kelantan membuahkan kenangan manis kepada saya.

Saya suka berkongsi di sini mengenai betapa indahnya Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang diberi nama jolokan ‘Masjid Beijing’.



Bagi orang tempatan dan berasal dari Kelantan, masjid ini memanglah biasa saja dan tidak asing lagi bagi mereka.Namun bagi orang luar seperti saya, saya rasa kagum juga melihat rekabentuk dan kecantikannya.

Jika di Terengganu, rakyatnya berbangga dengan Masjid Kristal, maka jika di Kelantan, Masjid Beijing juga tidak kurang cantik dan indah binaan dan bentuknya.

Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.



Rekaan dan binaan dalamannya juga cantik dan indah.






Pendek kata, jika orang tidak tahu ia terletak di Kelantan, sudah pasti mereka beranggapan yang suasana dalam sesuatu penggambaran/ rakaman video yang dibuat oleh sesetengah pihak ialah berlokasikan negara China.



Pelbagai jenis cenderamata juga ada dijual di sini.



Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik di sini :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jubli_Perak_Sultan_Ismail_Petra


Jadi, kepada sesiapa yang belum pernah berkunjung ke Kelantan, khususnya ke Rantau Panjang, datanglah ke sini dan kunjungilah juga Masjid Beijing yang unik ini, ya !

Tiada ulasan: