Iklan Nuffnang

Khamis, 4 Julai 2013

2H1M di Ipoh : ''Ipoh mali, tatak sombong punyer''...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hello bros’ & sis’,

….Mari, mari, mari…’’Ipoh mali tatak sombong punyer’’…

Itulah yang sinonim kita golongan muda mudi asyik teringat dan selalu kita dengari, dijadikan bahan senda gurau.Bahkan skrip “Ipoh mali tatak sombong punyer’ seakan sudah jadi satu ‘tagline’ oleh golongan muda mudi untuk mengaitkan lokasi ‘gelap dan hitam’ di Ipoh.Walaupun kaitannya bermotifkan perkara buruk dan aktiviti tidak sihat iaitu merujuk kepada ‘pelacur’ di bandar Ipoh, namun saya bukanlah bermaksud untuk memburuk-burukkan atau menghina bandar Ipoh.

Bandar Ipoh sebenarnya bandaraya yang sibuk, mungkin boleh dibandingkan tidak jauh bezanya kesibukan di Lembah Klang dan kesibukan di bandar Ipoh.Itulah yang saya boleh gambarkan bilamana berkesempatan bercuti semalaman (2H1M) di Ipoh, baru-baru ini.

Tagline dan gambaran saya secara peribadi ialah Ipoh bandaraya yang sibuk, ‘hang on traffic jam’ dan juga kelihatan populasinya ramai peniaga/penduduk dari kaum berbangsa Cina.Bukan bermaksud saya ‘racist’ tetapi memang begitulah hal dan keadaannya kerana kita sedia maklum jika mempelajari sejarah lampau permulaan bandar Ipoh ialah dicetuskan oleh aktiviti perlombongan bijih timah.Memang diakui terdapat tokoh-tokoh Melayu yang menjadi Saudagar bijih timah seperti Long Jaafar atau pun Long Yunus, namun setelah campurtangan British, kuasa mereka semakin pudar dan aktiviti perlombongan dimonopoli oleh kaum Cina yang didatangkan khas oleh British dari Tanah Besar Cina.

Please….sila betulkan fakta/boleh saya katakan ini andaian saya sendiri lah kot? Jika tak betul/tak tepat, sila tegur wahai orang2 Ipoh sekalian, ya…

Ok, move on to the next topic.

Saya sebenarnya dapat hadiah penginapan percuma di Ritz Garden Hotel, terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh,Perak.Isteri saya memenangi voucher penginapan percuma ini dalam sebuah peraduan (contest) yang disertainya.Sebelum ini kami tidak terlintas dan tidak pernah berhasrat pun mahu menginap di tengah-tengah bandar Ipoh.Oleh sebab itu, saya, isteri dan anak lelaki saya mempunyai sebab lah untuk ‘ronda-ronda’ di bandar Ipoh kerana memenangi penginapan percuma tersebut.


Memang kami sudah pun pernah ke negeri Perak sebelum ini, namun bukanlah menginap di bandar Ipoh.Di antara lokasi kami pernah menginap dan menikmati percutian ialah di Teluk Batik & Pulau Pangkor (Lumut), Lost World of Tambun dan juga di Taiping.

Ok, nak cerita mengenai Ritz Garden Hotel ni sedikit.

Hotelnya taraf 3 bintang sahaja, tapi perkhidmatan dan fasilitinya umpama hotel bertaraf 5 bintang !Di hotel ini terdapat gimnasium, kolam renang, rawatan urutan & refleksologi, café & bar/lounge,pusat karaoke,perpustakaan,mandian stim/sauna dan juga terdapat panggung wayang mini yang boleh menempatkan kira-kira 20 orang penonton.Ianya direkabentuk sama keadaanya seperti benar-benar di panggung wayang/cinema.

Biasa lah, bila bawa anak bersama, kolam renang dan menonton movie adalah agenda utama kami.Kami berenang dan mandi di kolam, menonton ulang tayangan filem The Avengers, saya bersenam di gimnasium, mengunjungi library nya dan juga makan minum di café nya.Sungguh selesa dan mendamaikan.Itu belum kira mandi sauna dan menikmati urutan badan dan refleksologi.

Pendek kata, hotel ini boleh dikatakan mempunyai ‘All in one package’, lah.

Keadaan biliknya yang selesa, fyi, kami menginap di bilik jenis Super Deluxe, keadaanya sungguh selesa bagi sesiapa yang menginap di sini bersama keluarga.

Namun….ada cerita di sisi sebaliknya…jeng jeng jeng…

Hotel ini mempunyai ruang meletak kenderaan yang agak terhad kerana suasana kedudukannya di tengah bandar menyebabkan kurang ruang meletak kenderaan.Walaupun disediakan ruangnya di belakang bangunan hotel, namun ada kalanya tidak cukup.

Kita pergi ke topik ‘jalan-jalan di sekitar bandar Ipoh’ pula.

Saya, isteri dan anak lelaki saya, Zarif (berusia 2 tahun) sememangnya lah tidak berkesempatan untuk ‘cater’ atau ‘coupe’ atau ‘explore’ semua tarikan di bandar Ipoh.Maklumlah, kami cuma menginap 2H1M sahaja.Walau bagaimana pun sebagai sekadar panduan kepada sesiapa yang mahu berkunjung ke sana,berikut ialah lokasi-lokasi yang kami sempat pergi dan kunjungi sekadar yang sempat dalam waktu yang agak singkat.

1.Taman Rekreasi Gunung Lang

Lokasi ini sesuai dikunjungi waktu petang yang teduh, namun ketika kami mengunjungi cuaca agak panas.Kami sempat menaiki bot ke seberang tasik di taman ini dan bersiar-siar di sana.Taman ini sungguh indah dan cantik umpama pemandangannya wujud di dunia purba dalam filem-filem sahaja gambarannya.Bagi yang sukakan keindahan alam seperti kami, ianya amat sesuai berkunjung ke taman ini.Ia terletak di tepi lebuhraya antara jalan dari bandar Ipoh menuju (ahead) ke Kuala Kangsar.

2.Taman DR aka Taman Dr Seenivasagam

Lokasi ini ok lah untuk dikunjungi, walaupun kelihatan agak tidak terurus dengan baik.Namun di dalam taman ini, terdapat satu Taman Mini Jepun.Ada lah iras-iras lanskap di Jepun.Untuk tujuan beriadah dan berehat-rehat sesuailah berkunjung ke sini.Taman Mini Jepun tersebut memang direkabentuk khas mengambilkira usahasama di antara pihak Datuk bandar Ipoh dan pihak bandar di Jepun, jika tidak silap di pihak pengurusan bandar Fukuoka, Jepun.


3.Lokasi ‘Nasi Ganja’

Ini amat menarik ! sesiapa yang berkunjung ke Ipoh tidak berkesempatan ‘pekena’ dan menikmati ‘Nasi Ganja’, amatlah merugikan.’Nasi Ganja’ amat sinonim dengan bandar Ipoh. Sebenarnya nama ‘Nasi Ganja’ ini datang dari nasi kandar yang sedap yang membuatkan orang ketagihan dan mahu datang lagi untuk makan.Kedainya terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan. Jadi, makan nasi kandar tapi order air dari kedai ini.Lokasinya di Ipoh dekat trafik light bersebelahan pejabat polis di Ipoh.Boleh rujuk koordinat: 4.592726,101.084644.
Saya buat pertama kali menjamah dan menikmati ‘Nasi Ganja’ ini merasai aroma dan nasinya memang lazat dan rasa lebih sedap berbanding nasi kandar yang lain bila dicampur dengan kuahnya.

4.Membeli belah di Ipoh Parade

Biasa lah, kalau sudah berjalan-jalan namanya, tak lari dari ingin ber’shopping’.Jadi, as a normal family, kami juga membeli belah sedikit sebanyak yang termampu.

5.Membeli buah-buahan ‘trademark’ Ipoh

Apa lagi? Buah limau bali lah, bro…Kalau dulu ‘glamour’ disebut Limau Tambun, namun kini di Ipoh pun banyak dijual.Pandai-pandai lah pilih ok, jangan terkena buah limau bali yang tawar dan pahit rugi membelinya! Kami membelinya sebiji yang bersaiz sederhana besar, harganya agak mahal, iaitu RM18.00 sebiji, kira-kira hampir 2 kg beratnya.Sebab, harga se kg ialah RM10.00/kg.Mahal, kan?Tapi nasib baik lah, bila dikupas dan memakan isinya, hmmm.. agak manis la..standard rasa manis buah-buahan lah…

So, untuk aktiviti-aktiviti yang lain tu, maksudnya ‘outdoor activities’ yang lain, kami tak berkesempatan untuk melakukannya memandangkan waktu yang terhad.Ada lagi yang boleh dibuat, seperti ‘sightseeing’ di Kinta Riverfront (waktu malam agak cantik suasananya),mengunjungi lokasi menjual barangan lama dan antik di ‘Down to Memory Lane’, namun iya lah agak rugi sebab tak berkecukupan masa, kerana keesokannya sudah mahu ‘check-out’ dan perlu pulang ke kampung saya di Pahang.

Apa yang saya boleh rumuskan ialah bandar Ipoh bandar yang menarik untuk dikunjungi walaupun sibuk.Seorang ‘uncle’ berbangsa Cina begitu ramah menjawab pertanyaan saya untuk menuju ke Taman DR juga menjadikan saya begitu terharu.’Uncle’ itu baik orangnya.Terima kasih kerana membantu saya yang terkial-kial mencari jalan menuju ke lokasi tersebut ketika itu.Memang terbuktilah, 'tagline', 'Ipoh mali tatak sombong punyer', iaitu merujuk kepada Uncle tersebut sebagai penduduk Ipoh dan penunjuk jalan yang ramah, tidak sombong punya.

Last but not least, saya nasihatkan begembiralah dengan hidup kita, keluarga kita, cara kita, keunikan kita dan juga yang penting hargailah masa kita bersama keluarga.Habiskanlah masa kita ke arah perkara yang berfaedah dan menuju kebaikan.Meluangkan masa bersama keluarga, anak, dan isteri juga adalah sebahagian darinya.Jangan dijadikan alasan untuk berisar-siar, berjalan-jalan dan melancong bersama keluarga hanya semata-mata alasan kewangan dan tidak ada masa.

Seperti yang saya pernah coretkan/ingatkan di entri sebelum ini, ‘santai kita, cara kita’.

Semoga kita gembira selalu.

Jumpa lagi di coretan yang lain.

Bye.

Tiada ulasan: