Iklan Nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

The Lone Ranger 2013 : Berbaloi Untuk Ditonton...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hi, I’m back again !

Apa khabar u all semua? Harap semuanya sihat dan bertenaga lah ya.

Saya mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kepada sesiapa yang mengerjakannya.

Kali ini sebenarnya bukanlah nak berikan review lengkap kepada filem yang saya baru tonton ini, tetapi lebih kepada ingin beri komen dan pandangan peribadi saya berkenaan filem The Lone Ranger.


Yer lah, saja-saja ingin melontarkan pandangan.Memandangkan saya ini peminat filem-filem Superhero dan filem aksi, jadi saya terpanggil untuk memberi komen untuk filem yang ber ‘genre’ sebegitu.

Untuk lebih input/maklumat yang lengkap, dan juga senarai pelakon-pelakon filem ini, sila ke pautan :

The Lone Ranger 2013

Saya melihat ada beberapa hal yang boleh diperbaiki dan mungkin boleh jadi ilham kepada pengarah-pengarah di Hollywood….Cehh….macamlah saya ni ‘world comentator’ terkenal sangat !

Iaitu :

1.Filem The Lone Ranger 2013 ini ialah ‘remake’ atau penghasilan semula kepada satu filem lama dahulu.Seharusnya lah filem ini tidak terlalu ‘stagnant’ atau menurut seperti filem asalnya.Ia perlu digubah dan ditambah tokok sedikit sebanyak bagi menjadikannya lebih menarik.Maksud saya, mungkin boleh digambarkan wira Lone Ranger itu belajar/menuntut ilmu ‘mempertahankan diri’ dan juga belajar menembak dengan seorang ‘cowboy senior’ yang berpengalaman ker,baru lah dijadikan watak Lone Ranger itu hebat.

2.Adegan dan plot penceritaan mula-mula dan di awal pertengahan agak banyak kemelut dan agak menjemukan.Iaitu sebelum Lone Ranger bertemu Tonto atau pun sebelum Tonto menjumpai Lone Ranger.Sepatutnya, babak aksi dan keganasan perlu ditambah lagi bagi menunjukkan penjahat ketua koboi yang kejam (memakan daging musuhnya) itu digambarkan kejam dan ngeri.

3.Adegan Lone Ranger memanggil kuda putihnya dan menunggang ‘ala-ala Zorro’ amat sinonim dengan filem The Mask of Zorro.Sepatutnya, kena ada kelainan dan ciptakannya agar tidak sama dengan gaya Zorro.

4.Tonto pula, bagi saya wataknya Ok, cuma babak dia bertemu Lone Ranger amat ‘simple’.Sepatutnya, perlu lagi digarap seolah-olah dia dan Lone Ranger pernah berkenalan sewaktu kecil, seperti filem asalnya.Di sini saya setuju jika babak dari filem asal dikekalkan.


5.Kurangnya adegan tembak menembak.Ya, saya tahu bagi sebilangan orang ianya sudah cukup.Namun, jika kita imaginasikan zaman itu ialah zaman kuda, pistol, senapang dan dunia koboi, seharusnya lah kita akan kerapkali melihat babak tembak menembak di bar, misalnya.Atau pun tembak menembak sambil menunggang kuda.Namun, babak kematian Abang kepada Lone Ranger pun cuma dibuat diserang hendap dan tanpa ada ‘gun fight’ secara berdepan.Sungguh kesal lah !

Walau bagaimana pun tidak dinafikan lakonan mereka mantap khususnya watak Tonto lakonan Johnny Depp.Biar pun wataknya seolah-olah sebagai orang asli Red Indian yang ‘sewel’ atau pun ‘gila-gila bahasa’, namun ia berjaya menjadikan watak itu bersahaja dan sinikal.Ada adegan-adegan yang begitu lawak bagi saya, iaitu ketika Tonto menampar Lone Ranger dan bila ditanya kenapa menamparnya, Tonto menjawab, ‘’Bird angry’’kata Tonto (sambil menunjukkan burung gagak mati di atas kepalanya sebagai mahkotanya).

…Ha ha ha…

Setelah di akhir filem, barulah wujud aksi-aksi yang mendebarkan seperti pergaduhan di atas keretapi, tembak menembak dan juga kejar mengejar.

Bagi yang kemaruk adegan aksi seperti saya, ianya agak berbaloi menonton filem The Lone Ranger ini.
Sungguh puas dan menghiburkan !

Saya suka memberi 6.5/10 sahaja untuk filem The Lone Ranger ini secara keseluruhannya.

Sekian.


Tiada ulasan: