Iklan Nuffnang

Cerita Mengenai Zoo...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Asalamualaikum;

Hai guys…

Di posting blog saya kali ini, saya mahu bercerita mengenai Zoo.

Baru-baru ini saya telah berkunjung semula ke Zoo Negara setelah hampir 5 tahun tidak mengunjunginya.


Hasratnya hanyalah untuk mendedahkan jenis dan spesis haiwan-haiwan agar anak saya mengenalinya.Maklumlah, Zoo dan haiwan jika dengan kanak-kanak memang menjadi satu tarikan yang tidak boleh dinafikan lagi.

Kanak-kanak sahaja kah yang suka mengunjungi Zoo?

Tidak.

Sebenarnya, mereka yang menyukai haiwan atau pun digelar Pencinta Haiwan juga menggemari Zoo sebagai lokasi untuk dikunjungi.

Iyalah, sama macam saya.Saya juga boleh dikatakan Pencinta Haiwan.

Banyak jugalah Zoo atau pun Taman Haiwan yang pernah saya kunjungi di dalam dan juga di luar negara.

Di antaranya ialah Zoo Singapore, Zoo Phuket, Zoo Taiping & Night Safari, Zoo Melaka & Night Safari, Zoo Johor, Mini Zoo Lipis, Mini Zoo Kuantan, Deer Land, Santuari Gajah Kuala Gandah dan Taman Haiwan Berjaya Hills.



Bagi saya mengunjungi Zoo atau pun Taman Haiwan menjadikan kita tahu,sedar dan juga belajar untuk menyayangi haiwan-haiwan.Khususnya kepada haiwan yang spesisnya hampir pupus.Di antaranya seperti Tapir, Orangutan, spesis Burung-Burung tertentu, Reptilia, Mamalia dan juga spesis Serangga yang diancam kepupusan.


Mengunjungi Zoo juga menjadikan kita tahu dan menghargai kehidupan kita sebagai manusia.

Sebagai manusia, kita diberi keupayaan dan kuasa oleh Pencipta/Tuhan untuk mentadbir alam ini dan juga kita berupaya mentadbir/menguruskan haiwan-haiwan di planet Bumi ini.Jadi, kita perlulah memegang tanggungjawab menjaga hidupan-hidupan di dalamnya dan jangan menganiayai haiwan-haiwan tersebut.

Mesej yang kita boleh sampaikan kepada anak-anak kita setiap kali kita pergi mengunjungi mana-mana Zoo dan juga Taman Haiwan ialah ‘Sayangilah Haiwan’ dan ‘Jangan Menganiaya Haiwan’.Biar anak-anak kita tahu yang haiwan-haiwan juga merupakan suatu jenis hidupan yang mendiami Bumi ini dan ia juga berhak untuk hidup dengan selesa.


Walaupun Zoo bukanlah merupakan habitat semulajadi haiwan-haiwan yang dipamerkan/dipelihara di Zoo, namun kesedaran pihak berkuasa untuk menjaga dan menguruskan haiwan-haiwan ini wajar dipuji.

Di samping dapat memberikan ilmu pengetahuan berkenaan haiwan-haiwan kepada pengunjung Zoo, ia juga sebagai usaha untuk menarik golongan pelancong bagi kemajuan sektor pelancongan bagi sesebuah negara.

Mengunjungi Zoo Negara Malaysia baru-baru ini menyingkap pelbagai perubahan dan juga proses naik taraf infrastruktur di Zoo.Berbeza juga suasana dan jenis haiwan-haiwan dipamerkan berbanding kira-kira 5 tahun lepas saya berkunjung ke situ.

- Ini gambar kira-kira 5 tahun lepas saya mengunjungi Zoo Negara Malaysia.Ada juga perubahan di 'main entrance' nya.


Saya juga tertarik melihat Harimau Putih/White Bengal Tiger yang dipamerkan di sini.Saya lihat hanya ada seekor sahaja.Selain itu, Tapir juga ada dipelihara di sini.

Saya pernah mengunjungi Zoo Singapore dan White Bengal Tiger merupakan haiwan tarikan utama di situ.


Setiap Zoo meletakkan haiwan-haiwan tertentu sebagai haiwan tarikan utamanya.Contohnya, kini , Zoo Negara Malaysia menjadikan haiwan tarikan utamanya ialah spesis 2 ekor Panda Gergasi.Selain itu, Tapir juga merupakan haiwan hampir pupus dan menjadi tarikan utama di sini.



Manakala jika ke Zoo Phuket, Gajah dan Buaya merupakan haiwan tarikan utama bagi Zoo di situ.


Ayuhlah kita mengunjungi Zoo.

Sambil melayani anak-anak dan keluarga, kita juga dapat menambahkan ilmu dan informasi mengenai haiwan-haiwan yang dipelihara di Zoo.

Sayangilah haiwan-haiwan sebagaimana kita juga mahu disayangi.

Jangan menganiayai haiwan-haiwan sebagaimana kita juga tidak mahu dianiayai.

Ok ?

Jom jalan-jalan ke Zoo !


Jika anda mahu membeli tiket memasuki Zoo Negara Malaysia pada harga diskaun, belilah secara online di sini :

Klik di sini : Tiket Online Zoo Negara Malaysia

Anda perlu mendaftar dahulu kemudian barulah boleh membuat pembelian tiket secara online.

Saya juga telah membeli secara online dan mendapat diskaun sebanyak RM4.00 untuk seorang dewasa.Tiket pada harga biasa dibeli terus di kaunter masuk ialah RM30.00 bagi seorang dewasa. Jika dibeli secara online ia cuma RM26.00 bagi seorang dewasa.

Tiada ulasan: