Iklan Nuffnang

Saya Memenangi Produk Biore dan Redken

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & selamat bersua kembali di alam maya,

Saya baru-baru ini telah memenangi set hamper untuk barangan berjenama Biore dan Redken.

Lihat gambarnya yang saya sertakan di sini.



Anda semua janganlah salah faham dengan perkongsian atau pun pendedahan ini.
Bukanlah selama ini saya membuat posting/entry di blog mengenai saya dapat pelbagai hadiah adalah untuk berbangga diri.Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (show off).

Ianya lebih kepada untuk diri saya sendiri khususnya bertujuan mengenang saat manis (sweet memories) apabila suatu hari nanti jika sempat hingga ke usia tua, bolehlah saya dan generasi saya membaca dan maklum berkenaan memori-memori yang dicatat berkenaan kemenangan yang pernah saya perolehi.Ianya umpama 'catatan diari peribadi' sahaja.

Namun, saya berharap anda semua juga boleh menurut jejak langkah saya.Iaitu suka menyertai peraduan (contest).Mulakan saja hobi ini dengan niat untuk suka-suka sahaja.Sepertimana saya dulu-dulu juga begitu.Jangan terlalu mengharap apa-apa hadiah lagi.

Sedikit demi sedikit pelajari dan 'master' kan selok belok menyertai peraduan.
Korek, cungkil dan cari rahsianya.Saya pun masih baru dan masih mentah dalam menceburi bidang peraduan ini.

Percaya atau tidak, ada segelintir individu yang boleh hidup mewah dan bergaya hanya dengan memenangi hadiah-hadiah dalam peraduan yang disertainya.Mereka memiliki dan memenangi bermacam-macam hadiah seperti jam tangan mahal,alatan perabot rumah,telefon bimbit/telefon pintar berjenama,kenderaan mahal,bahkan memenangi wang tunai dan juga rumah yang bernilai ratusan Ribu Ringgit pun ada.

Saya juga berharap begitu di suatu hari nanti.

Doakan saya, ya!

Tiada ulasan: