Iklan Nuffnang

Man of Steel : Filem Asal Usul Superman

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai pals,

Masih suka menonton wayang di cinema? Atau u alls enjoy menonton cerita di hadapan TV melalui saluran Astro sahaja?Maklumlah sekarang ini,cerita-cerita wayang pun sekejap saja sudah ditayangkan di Astro, kan?apa nama nya channel Astro tu?Astro Theatre, ya?

Ok, for this entry, I would like to share my own reviews toward the new Superhero film, Man of Steel aka filem baru Superman, adiwira yang dikenali ramai di dunia, tapi kali ini dengan cara/arahan penceritaan berbeza oleh Zack Snyder.Saya menonton filem ini di panggung cinema TGV pada hari Sabtu, 15hb Jun 2013 yang lalu, iaitu kira-kira 3 hari selepas penayangan sulungnya di Malaysia.


FOA (First of all), apa yang saya boleh rumuskan ialah filem Man of Steel ini menceritakan amat banyak mengenai asal usul mengenai Superman atau pun Kal El.Banyak babak-babak awalnya semua bermula di Planet asal kelahiran Superman iaitu di Planet Krypton.

Welldone to actor Russell Crowe kerana berjaya membawakan watak sebagai bapa/ayah kandung kepada Superman iaitu Jor-El dengan begitu ‘cool’ dan hebat sekali !


Tak lupa juga kepada pelakon adiwira baru kita iaitu actor Henry Cavill yang juga berperwatakan meyakinkan dan sesuai dilihat sebagai Superman.Saya suka membandingkan dari segi ‘masculine’ dan gaya lenggok (perawakan) Superman sebelum ini iaitu lakonan actor Brandon Routh.Jika dibandingkan antara Henry Cavill dan Brandon Routh, Henry kelihatan lebih macho, masculine dan agak ‘vibrant’ berbanding Brandon.Bagi saya Brandon Routh terlebih handsome dan agak ‘cosmopolitan look’.


Well, saya paling suka babak ketika Henry Cavill aka Man of Steel mahu menyelamatkan ayah angkatnya (di Bumi) lakonan Kevin Costner sebagai Jonathan Kent yang terperangkap di dalam ribut taufan yang dahsyat.Namun, ayahnya menegah Clark Kent aka Kal El aka Man of Steel menggunakan kuasa superpower nya untuk menyelamatkan beliau dari ribut taufan.Akhirnya, ayahnya mati.Bagi saya babak ini amat menyayat hati dan membuatkan saya secara tidak sedar tersentuh dan berasa agak sedih.

Sambil Jonathan Kent melambaikan tangan dan memberikan isyarat ‘jangan’ kepada Clark, lalu dia dihempap kenderaan-kenderaan yang bergelimpangan dan melambung tidak keruan, lalu dia mati.Mesejnya di sini, ialah ayah angkat Clark masih belum mengizinkan Clark mendedahkan kuasa luarbiasanya demi mengelakkan Clark menjadi perhatian ramai dan juga menjadikan Clark berasa tersisih kerana dirinya berlainan berbanding manusia biasa…. Sedih jugak bro, babak ini bagi saya.


Then, kita pergi pula ke babak ‘villain’ iaitu General Zod (lakonan actor Michael Shannon) yang menggila mahu merampas takhta dan juga membunuh pemerintah Krypton sesuka hati bersama konco-konconya semata-mata mahu membina semula Planet Krypton yang sudah musnah.Michael Shannon boleh dikatakan actor yang bagus namun saya lebih suka jika General Zod dilakonkan oleh actor yang lebih tampak bengis di Hollywood.Siapa ya, nampak bengis sikit ?


Plot penceritaan yang biasa, mengutamakan pengkisahan asal usul (the origins) of Superman, aksi pertembungan, pergaduhan yang dipenuhi teknik CGI yang agak keterlaluan juga membuatkan filem ini ada buruk dan ada baiknya.Untuk hiburan dan santai, bagi penonton yang suka babak pertarungan melihat letupan di sana sini,peperangan di angkasa/cakerawala, ianya memang bagus.Bagi yang menonton namun masih lagi ada sedikit fikiran mereka kepada logik akal, mereka anggap filem ini buruk dan umpama kartun saja.Terpulanglah kepada masing-masing.

Bagi yang sudah biasa dengan melihat ‘serial’ drama TV Superman/Superboy atau pun Superman tahun 2008, ianya berbeza berbanding Man of Steel 2013 ini.Maksud saya, kita biasa melihat adegan Clark Kent bekerja di Daily Planet sebagai wartawan, kemudian membuka baju secara sembunyi-sembunyi untuk bertukar menjadi Superman, di filem Man of Steel ini tidak dikisahkan secara detail begitu.Begitulah juga kisah plot percintaan antara Clark dan Lois Lane juga ditampilkan secara berbeza.

Seperti yang saya sebutkan tadi, ini filem Superman dibuat dan diarahkan oleh Zack Snyder yang lebih menekankan kepada penceritaan asal usul Superman dari mula Planet Krypton nya musnah, kemudian dihantar ke Bumi.Seterusnya berperang dan bertarung dengan General Zod yang juga mempunyai kuasa superpower sepertinya kerana asal usul mereka ialah dari planet Krypton yang sama.

Akhir sekali, General Zod amat hampa kerana proses ‘penyedutan’ unsur-unsur Bumi untuk dibina semula planet Krypton dihentikan oleh Superman kerana Superman tidak sanggup untuk melihat Bumi dan penduduknya musnah akibat semata-mata mahu membina semula planet Krypton.General Zod mengamuk dan memancarkan kuasa ‘laser api’ dari bebola matanya berterusan ke arah bangunan dan juga orang ramai.Lalu, Superman menahannya dan juga meng’grip’ kepala General Zod kemudian di’spin’ kan kepala General Zod sehingga patah dan matilah General Zod akhirnya.


Penilaian saya untuk filem ini, jika indicator nya berjumlah 10, saya akan beri 7/10 sahaja.

Korang pulak, berapa penilaian korang ?

……….Bye.

Tiada ulasan: