Iklan Nuffnang

Khamis, 13 Mac 2014

Jom Sertai Peraduan “Aku dan Kereta” dari RichPlan4U - Blog Salam Media

alriana5604@gmail.com - AL The One

Tahukah anda bahawa syarikat Rich Plan Management & Consultancy boleh membantu masalah kewangan anda ?

Di Rich Plan, kepuasanhati dan juga kebebasan kewangan merupakan keutamaan yang ditawarkan oleh syarikat ini kepada anda.Idea-idea pengurusan kewangan yang dinamik dapat membantu anda ke arah kebebasan kewangan sendiri dan juga mencipta kekayaan peribadi anda sendiri.

Dengan menawarkan perkhidmatan secara atas talian, diharapkan agar lebih menambah kesedaran mengenai bertapa pentingnya pengurusan dan perancangan kewangan kepada orang awam dan juga generasi akan datang.

Beberapa jenis konsultasi juga ditawarkan oleh RichPlan4U.com iaitu :

1.Personal Financial Profile (Profail Kewangan Individu)
2.Risk Management (Pengurusan Risiko)
3.Investment Management (Pengurusan Pelaburan)
4.Tax Planning (Perancangan Percukaian)
5.Wassiyah & Real Estate Planning (Perancangan Hartanah & Wasiat)
6.Retirement Planning (Perancangan Persaraan)

Manakala untuk jenis perkhidmatan yang ditawarkan pula, ada dua yang utama iaitu :

1.Smart Drivers
2.Non Motor Insurance

Sungguh menguntungkan sekali jika anda menggunakan perkhidmatan Smart Drivers kerana ia merupakan satu perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans yang menawarkan ganjaran menarik untuk anda.Ia menawarkan sebutharga percuma, penghantaran percuma, nasihat mengenai insurans dan tentulah yang menggembirakan sekali pemberian hadiah kepada anda.

Apa yang menarik lagi ialah Rich Plan juga bersedia menawarkan kepada anda satu cara yang lebih sistematik iaitu dengan “perbaharui cukai jalan dan insuran kereta secara online” atau “renew roadtax dan insurance online”.

Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah klik di dua (2) pautan ini :

1.Untuk mengetahui jumlah peratusan(%) diskaun yang istimewa untuk anda :

Klik di sini : http://bit.ly/1qs0xI9

2. Untuk mengetahui keterangan mengenai Smart Driver :

Klik di sini : http://bit.ly/1irKDru

……………………………………………………………………………………………................

Kisah 'Aku dan Kereta': Tak Jumpa Handbrake

Ini kisah saya untuk dikongsikan berkenaan saya dan kereta Mercedes lama ayah mertua.
Seingat saya kali pertama saya meminjam kereta ayah mertua saya yang modelnya Mercedes 220 Masterpiece iaitu versi model lama, membuatkan saya tersenyum dan tergelak sendiri bila mengenangkan satu peristiwa.

Ianya berlaku apabila saya dengan yakinnya meminta pinjam kenderaan kesayangan ayah mertua saya.Namun, ayah mertua saya ini orangnya pemurah dan tidak kedekut, lalu dia dengan terbuka hati menghulurkan kunci keretanya.Saya pun ketika itu terus membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin,kemudian berhasrat menuju ke bandar untuk membeli sedikit barangan.


Sampai ke satu pusat membeli belah saya mencari tempat meletak kenderaan namun sukar untuk mendapati ruang yang masih kosong.Lalu,ada satu ruang di tepian atau di luar kawasan meletak kenderaan pusat membeli belah itu yang saya fikir bolehlah agaknya untuk meletak sekejap kenderaan di situ.Lagipun, saya pun bukannya mahu berada lama sangat di pusat membeli belah itu.

Saya pun menuju ke kawasan pinggiran kawasan berpagar dan ada pokok-pokok sedikit di kawasan itu.Saya dengan yakinnya meletak kereta di situ namun saya dapati ianya agak berbukit sedikit.Saya pun meraba-raba dan cuba mencari handbrake kereta ayah, pada agakan saya kebanyakan brek tangan untuk kereta mestilah di tempat yang sama atau pun berada di bahagian pedal/kaki.

Saya tergagau-gagau mencari tempat letaknya brek tangan (handbrake) Mercedes 220 Masterpiece ayah mertua saya itu buat seminit dua.Macam rasa orang ‘jakun’ pula yang tidak pernah melihat komponen dalam kereta.

Saya berfikir kalau mahu telefon ayah, rasa malu lah pula.Takkan mahu telefon ayah mertua semata-mata untuk bertanya mana letaknya ‘handbrake’ kereta dia, kan?
Aduhai, itulah ego dan yakin sangat bawa kereta orang.Tidak mahu bertanya dulu berkenaan cara-cara, sistem atau komponennya.Tambahan pula, model Mercedes lama, kebanyakan tulisan (tag) di komponen di papan pemuka (dashboard) sudah hilang.

Lalu, saya pun resah, sesak dada bercampur baur dengan malu dan sedikit ego, namun tetap juga cuba meletak kenderaan dan saya cuba mencari dua tiga ketul batu agak besar untuk menahan kereta dari bergelongsor bila diletak di situ.Tapi masih tidak berjaya kerana kereta seperti tidak stabil dan masih mahu menggelongsor di ruang agak berbukit.

Akhirnya saya buat keputusan untuk balik semula ke rumah ayah mertua dan memulangkan keretanya.Lalu dia bertanya, adakah saya sudah ke bandar dan apakah barang yang saya beli.Saya jawab tiada apa-apa yang dibeli, saya cuma pergi pusing-pusing di bandar sahaja.Ayah mertua cuma terdiam.

Selepas itu dalam diam-diam saya mencari adik ipar lelaki saya yang biasa memandu kereta itu dan berbisik bertanya dengannya di mana letaknya ‘handbrake’ kereta ayah?
Dia ketawa punya besarnya dan mengejek saya sampai ayah mertua memerhatikan dari jauh, pada fikirannya entah apa kena kami berdua masa itu.

Adik ipar saya memberitahu yang tuil seakan ‘choke’ di hadapan panel berhampiran radio yang telah rosak itu ialah ‘handbrake’.Caranya, ialah dengan menarik dengan tiga jari bererti handbrake dikunci dan jika dilepaskan semula handbrake telah dibuka semula.


Saya mengeluh….aduhai…Saya sudah nampak punat/choke itu tadi,tapi tidaklah sangka itu ialah handbrake ! Ingatkan choke untuk fungsi ‘enhance’ apa-apa sistem contohnya untuk ‘pendikit minyak hitam’ atau pun ‘enhancer’ bendalir apa-apa ker, kan…atau pun ia untuk memanaskan plug ketika enjin sejuk seperti fungsi motosikal, pada telahan saya.

Moral of the story nya, jangan sombong atau ego jika tidak tahu perlulah bertanya, jangan malu.Lagi satu, jangan memandai berlagak semua tahu khususnya ketika mahu memandu kenderaan orang lain dan ianya berlainan dengan kenderaan yang kita miliki dan selalu pandu.Ianya mungkin berlainan sistemnya dan juga cara pemanduan dan juga pengendaliannya sudah tentulah berbeza.

Jadi, sendiri mahu ingatlah ya, jangan berlagak 'cool' guna/memandu kereta orang lain tanpa bertanya dulu cara menggunakannya !

Sekian.

Tiada ulasan: