Iklan Nuffnang

Blogger : 'Sharing' vs 'Show Off'...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hi, Gals & Guys…
Welcome to my blog again.

What is differentiation between sharing and show off ?
Anyone can elaborate me, please ?



OK.No one hah ?

Let me explain.

Saya masih ingat dalam tempoh sebulan yang lepas, saya menyertai satu event Social Media Week di Kuala Lumpur yang bertujuan mempelajari tips-tips untuk menggunakan media sosial dengan cara yang berkesan dan boleh mendatangkan pendapatan sampingan.

Di antara blogger yang famous dan terkenal hadir di program tersebut ialah Blogger SoyaCincau, Amanz dan juga Lucas, Lowyat.net.
Saya tertarik kepada perbincangan topik ketika itu berkenaan blogger yang memuatkan entri-entri mereka, adakah mereka itu seperti menunjuk-nunjuk (show off) atau pun ikhlas/suka berkongsi (sharing) dengan orangramai/pembaca blog.



Of course la saya juga terasa, bro berkenaan topik itu.Sebabnya, selama ini saya juga sebagai blogger ada memasukkan entri-entri berkenaan saya melakukan aktiviti-aktiviti pergi melancong lah, memenangi hadiah lah,menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan apa yang saya miliki lah dan lain-lain.Jadinya, seolah-olah topik itu terkena ‘batang hidung’ saya lah.

Lalu dalam Forum Media Sosial itu pun ketiga-tiga blogger itu (Soyacincau, Amanz & Lowyat.net) membahaskan isu tersebut.
Blogger SoyaCincau lebih kepada menasihatkan agar susunan kata-kata blog kita hendaklah betul dan berikan lebih penekanan kepada apa yang ingin kita sampaikan.Contohnya, kata lah anda pergi melancong ke luar negara, yang mana negara tersebut jarang-jarang orang lawati kerana kos/belanja yang tinggi untuk ke sana.

Kata lah contohnya anda melancong ke Paris.Anda sebenarnya ingin sangat berkongsi (memberitahu orang anda ke Paris), tetapi anda perlu ada ‘manner’ sedikit dengan menulis tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makanan halal di sana.Fokuskan berkenaan hal ini.Jangan fokuskan mengenai anda tinggal di hotel mewah secara spesifik, anda ada duit banyak, anda beli barangan mahal dan juga anda ‘shopping’ barang kemas (intan, berlian, dsb) di dalam entri blog anda.Jika tidak, nanti anda dikatakan blogger yang suka menunjuk-nunjuk (show off).

Blogger Amanz juga sedikit sebanyak berpendapat perkara yang sama seperti blogger SoyaCincau katakan.Untuk elakkan kita blogger seperti menunjuk-nunjuk, perlulah kita bercerita secara umum (general) sahaja tanpa pengkhususan (detail).



Namun, lain pula dengan blogger Lucas lowyat.net.Lucas berpendapat, apa kisah pulak kata orang?Sama ada kita nak menunjuk-nunjuk atau tidak?Terpulanglah kepada kita yang membuat entri/posting blog kita sendiri.Ya, kita sebagai blogger ada kalanya perlu menunjuk-nunjuk, kata Lucas.Ini strategi perniagaan, contohnya beliau sebagai blogger berkenaan IT, Phones & Gadjets, tentulah dia perlu menunjuk-nunjuk agar orang percaya kepada barangan jualannya dan akan membelinya.Contohnya, pada masa itu, dia memaklumkan dari ‘findings dan research’nya telefon pintar Samsung Galaxy S4 teruk (sucks) berbanding S2 dan S3.Kalau mahu beli S4, memadailah beli S2 atau S3 sudah cukup katanya.



Begitu juga Windows Phone, semuanya teruk pada pendapatnya.Sebabnya ini teknologi baru dan masih belum berkembang pesat.
Saya dapati, pada telahan saya, blogger Lucas ini jenis ‘voice out’ orangnya dan dia tidak kisah jika ‘show off’ pun.Tapi, ‘credit’ untuknya sebab dia berani dan lantang bersuara.

Jadi, apa pendapat anda?

Anda sebagai blogger, rasa-rasanya anda jenis yang suka menunjuk-nunjuk dan tidak kisah menunjuk-nunjuk (show off) kepada orang lain/pembaca blog berkenaan diri anda/aktiviti anda atau anda sebenarnya memang ikhlas dan suka berkongsi (sharing) ?



Bagi diri saya pula, saya miliki kedua-duanya sekali.Sebab saya fikir, blog saya, catatan saya, aktiviti saya dan saya juga anggap seolah-olah blog saya seperti diari hidup saya yang akan jadikan memori manis saya apabila sudah tua nanti.Jadi kepada pembaca blog yang rasa entri saya seperti menunjuk-nunjuk, tak mengapa lah, kan? Kalau anda suka, anda baca, kalau tak suka jangan baca.

Betul tak ?



Akhir sekali, pertanyaan saya pula kepada anda dan juga kepada blogger-blogger di luar sana, anda fikir anda blogger yang ‘sharing’ atau ‘show off’ ? Jawab dalam hati anda sendiri, ok….

Bye.

Tiada ulasan: